Pages

Jumaat, 29 Julai 2011

Perang Harga.


Semakin hampir dengan hari perayaan, banyak premis-premis perniagaan yang akan melobi harga yang terendah untuk pelanggan-pelanggan mereka supaya tidak beralih ke premis pesaing mereka. Mungkin ada taktik yang menarik dan kreatif yang dapat mengikat pelanggan terus berurusan dengan penjual-penjual yang begitu aggresif untuk meningkat jualan di premis mereka. Memang dalam bulan puasa ini, jualan menjadi lembab sedikit dan tiba waktu puncak sudah pasti harga yang ditawarkan pada pelanggan begitu istimewa dengan potongan yang begitu menarik. Ada premis-premis perniagaan yang begitu galak menukar harga barang begitu drastik dan sudah pasti dapat mengelirukan pesaing-pesaing mereka dan ini menyebabkan pelanggan mudah beralih ke tempat mereka. Premis-premis sebegini umpama anai-anai yang akan merosakkan lagi bisnes pesaing-pesaing yang lain. Jika kita berdepan dengan situasi begini, kita perlu lebih peka dan sentiasa membuat strategi yang terancang tanpa di ketahui oleh mereka. Yang penting kita perlu lebih kreatif dan mencari jalan alternatif bila berdepan dengan situasi perang harga dengan mengadakan gerak gempur secara aggresif dan sentiasa berhubung dengan begitu rapat dengan pelanggan.

Beramal Ibadah Di Bulan Ramadan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Nampaknya ramai antara kita yang tidak sabar menanti kedatangan bulan Ramadan yang menjanjikan ganjaran yang istimewa bagi orang Islam yang rajin beribadah di bulan Ramadan. Sememangnya banyak keistimewaan yang kita dapat semasa dalam bulan Ramadan. Sudah pasti kita menunggu ramai rakan kita bertadarus Al Quran bersama dengan kita di masjid dan surau. Dengan membaca Al Quran dapat menenangkan hati kita dan secara tidak langsung dapat melembutkan hati yang keras. Selain itu kita dapat memperbetul mana-mana tajwid yang salah bersama rakan-rakan kita, secara tidak langsung dapat menyedapkan lagi bacaan Al Quran dan melatih lidah kita melentur dengan begitu mudah dan lancar. Dengan banyaknya kita membaca Al Quran, muka kita lebih ceria dan bersinar. Dalam kita berpuasa di siang hari, sistem percernaan kita akan dibersihkan dan menjadikan otak kita lebih tajam. Bukan itu sahaja, kita juga akan bersembahyang terawih secara berjemaah di surau atau masjid. Secara tidak langsung ia umpama senaman yang memberikan ketenangan dan menghindarkan banyak penyakit seperti angin ahmar, kencing manis dan sebagainya. Dengan banyaknya kita bersujud dalam solat terawih, banyak pengaliran darah akan terkumpul dikepala dan memberikan ketajam otak kepada kita selain mengurangkan rasa pening kepala atau migrain. Semoga kita yang beragama Islam dapat memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan yang begitu istimewa kepada kita dan memberi banyak pahala yang berganda terutama pada malam Lailatul Qadar.

Pengalaman Berharga Buat Pasukan Malaysia.


Walaupun tiada rezeki, Harimau Malaya untuk melangkah ke peringkat seterusnya, namun pasukan Malaysia memberikan persembahan yang lebih baik berbanding perlawanan yang pertama bertemu Singapura di Stadium Jalan Besar. Memang menghampakan kerana tidak mencapai sasaran yang disasarkan dan diimpikan oleh rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tetapi bukan bermakna kita gagal selama-lamanya, mungkin rezeki yang lain pula. Sekurang-kurang kita dapat mengetahui taktik-taktik yang dilakukan oleh pihak lawan dan seterusnya kita akan menumpukan bentuk-bentuk serangan dalam mengekalkan pingat emas Sukan Sea di Indonesia nanti. Memang sukar untuk menjaringkan gol tanpa tongak utama, Mohd Shafiq Rahim yang boleh mengemudikan pasukan Malaysia dengan baik untuk menjaringkan lebih banyak gol. Malah nampaknya Safee Sali yang menjadi harapan kita untuk memberikan gol istimewa untuk rakyat Malaysia dan jaringan gol dari Qiu Li yang memusnahkan harapan Harimau Malaya untuk beraksi lebih hebat lagi dengan kesuntukan masa dan taktik melengahkan permainan oleh pasukan Singapura. Namun saya memberi pujian kepada Khairul Fahmi, penjaring gol yang menyelamatkan pintu gol dibolosi dengan begitu banyak dan lebih tangkas berbanding penjaga gol dari Singapura. Kitapun berbangga kerana tidak terlalu bergantung kepada pemain import untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia. Yang penting kita mengharapkan pasukan bola sepak Malaysia dapat menggandakan usaha lagi dan jangan mudah berasa selesa setelah menjaringkan gol. Perlu banyak belajar dari pasukan-pasukan yang berjaya seperti pasukan Uruguay yang menang dalam Copa America baru-baru ini di Argentina. Kita sebagai rakyat Malaysia terus memberi sokongan yang padu kepada pasukan Harimau Malaya. (Pengajaran berguna sudah pasti pasukan Malaysia perlu membuat kemenangan dengan jaringan gol yang banyak dalam permainan pertama sebelum bermain untuk permainan yang kedua dalam Kelayakan Piala Dunia yang akan datang)

Khamis, 28 Julai 2011

Menanti Magis Harimau Malaya.


Tepat jam 8.30 malam ini, bermulalah perlawanan yang begitu seimbang dan sudah pasti sengit sekali dengan kehadiran hampir 90ribu penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pertembungan Harimau Malaya (Malaysia) dan Lions (Singapura) sudah pasti menggamatkan stadium kita pada malam yang begitu mendebarkan. Memang ramai penyokong-penyokong Harimau Malaya yang akan menyuntik semangat pasukan Malaysia untuk berhempas pulas untuk mendapatkan slot perlawanan peringkat ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil, bukannya memberi tekanan kepada Harimau Malaya pada malam ini. Sudah pasti rakyat Malaysia ingin merasa kemenangan Harimau Malaya pada malam ini dan seterusnya melayakkan mereka ke peringkat seterusnya setelah lama terkandas di peringkat awal. Memang seronok melihat skil-skil hebat yang akan dipamerkan oleh Harimau Malaya untuk mengembalikan maruah Malaysia untuk menjadi lebih berprestij lagi. Memang sukar menentukan siapa yang layak untuk peringkat seterusnya kerana pasukan Singapura menggunakan taktik mengambil pemain-pemain import yang begitu keterlaluan dan sudah pasti mengehadkan pemain-pemain tempatan Singapura untuk menyertai skuad Lions. Kita berbangga dengan pasukan Harimau Malaya yang tidak bergantung kepada pemain luar. Kita mengharapkan pertahanan Harimau Malaya semakin kukuh dengan komunikasi dan keserasian yang begitu baik antara pemain-pemain Harimau Malaya dan juga ketangkasan penjaga gol menangkap bola dari terbolos begitu sahaja pada malam ini. Kita juga perlu mengelak sebarang kontroversi seperti pancaran laser kepada penjaga gol yang pernah berlaku antara pemain Indonesia dan Malaysia. Selamat berjuang kepada Harimau Malaya! Kepada peminat-peminat bolasepak dari Malaysia,teruslah memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia. (Mengharapkan semangat kesukanan dan semangat Asean diterapkan begitu baik untuk perlawanan kali ini)

Rabu, 27 Julai 2011

Ajar Anak Berpuasa Di Bulan Ramadan.


