Pages

Jumaat, 30 Mac 2012

Earth Hour 2012 Seluruh Dunia.

Salam dan selamat makan tengahari kepada pengikut-pengikut blogspot, rakan-rakan Facebook, Twitter dan lain-lain. Pada malam esok bermulalah Earth Hour 2012 bagi premis-premis yang mengambil bahagian dengan menutup lampu selama sejam iaitu dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Sudah pasti kebanyakan negara dari Australia hingga Amerika Syarikat akan bergelap selama sejam sempena Earth Hour 2012 pada hari Sabtu ini. Walaupun ada premis-premis yang akan mengalami kerugian dengan menutupkan operasi selama sejam, namun mereka mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat sekeliling bahawa Earth Hour 2012 memberi isyarat yang lebih positif lagi untuk kesejahteraan dunia. Kita mengetahui pemanasan global yang begitu keterlaluan menyebabkan cuaca yang tidak menentu dan menyebabkan banyak bencana seperti banjir kilat, gempa bumi, taufan, tsunami dan sebagainya selain menghancurkan alam semulajadi dan harta benda. Jadi peranan Earth Hour 2012 dapat memberikan kesan yang begitu positif kepada masyarakat dunia yang berdepan dengan segala bencana alam yang disebabkan pemanasan global yang begitu kritikal.

Khamis, 29 Mac 2012

Berubah 360 Darjah.

Salam untuk rakan-rakan blogspot, Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain. Nampaknya dalam kehidupan kita sudah pasti kita akan mengalami perubahan yang begitu ketara. Paling ketara sudah pasti jika kita ada persaingan yang begitu sengit dalam apa jua perniagaan dan kita perlu mencari jalan keluar untuk menikmati bahagian kek yang lebih besar lagi (hasil jualan). Sudah pasti kita membuat perubahan dalam hidup supaya kita tidak ketinggalan dengan pesaing-pesaing baru yang sudah pasti memperkemaskinikan strategi-strategi untuk bersaing secara lebih sengit lagi. Sememangnya kita mengharapkan persaingan yang lebih sihat dan bukannya persaingan yang boleh menutup periuk nasi orang lain. Bukan senang kita ingin mencari kelainan yang sudah pasti memberikan kesan survival yang berpanjangan dalam menempuh cabaran yang semakin sengit dan tanpa diduga. Memang terasa lain benar jika kita berada di zon yang mencabar setelah begitu lama berada di zon yang lebih selesa. Mungkin kita perlu membuat sesuatu pengorbanan dengan mengeluarkan duit sedikit untuk mendapatkan hasil yang lebih positif dalam jangka masa yang panjang selain membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. (Seronok bila tempat kerja dinaikkan taraf untuk kepuasan pelanggan dan staf. Sekurang-kurangnya ada kemajuan dari tahun ke tahun.)

Rabu, 28 Mac 2012

Fenomena Angry Bird Melanda Di Dataran Pulau.

Semalam bila saya berjalan-jalan di karnival yang baru berlangsung di Dataran Pulau bersama isteri dan anak, kebanyakan peniaga disitu rata-ratanya menjual produk Angry Bird kepada pengunjung-pengunjung sebagai tarikan. Memang benarlah rakan saya di Facebook yang mengatakan zaman sekarang ini, fenomena Angry Bird pasti berlaku di mana-mana tempat di Malaysia. Seolah-olah karektor kepala burung yang sedang marah sudah pasti menjadi popular pada masa ini. Baru-baru ini kita mengetahui tentang Angry Gran yang meletup di beberapa buah negara yang lain dan masih baru di Malaysia. Ramai yang meminati permainan Angry Bird yang sudah pasti melegakan tekanan perasaan atau stress di tempat kerja. Puaslah juga saya mengelilingi karnival yang akan berakhir pada 2 April ini dan sempatlah isteri saya membeli mainan Angry Bird untuk anak saya yang semakin membesar. Pada tahun ini, karnival Mersing dibuat di atas padang rumput dan tempat letak kereta dan ini menyenangkan pengunjung meletak kenderaan di tepi jalan-raya. Bagi rakan-rakan di luar sana, jom datang ke sini selain outing bersama rakan-rakan ke tempat menarik di Mersing!

Selasa, 27 Mac 2012

Negeri Johor Melahirkan Bakat Baru Yang Menghiburkan Dan Kreatif.

Masih tidak terlambat untuk saya mengucap tahniah kepada kumpulan Shiro yang memenangi Raja Lawak baru-baru ini. Mula-mula saya ingatkan kumpulan tersebut berasal dari Kedah, rupa-rupanya dari Kluang, Johor. Memang dekatlah tempat saya bekerja di Mersing. Sebelum ini kita mengetahui kumpulan Sepah juga dari negeri Johor yang memenangi Maharaja Lawak dan juga Raja Lawak sebelum ini. Memang banyak idea yang mereka tonjolkan semata-mata untuk menghiburkan penonton-penonton yang inginkan hiburan yang lebih kreatif dan lain dari yang lain. Dari mula lagi saya merasakan kumpulan Shiro akan bersaing dengan kumpulan lain terutama kumpulan Zero dari Sabah untuk merebut juara Raja Lawak pada peringkat akhir. Memang banyak kita boleh mengetahui komen-komen yang bernas terutama dari Sheila Rusly dan adakalanya celoteh Johan dan Zizan memang menghiburkan selain dapat mengawal keadaan di atas pentas. Kesemua yang bertanding adalah lelaki. Kita mengharapkan ada peserta-peserta perempuan yang akan bertanding dalam Raja Lawak pada masa akan datang dan menjadi juara pula! (Tak sangka pula Nana Mahazan dapat meneruskan perjuangan dalam Super Spontan setelah Hani disingkirkan)

Menjamu Selera Di Kafe Baru Di Mersing.

