Pages

Khamis, 30 Jun 2011

Tarikan Pelanggan.


Puas juga saya mencari jawapan mengapa warung tersebut tiada pelanggan. Rupa-rupanya tiada televisyen dan layar skrin tv yang besar yang sudah pasti menarik ramai pelanggan terutama peminat-peminat bola sepak. Semalam kita dapat melihat perlawanan bola sepak antara pasukan negara kita, Malaysia menentang Taiwan semalam dengan kemenangan yang tipis. Apabila sampai di sebuah restoran pula terdapat ramai pelanggan yang sudah lama berkumpul disitu sambil menonton perlawanan bola sepak melalui skrin televisyen. Begitu juga sebelum ini ramai yang makan bersama keluarga dan sahabat handai di restoran tersebut dengan menonton rancangan Maharaja Lawak peringkat akhir di restoran yang mempunyai skrin tv yang besar dan selesa. Selain itu mungkin makanan dan minuman yang sudah pasti sedap dan menyelerakan boleh menambat hati pelanggan dengan harga yang berpatutan. Yang penting mereka tahu apa pelanggan mahukan bukan sekadar syok sendiri untuk membuka perniagaan. Begitu juga premis-premis perniagaan yang lain memberi kemudahan dengan menyediakan barang yang pelbagai dan mencukupi. Janganlah membuatkan pelanggan berasa bosan sekiranya barang tiada di dalam kedai dan menyebabkan pelanggan beralih ke kedai yang lain. Perkhidmatan yang begitu baik sekali dengan senyuman yang mempersonakan dapat menarik ramai pelanggan masuk ke dalam premis perniagaan. Dengan ini dapat membantu meningkatkan lagi prestasi jualan di premis tersebut.(Senyum-senyumlah selalu kepada pelanggan, mudah-mudahan rezeki mudah masuk)

Rabu, 29 Jun 2011

Bagaimana Untuk Meningkat Traffik Di Blog?



Nampaknya ramai blogger baru yang ingin meningkatkan kadar trafiknya dengan pelbagai cara. Cara yang paling mudah sudah tentu menggunakan laman sosial yang paling popular seperti Facebook, Friendster dan yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini, Twitter yang boleh menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia. Ada cara lain dengan menggunakan Blogwalking dengan anda menaip di scroll yang bergerak pada blog tersebut. Ping dan SEO juga membantu anda untuk mempopularkan blog anda dan secara tidak langsung blog anda terus hidup. Sesekali anda boleh mencuba StumbleUpon untuk mempecepatkan lagi traffik di blog anda. Terpulang kepada para pembaca sekalian untuk memilih mana-mana cara yang sesuai dan selamat untuk meningkatkan traffik anda di blog.

Selasa, 28 Jun 2011

Istimewanya Churp Churp Kepada Pengguna Internet.


Sudah mendaftar Churp Churp untuk mendapat hasil dari klik dari pengguna-pengguna Internet yang lain? Kalau sudah log in, apa kata kita kongsi promosi dari Churp Churp dalam facebook dan twitter. Manatahu anda mendapat hasil kutipan duit dari Churp Churp. Anda mungkin rasa seronok untuk mencari iklan-iklan dalam Churp Churp yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan anda di Facebook atau Twitter. Selain itu anda boleh mendapat maklumat-maklumat yang terbaru dari Churp Churp sambil berkenalan dengan ramai pengguna internet-internet terutama dari Malaysia yang begitu aktif dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Sesekali anda boleh menjana duit melalui Churp Churp dan teruja untuk mengetahui promosi yang terkini!

Isnin, 27 Jun 2011

Menggunakan App. Foursquare Untuk Mempromosi Lokasi Dan Aktiviti Perniagaan.



Semakin ramai yang sudah celik dengan dunia IT yang memberi manfaat yang begitu besar terutama yang terlibat dalam bidang perniagaan. Dengan adanya app. Foursquare yang disediakan, para pengguna dapat mempromosikan lokasi perniagaan mereka dan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan positif dalam meningkatkan jualan dan pemasaran mereka. Anda boleh menggunakan badge-badge di dalam Foursquare dengan mengikut prosedur-prosedur yang diberikan di dalam Foursquare. Dalam Foursquare, anda boleh mengetahui lokasi dimana kawan anda berada dan anda boleh menjejaki rakan-rakan lama yang sudah terputus hubungan. Sungguh mudah sekali bukan dengan hanya beberapa klik atau mencari melalui search di Foursquare, anda boleh mendapat banyak maklumat tentang lokasi dimana rakan niaga anda dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh rakan anda sendiri. Jadi kita boleh menggunakan app. Foursquare dengan semaksima yang boleh seperti yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi seperti DiGi.

