Pages

Isnin, 31 Januari 2011

KFC Berwajah Baru!


Nampaknya semakin berseri bandar Mersing dengan siapnya restoran KFC yang terkenal di Malaysia. Sememangnya akan memberi lebih saingan sihat kepada pesaingnya restoran MB. di Mersing. Nampaknya banyak pilihan untuk pelancong-pelancong yang singgah di Mersing yang ingin ke pulau-pulau yang berdekatan. Dengan jenama yang sangat kuat sudah pasti dapat menarik ramai pelanggan datang ke premis barunya yang berdekatan dengan Sungai Mersing. Sesekali tampak menarik sekali restoran KFC sekiranya saya melalui jambatan disitu dengan hiasan lampu yang lebih terang dan segar. Untuk rakan-rakan Facebook, sesekali singgahlah ke Mersing untuk melihat perkembangan yang lebih menarik disini.

Ahad, 23 Januari 2011

Cabaran Pemain Asia di Australian Open 2011.

Sudah terbukti bahawa 2 pemain Asia telah melangkah ke separuh akhir dalam Australian Open pada tahun lepas namun tewas kepada pencabar-pencabar dari benua lain untuk merangkul trophy bagi kategori wanita. Sebelum ini ada pemain tenis dari India telah memenangi beregu campuran dalam kejohanan Grand Slam di Australia walaupun berpasangan dengan pemain dari benua lain. Pada kejohanan Grand Slam di Melbourne, Austalia pada tahun ini pemain-pemain dari Asia, khususnya dari negara tembok besar, China akan meneruskan perjuangan untuk melangkah lebih jauh dalam Australian Open 2011 kali ini. Dengan kehadiran Li Na dan Peng Shuai yang dapat melangkah ke peringkat keempat dengan tiada masalah untuk membenam pencabar-pencabar yang lain. Hanya Zheng Jie yang tidak dapat berpeluang untuk beraksi disini kerana mengalami kecederaan. Dengan terkeluarnya jaguh-jaguh dalam sukan tenis seperti Justine Henin dan Venus William dapat memberikan peluang yang begitu cerah kepada pemain-pemain dari Asia untuk mencipta kejayaan di Australian Open 2011 kali ini. Kepada peminat-peminat tenis, selamat menonton dan pelajarilah taktik-taktik dan serangan para pemain tenis dalam merebut piala tenis yang berprestij ini.

Sabtu, 8 Januari 2011

Santapan Menarik Awal Tahun.



Salam ceria untuk pembaca yang budiman. Rasanya esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik dengan persembahan finalis-finalis yang mengambil bahagian dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-25 anjuran TV3. Saya dan keluarga sayapun tidak terlepas menonton acara muzik yang terbesar dan berprestij ini setiap awal tahun. Banyak kelainan yang ditonjolkan oleh para finalis untuk peminat mereka. Pada edisi kali ini kita lihat kesemuanya generasi baru tanpa kelibat generasi yang lebih senior seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Misha Omar, Saleem, Noraniza Idris dan Ramlah Ram. Dengan kehadiran generasi baru ini seperti Yuna, Adira, Tomok, Shahir, Ana Raffali dan Bunkface dapat memberikan sesuatu kesegaran dalam industri muzik negara. Jadi bagi peminat-peminat Muzik-Muzik sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat persembahan mereka disamping melihat juara yang sebenar pada malam esok di TV3. Memang mendapat sambutan yang hangat dengan kehabisan tiket AJL yang ke-25 ini. Bagi peminat bola sepak sudah pastinya mereka berpeluang untuk menonton kejohanan bola sepak Piala Asia di Qatar. Malang buat pasukan negara kita, Malaysia tidak tersenarai dalam kejohanan dalam edisi kali ini. Jadi kita sama-sama menantikan siapakah juara Piala Asia di Qatar nanti. Pasti menarik dengan kehadiran pasukan terkuat Asia seperti Jepun, Korea Selatan, UAE dan Australia dengan corak permainan bola sepak yang tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...