Salam untuk para pembaca yang dihormati. Dalam bulan Ramadan ini kita latihkan anak-anak kita belajar berpuasa. Mungkin mereka berasa susah untuk berpuasa pada permulaannya. Apakata kita bagi ganjaran yang istimewa kepada anak-anak kita. Jika dia dapat berpuasa setengah hari, kita bagi hadiah vitamin yang berperisa buah-buahan atau alatulis kepadanya. Jadi mungkin anak-anak yang kecil ini bersemangat untuk berpuasa bersama-sama dengan kita pada hari keesokannya. Jika mereka dapat berpuasa seharian, sudah pasti anak-anak kita berasa teruja berbuka puasa bersama keluarga. Jika waktu bersahur, kita boleh memberi buah-buahan yang berwarna seperti tembikai, betik yang boleh merangsang anak kita bangun untuk bersahur. Memang seronok bila tengok gelagat anak-anak kita yang belajar bersahur bersama ahli-ahli keluarga yang lain. Dalam waktu bersahur, kita boleh meminta isteri kita sediakan makanan yang lambat hadam seperti kebab, murtabak daging lembu, bubur quaker oat atau sup daging untuk anak-anak kita yang ingin belajar berpuasa pada keesokan harinya. Makanan lambat hadam ini dapat memberi tenaga yang berpanjangan dalam masa seharian anak-anak kita berpuasa. Lebih elok kita hulurkan buah-buah kurma kepada anak-anak kita dalam waktu bersahur nanti. Sebaik-baiknya dalam angka ganjil seperti anak-anak kita makan 3biji kurma semasa bersahur. Semoga tip-tip yang saya berikan boleh memberi manfaat kepada anak-anak para pembaca semua.

Elak Jadi Terlalu Statik.

Dalam kehidupan kita yang semakin pantas dan memerlukan suatu yang baru, kita perlu berubah mengikut peredaran zaman. Janganlah terlalu statik dengan mengikut sistem yang lama terutama rakan-rakan yang bekerja di retail dan pasaraya. Dengan sistem yang terbaru dapat mempercepatkan lagi khidmat kita pada pelanggan dan meningkatkan lagi target jualan dari tahun ke tahun yang berikutnya. Jika sekarang kita akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi, sudah pasti premis-premis perniagaan sudah merangka promosi besar-besaran dan perlu membuat lebihan kerja untuk menghadapi musim perayaan ini. Banyak yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa supaya pelanggan tidak bosan dengan promosi yang hampir sama setiap tahun dan perlu tonjolkan kreativiti untuk menarik ramai pelanggan baru masuk ke dalam premis-premis perniagaan. Memang sukar untuk memuaskan hati pelanggan, tetapi sebagai seorang pekerja yang bekerja di retail dan pasaraya perlu belajar dan memahami kehendak pelanggan. Dalam bulan puasa, mungkin jualan menjadi terlalu perlahan dan kita perlu menumpukan waktu puncak bila pelanggan akan masuk ke dalam premis perniagaan. Biasanya pada sebelah malam dalam bulan puasa, kita sudah bersiap sedia untuk merebut peluang untuk mendapatkan pelanggan dan di waktu siangnya kita membuat kerja back up.

Terlepas Pandang.


Biasa bagi seseorang yang bekerja di retail atau di pasaraya mengalami situasi terlepas pandang terutama bagi barang yang rosak dan sudah menghampiri tarikh luput. Mungkin ini memberi kesan kepada pelanggan yang peka dengan tarikh luput sesuatu barang. Jadi jangan salahkan pelanggan anda jika pelanggan anda memulangkan barang yang sudah hampir luput. Mungkin kita perlu lebih peka dengan barang yang lagi 6 bulan yang akan mencapai tarikh luput. Selain itu kita perlu lebih peka dengan harga barang. Adakala rakan-rakan sekerja yang tersilap punch harga pada barang tersebut dan mata kita perlu lebih tajam lagi untuk mengelakkan pelanggan-pelanggan kita ragu-ragu untuk membeli barang di kedai kita. Harga barang yang tertera pada barang itu perlulah harga yang tidaklah terlalu jauh dan tidak terlalu rendah dari harga yang dicadangkan oleh pembekal. Seboleh-bolehnya harga tersebut dalam keadaan terkawal dan berpatutan untuk pelanggan. Dibimbangi pelanggan akan membuat aduan kepada bahagian pengguna, jika kita meletak harga yang tidak munasabah.

Menghadapi Situasi Yang Tidak Dijangka.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Semoga anda dapat makan tengahari bersama rakan sekerja dengan begitu selesa dan tenang. Adakala kita akan menempuh suasana yang kita tidak jangkakan dan tidak menyenangkan. Kita perlu ambil masa bertenang dan berfikir bagaimana kita untuk mengatasi masalah tersebut. Memang banyak yang kita perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga jika kita berdepan masalah yang berulang. Kita mungkin berasa menyesal jika kita bertindak begitu lambat jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti komputer atau mesin rosak yang perlu diperbaiki untuk menyenangkan kerja kita. Kalau kita sukar mengatasinya, kita perlu meminta pertolongan dari jiran sebelah atau kawan-kawan yang rapat dengan kita. Dengan banyaknya idea dari rakan-rakan atau jiran kita dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan begitu mudah dan cepat. Saya pernah mengalami masalah tingkap kereta yang sukar ditutupkan. Tanpa membuang masa, saya memanggil jiran saya untuk membaiki kerosakan tingkap kereta. Namun tidak berjaya, dia memberikan nombor telefon kepada saya dan saya menghubungi mekanik tersebut. Apabila mekanik tersebut datang, dia meminta saya datang ke bengkel dan akhirnya masalah tingkap kereta saya selesai dengan mudah dan cepat. Sememangnya kita perlu mencari jalan penyelesaian dengan berbincang dengan rakan-rakan atau jiran kita. Secara tidak langsung hubungan kita dengan rakan-rakan atau jiran semakin akrab.

Selasa, 26 Julai 2011

Persiapan Menjelang Ramadan.


Salam untuk para pembaca yang budiman. Lagi beberapa hari lagi kita akan berpuasa di bulan yang penuh mulia, bulan Ramadan. Ramai antara kita yang sudah membeli belah untuk bulan Ramadan di pasaraya terkenal selepas mendapat gaji semalam. Ada yang berebut-rebut membeli kurma yang terbaik seperti kurma Wasem, kurma Ajwa@Nabi, kurma Ajmal dan pelbagai lagi untuk bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Kurma merupakan buah palma yang penuh dengan serat yang dapat menyimpan banyak tenaga dan mengurangkan sakit perut pada bulan Ramadan ini. Ada yang sudah membeli buah-buah aprikot, buah tin dan juga makanan yang banyak serat seperti makanan yang mengandungi oat yang dapat membantu perlepasan tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa. Memang ramai yang membeli jus buah-buahan untuk persediaan berbuka puasa nanti untuk mengelak dehidrasi dan secara tidak langsung dapat membersihkan sistem percernaan dalam badan. Berbincanglah dengan rakan-rakan untuk bertadarus Al-Quran bersama-sama di masjid atau di surau untuk menghidupkan lagi bulan Ramadan ini. Sekurang-kurangnya kita sebagai umat Islam sudah bersiap sedia menantikan bulan Ramadan yang penuh berkat.

Isnin, 25 Julai 2011

Jangan Sia-Siakan Peluang Kedua.


