Pages

Khamis, 3 Jun 2021

Membuat Grafoe Otto.

Assalamua'laikum & bertemu kembali. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk membuat penempahan barang Grafoe Otto untuk anak saya dengan pembekal yang terpilih. Terima kasih kepada pembekal kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan anak saya dan dapat melihat secara dekat cara mereka mengukur dan membuat Grafoe Otto yang dapat memudahkan anak dapat berjalan dengan baik kelak.
Pada permulaannya memang nampak cara mengukur dan menanda tempat di bahagian kaki anak saya. Kemudian agen pembekal menyarungkan plastik untuk mendapat bentuk kakinya yang ideal.Selepas itu proses membalut bermula.Sekiranya siap pembekal akan memberitahu segala pemberitahuan melalui email dan juga whatapps.
Inilah contoh hasilnya yang sudah siap.

Rabu, 26 Mei 2021

Menerima Suntikan Vaksin Cominarty Dari Pfizer.

Assalamua'laikum kepada semua pembaca sekalian. Alhamdulillah bertemu kembali & sudah lama tidak bersiaran di blogspot saya ini. Terima kasih masih sudi singgah ke sini. 
Baru-baru ini, saya telah melengkapkan penerimaan suntikan vaksin virus Covid19 di Dewan Jubli Intan, Mersing. Alhamdulillah rasanya berjalan dengan begitu lancar sekali. Terima kasih kepada pihak KKM terutama barisan hadapan atau frontliner dari hospital dan klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengekang penularan virus Covid19 dan menyediakan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia.
Bagi anda yang belum menerima sebarang panggilan dari pihak KKM, anda boleh memuatturunkan applikasi My Sejahtera melalui Google Play. Setelah anda telah memuatturunkan applikasi My Sejahtera, anda boleh mendaftar di bahagian suntikan vaksin virus Covid19. Setelah anda telah mendaftar suntikan vaksin di applikasi My Sejahtera, anda perlu menunggu sms dari pihak KKM untuk tarikh penerimaan suntikan vaksin Covid19.Jadi anda akan menerima dos pertama dan akan menerima kad untuk dos yang kedua pada tarikh yang diberikan oleh kakitangan hospital atau klinik yang ditugaskan. Sekiranya ada perubahan tarikh, kakitangan hospital atau klinik akan memberitahu melalui SMS.
Akhir sekali kita akan menerima sijil digital melalui applikasi My Sejahtera. Jadi disini ramai rakan kita yang akan menerima suntikan vaksin virus Covid19. Setakat ini hanya keluaran Pfizer (Cominarty), Sinovac dari negara China Dan vaksin dari AstraZeneca yang dapat dibekalkan untuk rakyat Malaysia. Jadi kita sama-sama membendung penularan virus Covid19 dengan menerima suntikan vaksin dan kadar penyebaran untuk virus Covid19 dapat di sekat dengan sebaik yang mungkin. 

Selasa, 21 Oktober 2014

Sekitar Health In The City di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar 2014.

Salam buat para pembaca yang budiman! Alhamdulillah bertemu kita kembali dengan entri yang menarik dalam bulan Oktober 2014.
Baru-baru ini sempatlah saya mengikuti acara tahunan sebuah majalah Health Today di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Ramai juga pembaca majalah dari segenap lapisan menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan minda serta badan. Yang paling menyeronokkan sudah tentu dapat bertemu dengan kawan yang lama tidak berjumpa dan seronok berkongsi cerita.
Pengisiannya memang cukup menarik dengan ceramah-ceramah kesihatan yang disampai oleh pakar perubatan dan ahli nutrisi. Dengan diselangi acara cabutan bertuah dan acara-acara yang menghiburkan membuat para penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Interaksi para penonton dengan juruacara sangat baik dan menghiburkan. Jadi tidak lekang gelak tawa penonton dengan gelagat peserta yang mengambil bahagian di atas pentas.
Pada awal sessi dan rehat pada tengahari, para pembaca majalah menjalani pemeriksaan kesihatan seperti memeriksa keadaan bentuk kaki, pemeriksaan glukos, kolestrol dan mata, membeli barangan kesihatan dengan harga berpatutan dan membuat senaman regangan menggunakan jalur getah yang disediakan.
Pada akhir majlis, para pembaca majalah telah diberikan bag yang berisi barangan penaja oleh petugas-petugas majalah tersebut.
Terima kasih kepada Majalah Health Today yang menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Diharap tahun hadapan lebih menarik lagi penganjurannya di hotel yang lebih hebat lagi.

Ahad, 7 September 2014

Sesuatu Yang Baru Di UMP Gambang.

Assalammualaikum dan selamat pagi semua! Setelah memuatturunkan aplikasi blogger di android, barulah rancak sedikit saya mengepos entri yang baru dan segar untuk dibaca oleh para pembaca budiman sebelum saya memulakan bekerja pada hari Ahad yang mulia ini.
Semalam saya ada berkesempatan menghantar entri yang terbaru. Setelah pertama kali kami bermalam di Maran, Pahang, kami meneruskan perjalanan kami ke UMP Gambang untuk pendaftaran adik ipar dalam jurusan Sains Komputer.
Bila sampai di UMP Gambang yang berdekatan dengan lebuhraya Kuala Lumpur Kuantan, kami melaporkan diri di pintu masuk UMP dan petugas-petugas UMP memberikan salinan peta dan risalah mengenai pendaftaran mahasiswa-mahasiswa baru 2014.
Tempat meletakkan kereta juga luas dan dibantu dengan petugas-petugas UMP yang begitu komited sekali. Bila kami masuk ke dalam bahagian pendaftaran, ternampak ramai keluarga mahasiswa-mahasiswa baru yang berkumpul di khemah-khemah yang disediakan oleh pihak UMP. Mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar diri di dalam dewan. Cuaca pada hari itu sangat baik sekali. Memang nampak sibuk pada hari pertama pendaftaran mahasiswa-mahasiswa baru di UMP, namun petugas-petugas UMP tetap memberi layanan terbaik kepada keluarga mahasiswa-mahasiswa baru ini.
Setelah selesai pendaftaran di dewan tersebut, kami terus pergi ke kolej kediaman mahasiswa-mahasiswa baru. Di sana ramai ahli keluarga memunggah barang-barang mahasiswa-mahasiswa baru ke bilik kediaman mereka. Sempatlah juga saya singgah di kafe dan kedai yang berada di bawah blok kediaman mahasiswa-mahasiswa baru. Memang nampak selesa dan sesuai untuk mahasiswa-mahasiswa belajar disini. Ada juga tempat gelanggang bermain yang begitu luas. Sesuatu yang menarik sudah pasti sebuah masjid yang memudahkan mahasiswa-mahasiswa dan keluarga bersembahyang disitu dan ruang berkumpul ditempat yang selamat jika berlaku sebarang kecemasan. Kebanyakan mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar di UMP berpakaian sopan dan perlu mengikut kod etika pakaian. Warna-warna bangunan kolej kediaman disini tampak ceria seolah-olah memberi semangat baru kepada mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftar disini. Alhamdulillah segala urusan pendaftaran adik ipar kami sudah selesai dan kami beredar pulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...