Ahad, 26 Jun 2011

Membuka Akaun PayPal Secara Percuma Untuk Urusniaga Melalui Online.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Memang ramai rakyat Malaysia yang mencuba membuka akaun PayPal secara percuma di internet terutama pelanggan atau peniaga yang suka membeli barang secara online dan menjual produk mereka kepada pelanggan mereka. Jika hendak membeli barangan secara online, pelanggan akan dikenakan kadar faedah yang rendah. Begitu juga peniaga yang ingin menjual produk mereka perlu membayar kadar faedah yang rendah. Dengan adanya Visa, Mastercard, American Express dan lain-lain memudahkan perniagaan secara online selain mempercepatkan transaksi melalui online tanpa perlu mengambil masa yang begitu lama. Mungkin ada para pembaca yang belum biasa dengan perkhidmatan PayPal dan ada yang mengambil sikap berhati-hati supaya tidak mudah tertipu melalui perniagaan secara online. Untuk mengelakkan nombor akaun PayPal anda terdedah, anda perlu memasukkan software yang sesuai pada laptop anda untuk menghalang phishing yang ingin mendapat maklumat anda begitu cepat sekali. Jadi bagi sesiapa yang berminat menjual produk mereka melalui online, boleh mencuba membuka akaun PayPal. Dengan secara langsung akaun PayPal anda akan memberikan hasil yang begitu positif dan membantu perniagaan anda melalui online dengan begitu mudah dan berkembang dengan begitu pantas.

Jumaat, 24 Jun 2011

Baju Uniform Melambangkan Imej Sesebuah Syarikat.


Salam untuk pembaca yang dihargai. Ada sebahagian anda yang sibuk mengunjungi pameran GLC 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. Mungkin anda tertarik dengan penampilan kakitangan yang bertugas disitu yang memberi gambaran yang menarik tentang syarikat yang terlibat. Warna pada pakaian uniform yang dipakai oleh kakitangan tersebut memberikan makna yang tersirat mengenai syarikat tersebut. Jika anda pergi ke mana-mana premis perniagaan, pasti anda terpegun melihat pakaian kakitangan tersebut yang begitu eksklusif dan sudah pasti mahal harganya. Cuba anda tengok baju juruwang restaoran KFC yang berwarna belang biru yang sudah pasti menarik ramai pelanggan datang singgah untuk menjamu selera di KFC. Bahagian pemasaran KFC sudah tentu membuat kajian tentang penampilan para pekerja yang begitu menarik dan selesa. Mata kita rasa sejuk sahaja bila terpandang kelibat pekerja KFC. Begitu juga dengan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, yang mana para pekerjanya memakai baju berlengan panjang berwarna biru dan mempunyai logo Celcom yang begitu menarik pada baju tersebut. Ini dapat membezakan penampilannya dengan para pekerja syarikat telekomunikasi yang lain. Begitupun di tempat saya bekerja, kesemua pekerja di Medichemie Pharmacy memakai baju uniform yang boleh membantu pelanggan berurusan dengan kami dengan begitu fleksibel dan yang penting sudah pasti memberikan identiti yang begitu menarik dan tersendiri. Malah jiran kami iaitu Bank Islam, hampir kesemuanya memakai baju uniform yang berwarna merah maroon dan kelabu yang boleh memperkuatkan jenamanya di bandar Mersing. Memang tidak dinafikan dengan memakai baju uniform dapat memberikan kesan impak yang besar bagi sesebuah syarikat. Yang pasti pelanggan tetap mengingati kami sampai bila-bila.

Khamis, 23 Jun 2011

Bersedekah Membawa Berkat.