Walaupun Harimau Malaya tumpas dengan mudah dengan negara seberang yang sudah lama menjadi pesaing yang begitu kompetetif dan sengit, namun peluang kedua sudah pasti mereka tidak harus lepaskan untuk menentang pasukan pelawat di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Khamis ini. Sudah pasti rakyat Malaysia dahagakan kemenangan Harimau Malaya untuk menang dengan penuh bergaya pada hari yang ditunggu-tunggu nanti. Peluang yang kedua ini dapat menentukan nasib Harimau Malaya untuk terus pergi ke peringkat seterusnya. Jadi kita, rakyat Malaysia mengharapkan bahagian pertahanan pasukan Malaysia tidak rapuh dan leka ketika menentang pasukan dari Singapura yang banyak dibarisi dengan pemain import yang telah diberikan kerakyatan Singapura. Kita mendoakan mereka berjaya dalam perlawanan kali ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan membuktikan pasukan Malaysia dapat mengalahkan pasukan Singapura dengan mudah. (Bukan angan-angan Mat Jenin kalau pasukan Malaysia sudah layak dan bersedia ke Piala Dunia)

Sabtu, 23 Julai 2011

Jangan Mudah Mengalah Pasukan Malaysia.


Nampaknya pasukan Singapura telah memintas pasukan Malaysia dengan 4 gol setelah pasukan Malaysia mendahului 1 gol pada permulaan separuh masa pertama. Mungkin bahagian pertahanan Malaysia yang lemah dan kehadiran pemain import Singapura yang diberikan kerakyatan Singapura yang menjadi punca Malaysia ketinggalan dengan pasukan republik tersebut. Kita mengharapkan separuh masa yang kedua dapat memberikan semangat baru untuk pasukan Malaysia untuk merapatkan jurang dan mencipta keajaiban di tempat lawan yang sentiasa memihak kepada Singapura. Ada harapan baru dengan gol yang dicipta oleh Amri Yahya dan Safee Sali untuk mendapatkan keputusan yang begitu menarik pada separuh masa kedua ini. Kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya dan memberikan kemenangan yang begitu besar di tempat kita, Malaysia. Semoga pasukan Malaysia dapat melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, Piala Dunia 2014 di Brazil. (Seharusnya berikan kredit kepada pasukan lawan yang memberikan persembahan yang begitu menarik dan saingan yang sengit kepada pasukan kita, Malaysia. Keputusan Semasa Singapura 5 gol dan Malaysia 3 gol)

Khamis, 21 Julai 2011

Melobi Dengan Aggresif.


Apabila kita sudah ada pesaing dalam perniagaan, kita perlu lebih aggresif melobi produk dan perkhidmatan kita kepada klien-klien yang lebih berpengaruh. Banyak peniaga yang pergi ke premis berhampiran dan melobi supaya mereka datang ke kedai kita berbanding pesaing kita. Jadi kita perlu lebih aggresif berjumpa pegawai-pegawainya dan memberikan penerangan tentang produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan dengan begitu berkesan sekali. Memandangkan bulan Ramadhan tidak lama lagi, ramai antara kita yang terjun dalam perniagaan dan pemasaran mengambil kesempatan untuk bertemu pelanggan dan peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan. Sekurang-kurangnya kita menunjukkan muka kita di Bazaar Ramadhan dan terus berurusan dengan mereka di Bazaar Ramadhan. Jadi tidak salah kita melobi kedai kita sambil kita membeli di tempat peniaga di Bazaar Ramadhan. Sekurang-kurangnya kita memberi saingan yang begitu sihat kepada pesaing kita dan melariskan lagi jualan barang-barang kita dalam bulan Ramadhan ini. (Hendak melobi produk dan perkhidmatan yang kita ceburi kenalah belajar dari orang yang pakar melobi dan berpengalaman luas dalam bidang pemasaran)

Rabu, 20 Julai 2011

Peka Dengan Aduan Pelanggan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Sememangnya apabila kita bertemu dengan pelbagai ragam pelanggan di premis perniagaan, kita akan menerima banyak aduan pelanggan berhubung dengan produk dan servis kita berikan kepada pelanggan. Ada juga yang tidak berpuashati dengan layanan kita jika kita melayan mereka secara tidak bersungguh-sungguh. Malah kita perlu bertindak secara lebih positif untuk meningkatkan kualiti tanpa mengikut emosi yang berlebihan. Bukan senang kita hendak memuaskan pelbagai pihak terutama pelanggan tetap dan setia dengan kita. Oleh itu kita perlu memperkemaskan diri kita sebelum bertemu dengan pelanggan-pelanggan di dalam premis perniagaan. Mungkin gaya percakapan kita yang tidak lancar perlu lebih diperbaiki dari masa ke semasa dengan mengikuti pembelajaran yang berkaitan dengan komunikasi di dalam perniagaan. Aduan-aduan pelanggan ini perlu direkod di dalam dokumen dan juga di dalam software. Kita boleh usulkan aduan-aduan tersebut di dalam mesyuarat bulanan dan boleh mencari jalan keluar bagaimana untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan dan produk kita.

Selasa, 19 Julai 2011

Mengemaskini Data Pelanggan.


Salam untuk para pembaca dari Gengblogger, Nuffnang, Facebook dan Twitter. Sebagai seorang peniaga yang sudah pasti memiliki pelanggan tetapnya dan mungkin berusaha untuk mendapatkan data-data terbaru dari pelanggan tetapnya. Sememangnya data yang begitu asas seperti nama pelanggan, alamat tetap dan surat-menyurat, email, umur dan yang paling penting nombor telefon yang senang dihubungi untuk membuat sebarang promosi atau bertanya khabar kepada pelanggan tetap tersebut. Ramai pekerja di bahagian khidmat pelanggan atau customer service sudah menyimpan beribu-ribu sehingga berjuta-juta maklumat pelanggan dengan mengunakan software yang terkini. Malah senang dan cepat untuk memeriksa pelanggan tetap mereka dan mudah mengemaskini data-data pelanggan mereka dengan begitu fleksibel. Selain itu sebagai seorang peniaga mungkin menyimpan data-data pelanggan secara manual kerana dibimbangi segala data dalam software tersebut akan korup jika adanya pencerobohan malware atau virus yang begitu kuat. Maklumat tentang barang yang dibeli oleh pelanggan tetap beserta harga yang begitu istimewa akan tersimpan dengan rapi di dalam software dan dokumen yang dimiliki oleh peniaga tersebut. Malah maklumat-maklumat tentang pelanggan tetapnya akan dikemaskini dari masa ke semasa seperti nombor telefon dan alamat pelanggan. Disamping itu mereka akan menyimpan data-data pelanggan dengan begitu cermat dan teliti dengan menggunakan kaedah yang lebih terjamin keselamatannya. Jadi sudah tentu maklumat-maklumat tentang pelanggan tetap akan terpelihara dan tidak akan mudah bocor kepada pihak yang ketiga yang ingin mengaut keuntungan dengan begitu cepat. (Pelanggan kitapun memerlukan privacy mereka juga supaya maklumat mereka tidak terdedah kepada umum)

Isnin, 18 Julai 2011

Mengawal Aliran Tunai Dalam Perniagaan.