Salam buat rakan-rakan blogspot yang begitu setia, rakan-rakan Facebook, Myspace, Twitter, Nuffnang dan Gengblogger. Selamat menjamu selera makan tengahari bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Lama saya tidak menaip dan mengeposkan entry terbaru di blogspot ini. Maklumlah sibuk sedikit dengan keluarga dan juga kerjaya yang semakin berkembang dengan begitu baik sekali. Baru-baru ini ada kafe terbaru di Mersing, jadi saya tidak sempat untuk mencuba hidangan terbaru pada hari pembukaannya disebabkan saya bergegas pulang ke Muar pula. Dengar macam meriah juga sambutannya pada hari pertama dan sayapun ada bercadang ingin datang singgah ke kafe Haras* yang baru dibuka dan bertentangan dengan restoran makanan segera Marrybrown. Nampaknya saya tak semena-mena ternampak seorang krew yang lengkap memakai apron dan krew tersebut memberi layanan yang begitu mesra sekali. Sesekali mencuba lauk-pauk yang betul-betul menaikkan selera makan tengahari hari ini. Bukan sekadar menjual sarapan pagi dan nasi campur, ada juga roti bakar yang boleh dijadikan makanan petang bersama rakan-rakan. Hargapun memang berpatutan dan sudah tentu saya ingin singgah lagi di kafe yang baru dibuka ini. Rasanya tak rugi menjamu selera disini bersama keluarga dan rakan-rakan sekerja yang lain.

Jumaat, 16 Mac 2012

Promosi Jualan GP F1 di Malaysia.

Salam buat pengikut blogspot yang sporting, rakan-rakan Facebook, Twitter dan lain-lain di luar sana. Sudah lama saya tidak mengemaskinikan entry-entry terbaru di blogspot memandangkan musim cuti sekolah dan ada rakan-rakan kita yang mengambil kesempatan membeli-belah di pasaraya-pasaraya yang menawarkan potongan jualan yang begitu menarik sempena GP F1 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia. Sempena promosi yang berlangsung dalam bulan Mac yang begitu menarik ini, ada rakan-rakan kita yang selesa menggunakan kad kredit atau kad debit semasa membeli-belah di pasaraya-pasaraya terkemuka. Jadi sebelum menggunakan kad debit atau kad kredit, ada rakan-rakan kita di luar sana yang mencari barangan yang mendapat potongan yang begitu tinggi supaya penggunaan kad debit atau kad kredit lebih terkawal dan mereka sudah pasti membuat bajet terlebih dahulu sebelum membeli-belah di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian dalam promosi ini. Malah mereka berhati-hati dengan sentiasa memantau harga barangan dari masa ke semasa dan mengelakkan tertipu jika ada pasaraya-pasaraya yang sengaja menaikkan harga barangan dengan potongan yang begitu menarik sekali untuk mendapat keuntungan yang begitu banyak. Memang ada rakan-rakan yang begitu seronok menggunakan kad plastik ini sehingga tidak tersedar berbelanja di luar kawalan. Memang tidak dapat dinafikan kad kredit amat berguna semasa kecemasan dan penggunaannya perlu lebih berhemah lagi. Jadi sempena promosi jualan GP F1 yang berlangsung di Malaysia, sebagai pelanggan anda perlu bijak berbelanja dengan mendapat barangan yang mempunyai potongan yang begitu menarik dan lebih berbaloi.

Isnin, 5 Mac 2012

Mengekalkan Jumlah Cuti Bekerja.

Salam untuk semua para pengikut blogspot yang sporting, rakan-rakan dari Facebook, Myspace, Twitter dan Nuffnang. Selamat menjamu selera dengan rakan-rakan sekerja dan semoga kerja yang dibuat perlu dibereskan dengan sebaik mungkin. Tiba-tiba saya terdengar berita dari Radio Nasional yang memberitahu tentang jumlah cuti yang perlu dikekalkan bagi penjawat awam dan juga kakitangan swasta. Sebelum ini kita mendengar dari mantan Perdana Menteri kita, yang menyuarakan tentang pengurangan jumlah cuti bagi penjawat awam dan juga pekerja swasta yang boleh meningkatkan lagi produktiviti dan memberikan kesan yang begitu positif dari segi ekonomi negara. Memang ada antara kita yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang jumlah cuti bekerja yang diambil oleh penjawat awam dan juga pekerja swasta. Ada pihak yang bersetuju dengan saranan beliau dan ada pihak yang belum bersedia kearah tersebut. Dengan keputusan mengekalkan jumlah cuti bekerja yang diambil mungkin melegakan bagi sesetengah penjawat awam dan pekerja swasta yang boleh memberi tumpuan kepada keluarga dan boleh memberi kesan yang lebih positif kepada pekerja tersebut khususnya dari segi psikologi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...