Pages

Ahad, 7 September 2014

Sesuatu Yang Baru Di UMP Gambang.

Assalammualaikum dan selamat pagi semua! Setelah memuatturunkan aplikasi blogger di android, barulah rancak sedikit saya mengepos entri yang baru dan segar untuk dibaca oleh para pembaca budiman sebelum saya memulakan bekerja pada hari Ahad yang mulia ini.
Semalam saya ada berkesempatan menghantar entri yang terbaru. Setelah pertama kali kami bermalam di Maran, Pahang, kami meneruskan perjalanan kami ke UMP Gambang untuk pendaftaran adik ipar dalam jurusan Sains Komputer.
Bila sampai di UMP Gambang yang berdekatan dengan lebuhraya Kuala Lumpur Kuantan, kami melaporkan diri di pintu masuk UMP dan petugas-petugas UMP memberikan salinan peta dan risalah mengenai pendaftaran mahasiswa-mahasiswa baru 2014.
Tempat meletakkan kereta juga luas dan dibantu dengan petugas-petugas UMP yang begitu komited sekali. Bila kami masuk ke dalam bahagian pendaftaran, ternampak ramai keluarga mahasiswa-mahasiswa baru yang berkumpul di khemah-khemah yang disediakan oleh pihak UMP. Mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar diri di dalam dewan. Cuaca pada hari itu sangat baik sekali. Memang nampak sibuk pada hari pertama pendaftaran mahasiswa-mahasiswa baru di UMP, namun petugas-petugas UMP tetap memberi layanan terbaik kepada keluarga mahasiswa-mahasiswa baru ini.
Setelah selesai pendaftaran di dewan tersebut, kami terus pergi ke kolej kediaman mahasiswa-mahasiswa baru. Di sana ramai ahli keluarga memunggah barang-barang mahasiswa-mahasiswa baru ke bilik kediaman mereka. Sempatlah juga saya singgah di kafe dan kedai yang berada di bawah blok kediaman mahasiswa-mahasiswa baru. Memang nampak selesa dan sesuai untuk mahasiswa-mahasiswa belajar disini. Ada juga tempat gelanggang bermain yang begitu luas. Sesuatu yang menarik sudah pasti sebuah masjid yang memudahkan mahasiswa-mahasiswa dan keluarga bersembahyang disitu dan ruang berkumpul ditempat yang selamat jika berlaku sebarang kecemasan. Kebanyakan mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar di UMP berpakaian sopan dan perlu mengikut kod etika pakaian. Warna-warna bangunan kolej kediaman disini tampak ceria seolah-olah memberi semangat baru kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar disini. Alhamdulillah segala urusan pendaftaran adik ipar kami sudah selesai dan kami beredar pulang.

Sabtu, 6 September 2014

Hari Famili 2014 Di Safari Dan Taman Air Bukit Gambang.

Salam dan selamat berhujung minggu kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian. Lama juga saya tidak mengemaskini sebarang entri disini disebabkan kesibukan kerja dan selalu berhubung dengan rakan-rakan yang rapat menggunakan Whatapps. Baru-baru ini sempatlah juga saya dan sahabat saya, Nik mengadakan Hari Famili bersama keluarga dan rakan-rakan sekerja di Safari dan Taman Air Bukit Gambang. Hampir 3 tahun kami tidak mengadakan Hari Famili bersama staf-staf. Pada perancangan, kami ingin mengadakan Hari Famili di Pulau Tioman tetapi bila memikirkan kami membawa anak kecil, jadi kami merancang ke tempat yang begitu sesuai untuk hari keluarga kami. Kumpulan-kumpulan lain dari cawangan Kota Bharu, ada yang bercuti di Pulau-Pinang dan ada yang bercuti di Trengganu.
Pada pagi 30hb Ogos 2014, kami berkumpul di Petronas Mersing yang baru diubahsuai tahun ini dan terus bertolak ke Pekan, Pahang.
Sampai di Pekan, Pahang kami singgah di kedai makan untuk makan tengahari dan kami meneruskan perjalanan ke Taman Tas, Kuantan. Kami meneruskan perjalanan ke Batu 10 dan melepasi Jaya Gading, Kuantan. Memang seronok berkonvoi beramai-ramai ke destinasi yang dituju.
Sampai di Bukit Gambang kami mendaftar masuk ke Safari yang baru siap dan terbesar di Malaysia. Jadi kami menaiki tram ke savannah yang menempatkan pelbagai haiwan liar yang kebanyakannya dari Afrika. Pada sebelah petang ada sessi bergambar secara selfie dengan burung-burung seperti burung merak, kakaktua dan sebagainya. Pada sebelah malam kami naik ke tingkat 2 untuk melihat persembahan teater dan pertunjukan main api oleh petugas-petugas terlatih. Pada sebelah malam kami melihat haiwan-haiwan nokturnal seperti tupai, ayer-ayer dan sebagainya. Selain itu anda bolehlah makan malam bersama dengan keluarga anda dengan melihat singa putih yang pertama di Malaysia. Pasti seronokkan! Jika anda ada sedikit ruang masa disebelah siang anda bolehlah menunggang unta sambil bergambar selfie dan memberi makan kepada illama atau alpaca.
Pada keesokan harinya, kami mendaftar masuk ke taman tema air. Jadi anda perlu datang awal jam 9 pagi supaya anda tidak perlu beratur panjang dan perlu bayar lebih duit di kaunter masuk. Anda akan mendapat gelang yang mengandungi baki duit didalamnya. Jika anda ingin dapatkan balik duit selepas puas bermain di taman tema air, anda perlu beratur dan pergi ke kaunter 5 untuk mendapat baki duit. Mudahkan!
Jadi ramai pengunjung taman tema air yang balik jam 6 petang. Pada petang 31 Ogos 2014 kamipun balik. Saya balik ke Maran, Pahang dan rakan-rakan sekerja yang lain balik ke Mersing, Johor. Memang puas juga kami bercuti disini sambil membeli cenderahati di Bukit Gambang Resort City dengan layanan staf-staf yang begitu mesra dan istimewa sekali. In Sya Allah kami akan mengadakan Hari Famili di tempat lain pula. Dengan adanya Hari Famili, semangat bekerja kami semakin meningkat secara berpasukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...