Salam kepada para pembaca yang dihormati. Pengurusan kewangan itu penting dalam memacukan perniagaan berkembang dalam keadaan yang stabil dan maju. Jika tersilap langkah dalam pengurusan kewangan boleh menjerumuskan perniagaan ke fasa kemusnahan dan tidak dapat mengawal kerugian dengan begitu besar. Jadi untuk permulaan, sememangnya seorang peniaga memerlukan modal yang besar untuk menhidupkan sesebuah perniagaan yang baru dibuka. Peniaga tersebut perlu mengawal pusingan modalnya yang perlu dalam keadaan yang lebih positif dan memberangsangkan. Adakala kita yang ditakdirkan menjadi seorang peniaga harus peka dengan aliran masuk keluar tunai dalam seseuatu perniagaan yang kita jalankan. Dengan perkembangan teknologi yang begitu tinggi, kita perlu memanfaatkan penggunaan software yang begitu berkesan yang dapat mengesan sebarang aliran tunai dalam syarikat dan mengetahui punca-punca yang menyebabkan kita mengalami sebarang kerugian. Sememangnya aliran tunai dalam perniagaan merupakan aset kecairan yang perlu kita pantau dari masa ke semasa. Jangan kita mengambil mudah dengan mengabaikan keadaan aliran tunai dalam perniagaan yang kita usahakan selama ini. (Sesekali para pembaca ada mempunyai masa untuk membaca buku yang dikarang oleh Robert T. Kiyosaki yang menceritakan tentang kebijaksaan menguruskan aliran kewangan)

Ahad, 17 Julai 2011

Persediaan Menantikan Bulan Ramadhan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Lagi beberapa hari kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Ramai antara kita yang sudah berpuasa sunat di bulan Rejab dan Sya'ban sebagai persiapan amal ibadat di bulan puasa tidak lama lagi. Ada yang sudah bersiap-sedia membeli-belah di pasaraya dan premis-premis perniagaan dan terus menempah membuat baju raya, kueh raya dan pelbagai kelengkapan pada hari raya nanti. Bagi peniaga-peniaga pasar Ramadhan sudah tentu bersiap sedia untuk mendapat tapak bazaar Ramadhan yang begitu strategik, mencari bekalan dan mencongak-congak hasil yang akan mereka terima semasa bulan Ramadhan yang tidak lama lagi. Memang perlu membuat sebarang persediaan terutama belanjawan dan juga merebut peluang untuk mendapat banyak pahala di bulan yang penuh berkat ini. Bagi sesetengah peniaga akan mula merancang waktu perniagaan yang sesuai dalam bulan tersebut memandangkan keadaan urusniaga dalam bulan Ramadhan tidak sama dengan bulan-bulan yang lain. Memang banyak yang perlu difikirkan dan perlu lebih bersedia dalam menyambut bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia.

Hujung Minggu Yang Santai.


Bila dengar suara DJ Jiha, Radio RTM Johor Permata Selatan terus saya berasa bersemangat bekerja pada hari Ahad. Memang lain benar suara DJ dari Johor ini yang lain dari DJ yang lebih popular. Topik yang begitu membuatkan kebanyakan pendengar radio yang memberi pandangan-pandangan mereka melalui corong radio tersebut. Memang hujung minggu ini hanya untuk berehat dengan keluarga setelah penat bekerja tetapi ada juga pendengar yang mempunyai aktiviti masing-masing dengan majlis baca Yassin pada petang Ahad dan ada majlis kenduri doa selamat, kenduri kahwin dan sebagainya. Kalau sudah terasa bosan di hujung minggu, ramai yang keluar bersama rakan-rakan serta keluarga menonton wayang dan ada yang bersiar-siar di tepi pantai seperti di Air Papan, Tanjung Leman dan Desaru, Johor. Sesekali untuk melepaskan kebosanan, ada yang mencari rakan-rakan baru melalui laman sosial dan juga blog. Hujung minggu, ada pendengar radio yang memberitahu bahawa mereka lambat memasak dan tidaklah menjadi seperti lipas kudung pada hari biasa. Sememangnya mereka memerlukan hari untuk berehat dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Semangat Untuk Menentang Pasukan Singapura.


Tahniah kepada pasukan Malaysia yang memberikan tentangan yang cukup sengit kepada pasukan Liverpool, 6-3 walaupun tewas kepada pasukan Liverpool. Yang penting semangat melawan yang tinggi bertemu lawan yang cukup kaya dengan pengalaman dan skil yang hebat. Sekurang-kurangnya ada pihak dari luar negara yang memandang bakat dan skil yang diciptakan oleh Safee Sali dan Safiq Rahim yang terus menggegarkan pintu gol Liverpool. Dengan ngauman yang begitu kuat sudah pasti memberikan suatu kejutan bagi pasukan Reds ini. Kitapun tumpang seronok tengok semangat penonton-penonton di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil yang begitu kuat memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan. Kita mengharapkan pasukan Malaysia mendapat suntikan semangat untuk menentang pasukan Singapura yang seterusnya pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014. Selamat berjuang Harimau Malaya untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi! (Mengambil semangat Harimau Malaya bila bekerja hari Ahad)

Sabtu, 16 Julai 2011

Hidup Berjiran.


Salam ceria untuk para pembaca yang sekalian. Hari Sabtu memang ada yang sibuk dengan mesyuarat di sekolah dan ada yang bersiap sedia untuk memberi sokongan kepada pasukan negara kita, Malaysia yang akan menentang kumpulan Reds pada petang ini. Jiran merupakan orang yang tinggal paling hampir dengan kita. Jadi kita perlulah berbaik-baik dengan jiran kita tidak kira berlainan bangsa, keturunan, jantina dan sebagainya. Tidak salah kalau kita berkunjung ke rumah mereka dan bertanya khabar. Ada baiknya kita dapatkan maklumat yang lengkap tentang jiran kita terutama nombor telefon yang mudah untuk dihubungi. Ini kerana jika kita balik ke kampung pada hari raya nanti, kita boleh mengisi data atau maklumat kita dan jiran kita di balai polis. Sekurang-kurangnya pihak polis dapat mengetahui lebih lanjut tentang keadaan kawasan perumahan yang kita duduki semasa kita bercuti dalam tempoh yang panjang. Begitu juga di tempat kerja, sudah pasti kita mempunyai jiran bersebelahan dengan tempat kita bekerja. Mungin jika ada majlis keramaian seperti menyambut rumah terbuka pada Hari Raya atau Tahun Baru Cina atau Deepavali, boleh mengajak jiran-jiran kita memeriahkan lagi rumah terbuka di tempat kerja. Jadi hidup berjiran ini penting demi menjaga kebaikan bersama.

Jumaat, 15 Julai 2011

Ayuh Harimau Malaya Terus Bangkit Menentang Liverpool.


Selepas pasukan Arsenal bertandang ke negara Malaysia yang bertuah ini, sudah pasti rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk melihat perlawanan yang seterusnya iaitu pasukan Malaysia menentang Liverpool. Nampaknya Stadium Bukit Jalil bertambah gegak gempita dengan ngauman peminat-peminat bola sepak pada malam esok. Walaupun jurulatih Liverpool, Kenny Danglish sudah balik ke sana, namun peminat-peminat Liverpool di Malaysia pasti tertunggu-tunggu aksi para pemain Liverpool yang terkenal seperti Dirk Kuyt dan Jamie Carragher yang begitu lincah di padang bola. Tentu kita sebagai rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan diakhir perlawanan esok. Bagi penggemar bola sepak sudah pasti ingin melihat skil-skil yang menarik yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Liverpool seperti pemain-pemain Arsenal yang sebelumnya. Semoga kita mengharapkan pasukan Malaysia dapat memberi saingan yang sengit terhadap pasukan Liverpool terutama penyerangnya Safee Sali, Ismail Faruqi dan Izzaq Faris Ramlan dengan sentuhan luar biasa dari jurulatih pasukan Malaysia, Datuk K. Rajagobal. Selamat menonton di Astro Arena, esok!

Makanan Laut Yang Meningkatkan Kecerdasan Otak.


