Pages

Rabu, 9 Februari 2011

Terima Kasih Kerajaan Malaysia- Ops Piramid.

Kita sebagai rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang begitu prihatin dengan masalah pelajar-pelajar kita di Mesir. Walaupun perbelanjaannya sangat besar untuk membawa mereka pulang ke tanah air namun ia memberikan kesan yang positif kepada rakyat-rakyat di negara ini yang berbilang kaum. Sememangnya rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dari negara Mesir dan perlu bersatu-padu untuk menjadi negara Malaysia menjadi contoh kepada negara lain. Sememangnya usaha-usaha murni dari kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan warganegara Malaysia yang belajar dan bekerja di Mesir akan menjadi lipatan sejarah untuk generasi pada masa akan datang.

Jumaat, 4 Februari 2011

Jom Ke Karnival Di Mersing.


Ada beberapa hari lagi karnival di Dataran Pulau akan melabuhkan tirainya. Kemungkinan hujung minggu ini para pembaca yang budiman sempat untuk singgah ke bandar Mersing dan merasai keenakan sup ekor, sup daging dan makanan panas di gerai yang menghala ke Hospital Mersing sambil menderma secara sms untuk membantu rakyat Palestin. Ada banyak gerai yang menawarkan harga menarik dan sudah tentu para pembaca sekalian boleh membeli cenderahati untuk rakan taulan dan juga sanak saudara. Ada juga gerai yang membuat pemeriksaan penyakit resdung. Jadi kepada para pembaca sekalian datanglah beramai-ramai ke tapak karnival di tepi pantai Mersing sempena cuti Tahun Baru Cina dan juga pada hujung minggu ini. Jangan terlepas peluang keemasan ini.

Selasa, 1 Februari 2011

Tahun Arnab.


Salam keceriaan untuk para pembaca yang budiman. Ada beberapa hari lagi rakyat Malaysia yang berbangsa Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Banyak persiapan yang dibuat dengan menghiasi tanglung yan berwarna merah di tempat kediaman, bandar dan di pasaraya-pasaraya yang terkenal seperti Jusco, Tesco, Giant, Econsave dan sebagainya. Nampaknya tahun ini merupakan Tahun Arnab. Sudah pasti ramai yang membeli patung-patung arnab yang boleh memberi tuah kepada mereka. Begitu juga warna yang begitu ceria iaitu warna merah memberi tuah kepada mereka yang menyambut perayaan ini dengan begitu gilang-gemilang. Dengan adanya rumah terbuka dapat mengeratkan lagi hubungan dengan kaum yang lain. Memang terasa keakraban dengan bangsa-bangsa yang lain dengan memberi limau sebagai menyatukan hubungan yang lebih harmoni di Malaysia. Sayapun tidak terkecuali menerima banyak buah limau dari kenalan yang berbangsa Cina. Sesungguhnya rakyat Malaysia amat bertuah merasai pelbagai perayaan di negara yang tercinta, Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...