Pages

Khamis, 12 April 2012

Mencari Jodoh Yang Sesuai.

Salam kepada para pembaca dari blogspot, facebook, myspace, twitter, nuffnang dan gengblogger. Semoga petang ini memberi keceriaan kepada anda semua dan berharap rakan-rakan yang berada di utara semenanjung tidak berasa panik dengan gegaran gempa bumi yang berlaku semalam. Petang ini, tiba-tiba saya ingin mengupas tentang jodoh dalam blog personal saya ini setelah mendengar temubual istimewa dari siaran radio yang terkenal di Johor. Sememangnya jodoh sudah ditentukan oleh Allah dan tertulis di Luh Mahfuz. Adakalanya ada rakan-rakan kita diluar sana yang sukar menemui jodoh yang tepat. Seringkali kita mendengar ada rakan-rakan kita yang tersalah memilih pasangan hidup yang sesuai dan serasi. Akhirnya perpisahan yang tidak diduga berlaku. Jadi disini saya mengambil tip-tip yang saya perolehi dari temubual yang begitu menarik perhatian saya dalam mencari jodoh yang sesuai. Untuk mendapatkan jodoh yang begitu baik tanpa sebarang masalah, anda perlulah membaca ayat 89 surah Al Anbia' dan selepas mengerjakan solat fardhu, anda digalakkan membaca ayat 131 dan 132 surah Thoha. Selain itu anda boleh mengamalkan dengan membaca ayat 74 surah Al Furqan. Untuk mengelakkan sihir yang boleh melambatkan mendapat jodoh atau gangguan dalam rumahtangga, anda digalakkan membaca ayat 102 surah Al Bakarah. Semoga tip-tip yang saya perolehi dari temubual yang begitu menarik ini dapat memberi manfaat kepada anda yang masih ingin mencari jodoh yang begitu sesuai dan serasi.

2 ulasan:

The Fakhirin berkata...

satu nasihat yg bagus...tankiyu..

Shahrulnizam Jimat berkata...

Terima kasih Faiz Fakhirin kerana sudi memberi maklumbalas yang begitu positif dan menyokong saya dengan begitu teguh sekali. InsyaAllah saya akan memberikan tip-tip yang begitu menarik khususnya tentang jodoh & keharmonian rumah tangga pada masa akan datang dalam blog personel saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...