Anda tentu terfikir-fikir bagaimana rakyat Jepun boleh maju dengan teknologi yang begitu tinggi dan sudah pasti anda mencemburui kejayaan mereka di peringkat antarabangsa khususnya dari segi ekonomi yang begitu kukuh. Antara faktor utama yang menyebabkan mereka mempunyai kecerdasan otak yang begitu tinggi, sudah pastilah mereka makan makanan laut yang begitu segar dan kaya dengan kandungan DHA yang begitu tinggi seperti ikan tuna dan ikan kembung. Malah ikan tuna menjadi begitu komersil disana dengan permintaan yang begitu tinggi. Mereka jarang makan makanan berdaging seperti ayam yang mempunyai lemak dan kolesterol yang tinggi terutama bahagian kulitnya. Mereka tahu dengan pengambilan ikan yang mempunyai DHA yang tinggi dapat meningkatkan penghasilan sel-sel otak yang lebih berkualiti dan memberikan cetusan-cetusan minda yang lebih kreatif dan berinovasi. Jadi mereka sanggup berlumba-lumba untuk menghasilkan produk-produk yang berjenama tinggi seperti Toyota, Toshiba dan banyak lagi yang menembusi pasaran antarabangsa. Jadi lebihkanlah menu anda dengan pengambilan makanan laut seperti ikan berbanding makanan yang berdaging seperti ayam untuk meningkatkan daya kreativiti dan kecerdasan otak anda.

Malam Nifsu Sya'ban.

Salam untuk para pembaca yang dihormati. Pada malam esok merupakan malam nifsu Sya'ban yang begitu ditunggu-tunggu oleh umat Islam sebelum kita memasuki bulan Ramadhan tidak lama lagi. Malam nifsu Sya'ban merupakan malam pertengahan dalam bulan Sya'ban. Pada malam esok, digalakkan umat Islam membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan berdoa semoga Allah murahkan rezeki yang halal, memanjangkan umur dan meningkatkan keimanan. Bagi umat Islam akan berusaha untuk mendapatkan keberkatan rezeki yang diperolehi dan berusaha untuk memperbaiki nilai-nilai kehidupan dari segi amalan-amalan kebaikan dan meningkatkan perhubungan dengan manusia. Semoga kita yang beragama Islam mengambil peluang untuk menambahkan amal ibadat di bulan Sya'ban ini.

Khamis, 14 Julai 2011

Kad Bisnes Penting Dalam Perniagaan.


Salam untuk para pembaca yang budiman terutama rakan-rakan yang terlibat dalam perniagaan. Sememangnya kad bisnes tersangatlah penting untuk membantu pemasaran produk-produk kepada klien-klien kita. Seelok-eloknya anda perlu membawa lebih 10 keping di dalam poket atau dompet anda dan diberikan kepada kenalan baru kita di keramaian seperti kenduri kahwin, pameran, ceramah dan sebagainya. Sekiranya anda ingin meningkatkan jualan di kedai anda, anda perlu lebih proaktif mencari pelanggan di luar kedai dan sambil berunding bolehlah hulurkan kad bisnes anda kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi untuk membeli barangan anda. Pelanggan tersebut boleh menyampaikan maklumat tentang produk-produk anda dengan lebih berkesan kepada ahli keluarganya serta sanak saudaranya. Tentu anda rasa gembira apabila usaha anda berjaya dengan hanya menggunakan kad bisnes untuk menarik ramai pelanggan datang ke kedai anda. Kad bisnes perlu lebih sistematik dengan nama anda, nombor telefon, alamat email, nama syarikat, alamat syarikat beserta produk-produk dan perkhidmatan anda tawarkan kepada pelanggan anda dengan begitu jelas sekali. Selain itu anda boleh mencetak kalendar dibelakang kad bisnes anda. Tentu menarik bukan! Jadi pelanggan-pelanggan mudah mengenali anda dengan begitu cepat sekali. Jika anda hendak pergi ke majlis kenduri kahwin, anda perlu selitkan kad bisnes anda pada hadiah tersebut dan diberikan kepada pihak pengantin. Jadi dengan cara sebegini dapat memberikan gambaran yang anda ambil berat terhadap pelanggan-pelanggan anda di luar sana.

Sentiasa Membuat Blogwalking!


Sebagai seorang blogger, sudah tentu kita perlu mengaktifkan blog kita dengan mempromosikan blog kita di shoutbox pada blogger-blogger yang lebih popular atau yang berpengalaman luas dalam menghasilkan blog. Di shoutbox tersebut, anda perlu masukkan nama anda, tidak kiralah nama anda yang sebenar atau nama komersil beserta alamat URL blog anda. Berilah salam dahulu beserta info-info menarik kepada pembaca disana dan minta mereka mengunjungi blog anda. Jadi blog anda lebih dikenali oleh viewer-viewer yang lain. Selain itu anda boleh memberi komen yang bernas pada setiap catatan blogger-blogger yang lain dan sesekali anda letak alamat blog anda di ruang komen tersebut. Janganlah anda menulis alamat blog anda sahaja disitu tanpa menulis sebarang komen yang begitu membina dan lebih positif. Dibimbangi blogger tersebut akan memadamkan alamat blog anda dan berasa anda sebagai seorang spammer yang tak berguna. Jadi anda perlu rajin-rajinlah membuat blogwalking di blog-blog yang begitu ramai pengikutnya dan yang penting komen perlu lebih berkualiti. (Sekali-sekala blog anda hendak berjalan ke sana ke mari seolah-olah menggambarkan anda yang suka berjalan sambil pandai mencari peluang yang boleh menguntungkan diri anda dan viewer-viewer anda(win-win situation))

Wordless Wednesday!


Ya perkataan sebegini amat popular bagi para blogger yang ketandusan idea. Biasa pertengahan minggu, masing-masing sibuk dengan kerja di pejabat, jadi ramai para blogger yang tidak mempunyai masa secukupnya untuk mencari isi atau idea yang bernas untuk membuat entri-entri yang begitu menarik untuk follower-follower mereka. Sesekali kita ada buku kecil atau buku 5 yang sudah pasti kita akan mencatitkan sesuatu untuk mengelakkan kita terlupa untuk membuat posting khas untuk viewer-viewer yang setia dengan kita. Sayapun rasa macam tersekat juga pada hari semalam untuk meneruskan membuat posting. Tambahan pula banyak kerja yang menanti untuk dibereskan. Mungkin kita perlu ada masa yang sesuai untuk membuat posting dan perlu ambil masa bertenang untuk mendapatkan idea-idea yang menarik. Janganlah terlalu lama kita berehat seolah-olah penyakit malas datang menjelma. Sekurang-kurang kita perlu membuat reminder di telefon bimbit kita bila masa yang sesuai kita membuat posting kepada peminat-peminat blog. Selain itu kita boleh mencatitkan apa-apa bentuk posting di dalam buku organiser kita dan seterusnya kita terus mencoretkan apa-apa yang menarik di dalam blog. Dengan cara sebegini kita dapat menjimatkan masa daripada kita berfikir begitu lama di depan laptop.

Rabu, 13 Julai 2011

Makan Bersama Dengan Ahli-Ahli Churp Churp Yang Terpilih Di Mark's Place, Kelana Jaya.



Wah! beruntungnya ahli-ahli Churp Churp yang terpilih dengan mesej yang kreatif dengan menggunakan #ChurpOut di twitter. Hanya 20 orang sahaja yang dapat menikmati hidangan istimewa di Mark's Place, Kelana Jaya. Macam-macam makanan ada disitu! Dapatlah berjumpa ahli-ahli Churp Churp dengan lebih dekat lagi walaupun baru pertama kali berjumpa di situ. Harap-harap pihak Churp Churp dapat membuat pertemuan ahli-ahli Churp Churp yang lain di luar Lembah Klang pula. Manatahu dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan Churp Churp dan berbincang mengenai aktiviti-aktiviti yang lebih menarik lagi pada masa akan datang.

Selasa, 12 Julai 2011

Denaihati Yang Memberi Semangat Kepada Blogger-Blogger Untuk Menghasilkan Karya Yang Bagus.


