Pages

Selasa, 21 Oktober 2014

Sekitar Health In The City di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar 2014.

Salam buat para pembaca yang budiman! Alhamdulillah bertemu kita kembali dengan entri yang menarik dalam bulan Oktober 2014.
Baru-baru ini sempatlah saya mengikuti acara tahunan sebuah majalah Health Today di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Ramai juga pembaca majalah dari segenap lapisan menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan minda serta badan. Yang paling menyeronokkan sudah tentu dapat bertemu dengan kawan yang lama tidak berjumpa dan seronok berkongsi cerita.
Pengisiannya memang cukup menarik dengan ceramah-ceramah kesihatan yang disampai oleh pakar perubatan dan ahli nutrisi. Dengan diselangi acara cabutan bertuah dan acara-acara yang menghiburkan membuat para penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Interaksi para penonton dengan juruacara sangat baik dan menghiburkan. Jadi tidak lekang gelak tawa penonton dengan gelagat peserta yang mengambil bahagian di atas pentas.
Pada awal sessi dan rehat pada tengahari, para pembaca majalah menjalani pemeriksaan kesihatan seperti memeriksa keadaan bentuk kaki, pemeriksaan glukos, kolestrol dan mata, membeli barangan kesihatan dengan harga berpatutan dan membuat senaman regangan menggunakan jalur getah yang disediakan.
Pada akhir majlis, para pembaca majalah telah diberikan bag yang berisi barangan penaja oleh petugas-petugas majalah tersebut.
Terima kasih kepada Majalah Health Today yang menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Diharap tahun hadapan lebih menarik lagi penganjurannya di hotel yang lebih hebat lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...