Pages

Jumaat, 24 Jun 2011

Baju Uniform Melambangkan Imej Sesebuah Syarikat.


Salam untuk pembaca yang dihargai. Ada sebahagian anda yang sibuk mengunjungi pameran GLC 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. Mungkin anda tertarik dengan penampilan kakitangan yang bertugas disitu yang memberi gambaran yang menarik tentang syarikat yang terlibat. Warna pada pakaian uniform yang dipakai oleh kakitangan tersebut memberikan makna yang tersirat mengenai syarikat tersebut. Jika anda pergi ke mana-mana premis perniagaan, pasti anda terpegun melihat pakaian kakitangan tersebut yang begitu eksklusif dan sudah pasti mahal harganya. Cuba anda tengok baju juruwang restaoran KFC yang berwarna belang biru yang sudah pasti menarik ramai pelanggan datang singgah untuk menjamu selera di KFC. Bahagian pemasaran KFC sudah tentu membuat kajian tentang penampilan para pekerja yang begitu menarik dan selesa. Mata kita rasa sejuk sahaja bila terpandang kelibat pekerja KFC. Begitu juga dengan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, yang mana para pekerjanya memakai baju berlengan panjang berwarna biru dan mempunyai logo Celcom yang begitu menarik pada baju tersebut. Ini dapat membezakan penampilannya dengan para pekerja syarikat telekomunikasi yang lain. Begitupun di tempat saya bekerja, kesemua pekerja di Medichemie Pharmacy memakai baju uniform yang boleh membantu pelanggan berurusan dengan kami dengan begitu fleksibel dan yang penting sudah pasti memberikan identiti yang begitu menarik dan tersendiri. Malah jiran kami iaitu Bank Islam, hampir kesemuanya memakai baju uniform yang berwarna merah maroon dan kelabu yang boleh memperkuatkan jenamanya di bandar Mersing. Memang tidak dinafikan dengan memakai baju uniform dapat memberikan kesan impak yang besar bagi sesebuah syarikat. Yang pasti pelanggan tetap mengingati kami sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...