Wah! bagusnya ada entri yang menarik, Denaihati di Gengblogger. Sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat baru khususnya blogger-blogger baru yang berjinak-jinak dalam penulisan blogger di dalam blogspot, live journal dan sebagainya. Memang menarik bukan! Selain kita dapat idea-idea yang baru dan segar dari blogger-blogger yang berpengalaman, kita boleh menjana duit melalui entri ini. Dengan jumlah trafik ke blog yang begitu tinggi, kemungkinan para blogger berpeluang untuk mendapatkan duit hasil dari Denaihati yang baru bermula pada bulan Julai ini sehingga penghujung tahun 2011. Sekiranya sesiapa yang berminat boleh mengunjungi Gengblogger dan klik pada Denaihati dan ikut prosedur-prosedurnya. Bayaran kepada blogger adalah melalui online dan anda perlu mengikuti perkembangannya melalui twitter dan facebook.

Berikan Ganjaran Dan Harga Istimewa Untuk Pelanggan Tetap.


Salam untuk rakan-rakan Gengblogger, Nuffnang, Facebook & Twitter yang ceria. Sesekali ajak rakan-rakan yang lain makan tengahari di restoran-restoran atau cafe yang menawarkan hidangan pada harga yang istimewa. Bagi rakan-rakan yang terjun dalam bidang perniagaan, anda boleh memberi ganjaran dan harga istimewa untuk pelanggan tetap anda. Begitu juga bagi pelanggan yang memiliki kad ahli, sudah tentu kita yang dilahirkan sebagai peniaga harus memberi keutamaan kepada pelanggan tersebut. Memang seronokkan bila ramai pelanggan tetap berkunjung ke kedai kita dan bertanya khabar sambil membeli-belah barang-barang di kedai kita. Memang saya akui untuk mendapatkan pelanggan baru amat sukar berbanding mendapatkan pelanggan lama. Sekurang-kurangnya kita mencuba memikat pelanggan-pelanggan baru dengan tawaran yang istimewa jika mereka ingin mendapatkan kad ahli. Sayapun tertarik dengan cara kedai yang menjual barangan di Mersing yang sentiasa menjaga hati pelanggan mereka dengan servis yang bagus sambil menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan mereka. Tambahan mereka memberi mata dan pelanggan itu akan menebus hadiah jika mata pada kad mereka mencapai sasaran. Memang berbaloi bagi pelanggan yang setia membeli produk dan perkhidmatan di kedai mereka.

Isnin, 11 Julai 2011

Bila Arsenal Bertandang Ke Malaysia.



Wah! Semakin galak pasukan-pasukan ternama dari EPL singgah ke negara-negara Asia seperti Malaysia dan Thailand. Jika sebelum ini kita menerima kunjungan pasukan Manchester United, kali ini kita disajikan dengan perlawanan menarik antara pasukan Malaysia melawan Arsenal di stadium Bukit Jalil pada sebelah malam 13 Julai 2011. Kita tunggu keputusan yang begitu hebat pada malam tersebut. Adakah pasukan Malaysia dapat mengalahkan Arsenal atau permainan pasukan Malaysia lebih baik berbanding dengan aksi mereka melawan pasukan Manchester United. Pasti rakyat Malaysia tertunggu-tunggu perlawanan tersebut. Memang kita sebagai rakyat Malaysia berasa beruntung kerana mereka sudi singgah ke sini. Jadi kepada peminat bola sepak, cepat-cepatlah mendapatkan tiket perlawanan tersebut di One Utama dan premis perniagaan yang mengambil bahagian sebelum kehabisan tiket!

Nada Suara Yang Baik Ketika Berunding Dengan Pelanggan.

Bila terdengar kelunakan suara Lyn Zainol (DJ Radio Muzik), Fara Fauzana (DJ Hot FM) dan Feeya (DJ Erra), pasti pendengar-pendengar setia menanti celoteh mereka di konti radio. Dengan kemerduan suara Datuk Siti Nurhaliza, Francesca Peter, Misha Omar dan Alyah, pasti ada peminat-peminat setia yang menanti lagu mereka di radio. Begitu juga peniaga yang memiliki ton suara yang baik dan lancar dapat menerangkan produk dan perkhidmatan dengan begitu sempurna tanpa memberi sebarang keraguan kepada pelanggan mereka. Jika suara begitu nyaring dan bingit semasa berunding dengan pelanggan mungkin menyebabkan pelanggan berasa tidak selesa dan adakala peniaga seperti begini semacam memaksa pelanggan membeli barangannya. Akhirnya pelanggan mungkin tidak singgah di kedai tersebut jika terdapat para pekerja atau peniaga yang memiliki nada suara yang kurang baik. Jika nada suara peniaga itu terlalu rendah, mungkin maklumat sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak sampai ke telinga pelanggan dan pelanggan berasa bosan dengan peniaga yang tidak bersungguh-sungguh dalam membuat kerja. Jika para pembaca, khususnya dari Gengblogger, Nuffnang dan Facebook yang berminat berniaga, jangan mengabaikan aspek nada suara yang baik terhadap pelanggan. Malah pelanggan akan datang lagi ke kedai jika kita berunding dengan pelanggan dengan nada suara yang baik beserta dengan maklumat-maklumat tentang sesuatu produk dan perkhidmatan yang mencukupi. Jangan teragak-agak bila bercakap dengan pelanggan anda!

Ahad, 10 Julai 2011

Musim Buah Durian Di Johor.


Pada hujung minggu ini, apa kata para pembaca sekalian datang berkunjung ke negeri Johor yang kaya dengan raja buah. Memang sekarang banyak buah durian di sekitar Muar, Segamat, Tangkak dan lain-lain daerah di Johor. Pasti anda teruja untuk merasai keenakan durian di negeri Johor. Hendak kata mahal tak mahal sangat. Sesekali anda bawa keluarga anda atau rakan baik anda singgah di utara Johor. Manatahu anda dapat buah durian yang baunya memang sedap dan berkualiti. Sebelum mencuba, anda tengok dulu keadaan durian dengan membelah dengan parang di bahagian hujung buah durian. Cuba anda bau dahulu dan tengok isinya di dalam. Jika nampak baik dan kuning keemasan, anda terus membeli dari peniaga-peniaga di sekitar bandar Muar, Segamat dan Tangkak. Memang sekarang musim buah dengan ramai peniaga yang menjual di tepi-tepi jalan untuk mendapat hasil tambahan. Seronok bukan! Jom kita ke Johor dalam bulan Julai ini. Semua ada di Johor!

Sabtu, 9 Julai 2011

Terjumpa Blogger-blogger Yang Kreatif Dan Hebat Di Nuffnang Dan Gengblogger.


Selamat menyambut Hari Kooperasi Sedunia buat warga-warga kooperasi di Malaysia. Hujung minggu ini memang ramai yang tidak bekerja. Ada para pembaca cuba mengelak untuk pergi ke ibukota, Kuala Lumpur terutama di tempat-tempat yang panas dan pergi ke tempat lebih selamat seperti di Genting Highland dan Melaka untuk menenangkan fikiran setelah menghabiskan kerja dalam minggu ini. Saya pula terpaksa bekerja pada hujung minggu bersama pekerja baru. Memang ada antara pembaca sekalian yang sudah lama menyertai Nuffnang dan Gengblogger. Di sana, anda akan jumpa pelbagai jenis blogger yang berani mempromosikan diri mereka dan memberi tip-tip yang begitu menarik sekali. Ada yang membuat blog khusus untuk perniagaan, ada yang membuat rekaan yang begitu kreatif untuk peminat-peminat mereka. Memang macam-macam anda boleh melihat cara mereka mencoretkan blog dengan cara yang tersendiri tanpa meniru blogger-blogger yang lain. Selain itu ramai yang memberanikan diri untuk menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh Nuffnang. Kadang-kadang memang rasa kelakar juga gaya mereka mempromosikan produk-produk yang mengambil bahagian dalam pengiklanan Nuffnang seperti peraduan iPhone4 yang dianjurkan oleh DiGi sebelum ini. Selain itu anda boleh melihat interaksi antara blogger-blogger di Nuffnang dan Gengblogger dan manatahu anda akan mendapat ramai kawan baru secara maya jika menyertai kedua-duanya. Yang penting anda jangan malu dan buatlah kedua-dua komuniti tersebut sebagai rumah nombor 3 anda selain rumah dan tempat kerja anda!

