Pages

Khamis, 11 Ogos 2011

Juadah Berbuka Puasa Yang Laku Di Bazaar Ramadhan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Semalam sempat juga saya menjengah Bazaar Ramadan di Taman Lautan Biru, Mersing. Tempatnya tidaklah sesesak di Bazaar Utama di Tunas Manja tetapi kadar sewanya tinggi berbanding di Tunas Manja. Tak sangka bila saya hendak mencari murtabak daging yang berharga RM5 sekeping sudah habis dijual dan ternampak peniaga tersebut sudah mengemaskan tempatnya. Mungkin bukan rezeki saya untuk berbuka puasa dengan murtabak yang begitu istimewa sekali. Nampaknya murtabak daging menjadi permintaan yang begitu tinggi disitu. Kalau di Bazaar Ramadan di Tunas Manja, sudah pasti nasi kerabu, kebab, murtabak dan air tebu yang banyak dijual. Selain itu ada ayam berempah, ayam percik, sotong bakar, laksa dan pelbagai kueh mueh seperti lompat tikam, tepung pelita, roti jala yang mendapat sambutan dari pelanggan yang mengunjungi Bazaar Ramadan disitu. Melihat kepelbagaian makanan dan minuman di Bazaar Ramadhan sudah pasti menjadikan para pengunjung menjadi rambang mata untuk memilih juadah yang enak untuk berbuka puasa. Mungkin orang sudah terbiasa dengan nasi ayam dan karipap, jadi sudah tentu mencari kelainan pula dengan mencuba rojak asma Singapura dan juga makanan steamboat yang boleh menjadi kudapan istimewa dalam bulan puasa ini. Di tempat anda tentu ada yang lebih istimewa seperti kek lapis Sarawak, ikan terubuk masin, popiah basah dan sebagainya yang memberi satu identiti yang popular di tempat anda. Jika kita tahu bahawa makanan itu terlalu popular disitu dan rasanya sangat enak, sudah pasti kita merancang untuk membelinya dengan datang awal ke Bazaar Ramadan tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...