Jumaat, 8 Julai 2011

Perlu Berguru Dengan Mentor Yang Pakar Dalam Perniagaan!


Wow! memang seronok kalau sudah bertemu mentor yang cukup handal dalam perniagaan. Sesekali gunakanlah mentor tersebut dengan sebaik yang mungkin untuk mempelajari teknik-teknik untuk menarik seberapa ramai pelanggan di depan mata. Paling mengejutkan ada mentor yang dapat menarik ramai pelanggan diluar sana dan terus menyerbu masuk ke dalam kedai. Kadang-kadang kita tercari-cari apakah petua yang digunakan oleh mentor tersebut sampai membuatkan ramai pelanggan menyerbu masuk ke dalam kedai tersebut. Jadi janganlah malu untuk bertanya mentor yang betul-betul bergeliga dan pantas berfikir untuk mengembangkan perniagaan anda. Saya akui memang saya masih dalam keadaan belajar dalam bidang perniagaan. Jika ilmu tidak cukup dan lebih banyak tak tahu daripada tahu boleh menyebabkan perniagaan itu lingkup. Jadi kita perlu sentiasa merujuk mentor-mentor yang begitu pakar dalam menentukan halatuju perniagaan kita dan boleh membawa kita lebih jauh dalam bidang perniagaan. Mungkin dulu saya kurang berminat dalam bidang perniagaan tetapi bila berjumpa dengan orang bisnes di Bangsar, Kuala Lumpur dan Kelantan, terus menaikkan semangat saya untuk pergi jauh dalam bidang perniagaan. Memang saya rasa beruntung terserempak dengan mentor-mentor hebat sebegini dalam hidup ini! (Pengalaman merupakan cikgu yang begitu hebat di dalam kehidupan dan kerjaya kita)

Facebook Melancarkan Video Untuk Berhubung Dengan Rakan.



Nampaknya Facebook kali bertambah menarik dengan mewujudkan video bergambar dengan menggunakan Skype. Memang amat menakjubkan. Sudah tentu rakan-rakan sekolah dahulu teruja untuk berhubung dengan rakan-rakan yang jauh di perantauan atau sudah lama terputus dapat berhubung dengan begitu dekat sekali. Ia tidak ubah seperti pengguna yang menggunakan telefon bimbit yang mempunyai 3G. Jadi dengan ada kemudahan sebegini, memudahkan kita berhubung dengan klien-klien kita di luar sana dengan begitu aggresif sekali dan merancakkan urusniaga jual beli sesuatu produk. Sudah tentu kita boleh mempromosikan produk-produk terkini melalui video kepada klien kita dengan begitu pantas. Kitapun mengharapkan video ini akan ditonton oleh rakan-rakan Facebook yang lain. Memang kita tidak akan menjangka teknologi menggunakan video di dalam Facebook menjadi lebih menarik dan boleh memberi saingan kepada You Tube milik Google!

Sekelumit Pengalaman Memberi Manfaat Yang Begitu Besar.

Saya tertarik cerita seorang gadis yang dahulunya pernah bekerja di restoran makanan segera di Johor Bharu dan sekarang boleh menjalankan perniagaan dengan begitu pantas dan cekap. Dengan mengambil tip-tip dan pengalaman yang begitu berharga, gadis tersebut banyak belajar bagaimana untuk menarik ramai pelanggan di sekitar kawasannya dan dia mengambil peluang jika ada pasar malam atau pasar tani yang boleh menjana kewangan yang begitu banyak. Dia hanya menjual minuman dan makanan kepada pelanggan dan menggunakan lori yang digunakan untuk meletakkan barang jualannya. Lori yang digunakannya banyak berjasa kepadanya dan dia tidak berasa malu menjual makanan dan minuman kepada pelanggan. Bagus juga perancangannya untuk meneruskan perniagaan tanpa perlu bekerja makan gaji dengan orang lain atau bekerja selama-lamanya di restoran makanan segera. Manatahu rezekinya akan mudah berkembang dengan membuka kedai sendiri dan seterusnya membuka cawangan baru untuk terus berkembang. (Sesekali tumpang gembira apabila orang kita sudah celik untuk memperkembangkan perniagaan)

Khamis, 7 Julai 2011

Berhati-hati Dengan Barang Reject!


Mungkin anda perasan jika anda pergi ke kedai yang menjual barang yang agak mahal seperti cermin mata dan sebagainya, ada segelintir jurujual yang mempromosikan barang yang reject kepada pelanggan dengan harga yang begitu murah dengan potongan diskaun yang tinggi. Jadi sebelum anda membeli barangan yang begitu mahal, cuba anda nilai dahulu dan seelok-eloknya anda membawa teman yang begitu arif tentang sesuatu produk itu yang boleh memberi pendapat yang bernas kepada anda. Lebih baik juga anda meminta jurujual tersebut memberi masa yang secukupnya untuk anda membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut atau tidak. Sekurang-kurangnya anda tidaklah terlalu ghairah untuk mendapatkan produk tersebut dengan harga jual yang begitu luar biasa. Anda mungkin berfikir untuk membuat survey ke kedai lain yang menjual barangan yang hampir sama dengan kedai tersebut. Jika anda tergesa-gesa dan memberi duit deposit kepada jurujual tersebut, mungkin duit deposit anda akan hangus begitu sahaja jika anda menolak barangan tersebut. Malah pada resit pembayaran tersebut, barang itu tidak boleh dipulangkan balik boleh menyebabkan anda di pihak pengguna terasa teraniaya. Mungkin anda rasa menyesal jika hasilnya agak tidak memuaskan. Jadi anda sebagai pembeli harus berhati-hati semasa membeli barangan yang mahal harganya, dibimbangi barang tersebut tidak berkualiti dan tidak laku di pasaran.

Rabu, 6 Julai 2011

Dengan Adanya Akaun Facebook Dan Twitter, Anda Mungkin Berpeluang Mendapat Ganjarannya!



Jika anda tahu bagaimana untuk menggunakan Facebook dan Twitter dan rajin berusaha, berkemungkinan anda boleh mendapat ganjaran yang begitu mengujakan. Sebelum ini saya pernah bercerita tentang Churp Churp dalam Nuffnang, apakata anda daftar Churp Churp dengan menggunakan akaun Facebook. Seterusnya anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan Facebook dan Twitter anda dengan memilih promosi yang ada di dalam Churp Churp. Jika ada rakan-rakan anda yang membuat klik pada promosi tersebut, anda mungkin berpeluang untuk menjanakan duit dengan begitu mudah sekali. Sungguh senang bukan! Yang penting anda faham terma dan syarat-syarat Churp Churp. Selain itu anda boleh merebut peluang untuk memenangi hadiah dalam pertandingan di dalam Churp Churp dengan mengajak seberapa ramai rakan Facebook dan Twitter menyertainya. Manatahu rezeki anda jika berjaya mengajak begitu ramai rakan anda dari Facebook dan Twitter untuk berpeluang memenangi Night Race Churp Churp dalam minggu ini. Yang penting anda mengetahui selok belok tentang pertandingan tersebut dan memahami peranan penting laman-laman sosial utama seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain. Sebelum ini ada pertandingan merebut android HTC yang terbaru dengan mengikuti perkembangan terbaru dari HTC Malaysia melalui Facebook dan sekarang anda boleh menyertai pertandingan Xplorasi yang dianjurkan oleh Berita Harian dengan mengikuti perkembangan Berita Harian yang terbaru di dalam Facebook. Malah dalam twitter ada peraduan yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan rendah dari Asia Tenggara dan secara tidak langsung menjadikan twitter lebih menarik lagi. Jadi apa tunggu lagi, jadilah orang yang pertama mendapat ganjaran di Facebook dan Twitter sekiranya anda tahu manfaatnya yang begitu besar.

Selasa, 5 Julai 2011

Google+ Bakal Bersaing Dengan Facebook.


Nampaknya pihak Google telah melancarkan sebuah laman sosial, Google+ untuk bersaing dengan laman sosial nombor satu dunia, Facebook. Dengan adanya kelebihan-kelebihan di dalam Google+ akan menarik ramai pengguna dari seluruh dunia termasuk negara China untuk menyertai Google+. Memang menarik bukan kalau ada pesaing yang begitu kuat akan bersaing secara sihat dengan Facebook yang sudah lama terkenal dan mempunyai pengikut yang begitu ramai di dunia. Memang bagus untuk orang yang terjun dalam bidang perniagaan menggunakan laman sosial yang terbaru dalam Google+ untuk memasarkan produk-produk mereka ke serata dunia dan secara tidak langsung jenama bagi sesebuah syarikat akan mudah dikenali dengan menggunakan Google+. Kita sudah mengetahui bahawa jenama Google merupakan jenama yang kukuh dan tidak mustahil Google+ dapat memintas Facebook dalam beberapa tahun lagi. Kita tunggu kehebatan laman sosial yang baru diperkenalkan oleh Google+ dan ambillah peluang untuk menyertainya demi kebaikan bersama.

Isnin, 4 Julai 2011

Teruskan Membuat Posting Di Blog Jika Minat Semakin Bertambah!

Salam untuk para pembaca yang dihormati. Memang hari Isnin ini banyak sangat kerja menanti selepas bercuti di Melaka bersama isteri dan anak. Sekali-sekala saya mencuri sedikit masa yang terluang untuk mencoret sesuatu di blogspot. Memang ramai blogger baru yang begitu berminat menceritakan pengalaman dan juga hobi mereka di blog. Ada yang begitu takut jika followernya di blog semakin sedikit tetapi atas semangat dan minat yang mendalam membuat posting di blog, mereka teruskan hobi mereka. Mereka akan cuba buat yang terbaik untuk menghasilkan blog yang lebih berkualiti dan posting yang begitu menarik dengan informasi yang terkini. Memang sesekali ada blogger yang tidak sempat menyiapkan postingnya di blog disebabkan kerja yang begitu banyak di tempat kerja dan banyak yang menghabiskan masa yang berkualiti bersama dengan keluarga mereka. Sesetengah blogger tiada idea untuk membuat posting di blog, jadi mereka tidak dapat mengemaskinikan blog mereka. Tidak salah mereka boleh berbincang dengan rakan-rakan dan adik-beradik mereka yang meminati membuat posting di blog. Sekurang-kurangnya ada idea yang terhasil dari perbincangan secara berkumpulan dan terhasillah posting yang begitu kreatif untuk pengikut-pengikut blog mereka. Jadi bagi sesiapa yang meminati membuat posting di blog, teruskan minat anda. Jangan masukkan perkara-perkara yang tidak elok di dalam blog. Anda perlulah sentiasa mengemaskinikan blog dan yang pasti jiwa anda berasa tenang jika anda dapat menyempurnakan segala posting di blog anda. Ceria selalu!

Ahad, 3 Julai 2011

Manfaatkan Status Glitterati Di Nuffnang Sebaik Yang Mungkin.

Memang bertuah seseorang blogger mendapat status Glitterati di Nuffnang. Sebelum ini mendapat ahli biasa sahaja di Nuffnang, jadi dari segi kelebihan untuk mendapat ganjaran dari Nuffnang adalah kurang berbanding blogger yang bergelar Glitterati. Memang seronok jika menyertai Nuffnang dan mendapat status Glitterati dengan berpeluang cerah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Nuffnang dan berkesempatan berjumpa dengan ramai blogger yang menyertai Nuffnang dengan mengikuti aktiviti-aktiviti mereka seperti berbuka puasa di tempat yang lebih happening dan perjumpaan dengan blogger-blogger terkenal. Memang seronok bila sudah berjumpa ramai blogger dan boleh membina hubungan yang begitu aktif dengan blogger-blogger dari serata Malaysia. Selain itu anda berpeluang memasang sebarang iklan yang begitu menarik seperti Kolej Taylor, Hall, Celcom, Astro melainkan iklan rokok dan minuman beralkohol di tempat yang strategik di blog anda. Jadi anda janganlah meletak iklan dari pesaing Nuffnang terutama dari Asia Tenggara di blog anda untuk mengelakkan status glitterati anda terlucut. Jadi rajin-rajinlah membuat posting di blog, walaupun ada yang kurang pandai membuat cerita di blog, anda boleh post gambar, video dan lukisan grafik yang menark dan kreatif di blog. Sekurang-kurangnya viewer anda tidak terlalu bosan dengan blog anda.

Sabtu, 2 Julai 2011

Sudah Guna Alexa.Com Untuk Mempercepatkan Blog Anda Mudah Dikenali?


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Sebelum ini saya memberitahu tentang cara-cara mempromosi blog kepada audien-audien dengan begitu pantas. Kali ini saya ingin memberitahu tentang Alexa.com yang boleh membantu mempromosi blog anda dengan begitu cepat dan anda boleh menggunakan toolbar Alexa.com dan dipasangkan dalam blog anda. Selain itu anda boleh menceritakan tentang kepentingan Alexa.com kepada pengikut-pengikut atau follower. Secara tidak langsung hubungan anda dengan pihak Alexa.com bertambah baik. Alexa.com merupakan alat yang dapat mempercepatkan trafik pengunjung untuk melihat blog anda sendiri. Selain itu anda boleh memasangkan graf pengunjung-pengunjung yang melawat blog anda dengan menggunakan perkhidmatan Alexa.com. Mungkin anda perlu membayar dengan kadar yang premium kepada Alexa.com. dan boleh mencuba perkhidmatan lain dalam Alexa.com dengan percuma.

Jumaat, 1 Julai 2011

10 Tahun Bersama Dalam Retail!


Hari ini genaplah 10 tahun saya bekerja di kedai farmasi di bandar Mersing, Johor. Banyaklah cabaran yang saya tempuhi bersama dengan rakan-rakan sekerja yang banyak membantu saya dalam retail. Antara cabaran yang begitu mencabar sudah tentulah terkena sihir, pukau, sabotaj, kecurian, penipuan, talam dua muka dan herdikan pelanggan yang saya tidak ketahui asal-usulnya. Pernah dulu saya hampir berhenti kerja di sini tetapi bila hati sudah kuat dengan sokongan staf yang begitu berpengalaman, saya teruskan juga kerjaya saya sebagai retail pharmacist disini. Memang adakala kita berada di bawah dan adakala kita berada di atas. Yang penting kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita. Niat kita perlu ikhlas dan jangan menipu kepada pelanggan. Berilah perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan walaupun kita mengalami sebarang masalah. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang menjadi tulang belakang yang begitu kuat untuk memberi sokongan yang padu kepada saya untuk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan yang penuh dengan cabaran. Tanpa mereka mungkin saya tidak sampai begitu lama di sini. (Hati perlu kuat semangat untuk menempuh segala halangan yang menanti dan kejayaan akan datang tanpa kita sedari)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...