Salam untuk para pembaca yang dihormati. Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah buku yang menceritakan tentang sedekah atau menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan samaada kewangan atau barang-barang yang lain. Memang bagus dari segi kita beramal dan mengeluarkan sebahagian hasil pendapatan kita dan secara tidak langsung, InsyaAllah rezeki kita akan bertambah dari masa ke semasa tanpa kita sedari. Tidak mengapa kita memberikan sedekah walaupun seringgit sahaja asalkan hati kita ikhlas untuk membantu orang yang susah. Memang orang yang memberi bantuan lebih mulia dari orang yang menerima bantuan. Dalam kehidupan ini kita saling berhubung dengan baik sesama insan yang lain dan merapatkan lagi siraturrahim di negara Malaysia yang begitu makmur sekali. Memang terasa tenang jika kita menghulurkan sedikit wang dan barang keperluan kepada orang susah. Sekurang-kurangnya kita mendapat pahala dan rezeki kita bertambah berkat.

Selasa, 21 Jun 2011

Peraduan Yang Menambat Hati Pelanggan Menyertainya.


Bukan mudah untuk menarik ramai pelanggan membeli sesuatu produk dan terus menyertai peraduan yang dianjur oleh syarikat tersebut. Dengan hadiah yang begitu lumayan sudah pasti menjadi satu tarikan yang tersendiri untuk meningkatkan penjualan produk tersebut. Memang banyak produk yang berkualiti dan berjenama membuat peraduan yang begitu mengujakan para pembeli untuk menyertai peraduan tersebut. Yang penting para pembeli mestilah bijak untuk memilih peraduan yang tidak membebankan mereka. Dulu saya pernah melihat peraduan yang dianjurkan oleh sesebuah syarikat yang menawarkan hadiah yang menarik. Bila saya mencubanya, memang agak sukar dan adakalanya membebankan, jadi saya membatalkan hasrat untuk menyertai peraduan tersebut. Memang peraduan tersebut menguji peserta dengan ujian imaginasi yang cukup tinggi. Kita sebagai pengguna produk boleh menyertai mana-mana peraduan yang sememangnya boleh dipercayai tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak terutama peraduan yang memerlukan para pelanggan membeli produk mereka dengan harga kos begitu tinggi. Ada premis perniagaan yang begitu bijak menarik para pelanggan mereka menyertai peraduan yang mereka anjurkan seperti KFC, Marrybrown dan Maxis. Dengan cara begini secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan premis tersebut dengan pelanggan mereka dan yang pasti jualan harian mereka meningkat dengan begitu baik sekali.

Isnin, 20 Jun 2011

Mencari Kelainan Dalam Perniagaan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Sering kali kita melihat banyak premis perniagaan berlumba-lumba untuk memikat para pelanggannya dengan mencipta kelainan yang tersendiri. Contohnya premis Mc Donald menyediakan perkhidmatan menghantar produk-produknya yang dipesan oleh pelanggan setianya yang berada dalam 5km dari premis Mc Donald yang berdekatan. Jadi ia merupakan tarikan yang tersendiri dan memberi kemudahan kepada pelanggannya dengan adanya perkhidmatan tersebut. Begitu juga dengan farmasi yang menyediakan pemeriksaan kolesterol dan kencing manis untuk pelanggan dan sentiasa berhubung dengan pelanggan tetapnya untuk membuat pemeriksaan kolesterol dan kencing manis pada tarikh berikutnya. Secara tidak langsung pelanggan berasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh premis farmasi tersebut. Ada juga premis farmasi di pasaraya yang menyediakan ruang untuk pelanggan mereka dengan perkhidmatan urutan refleksologi dengan kadar bayaran yang berpatutan dan secara tidak langsung memberi keunikan sesebuah premis farmasi tersebut. Jika anda berada di bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur, mungkin anda berasa selesa dengan kedai 24jam seperti 7-Eleven yang memberi banyak kemudahan sepanjang masa kepada pelanggannya terutama menyediakan mesin pengeluaran wang ATM Ambank yang memberi keselesaan kepada pelanggan Ambank tersebut dan para pelanggan yang lain. Dengan kemudahan ini dapat membezakan premis 24jam yang lain yang jarang menyediakan mesin pengeluaran wang ATM. Ada juga premis atau pasaraya yang membuat promosi jualan yang begitu menarik untuk menarik ramai pelanggan untuk membeli barangan dalam kuantiti yang lebih terkawal. Dengan potongan harga barangan yang begitu menarik dan menyediakan voucher yang begitu banyak kepada pelanggan menyebabkan pasaraya tersebut menjadi lebih meriah dan hidup dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti futsal, pameran, pertandingan melukis dan persembahan artis-artis jemputan. Ada juga premis yang menyediakan produk-produk yang berbeza dengan pesaing mereka dan ini memberi identiti yang tersendiri tanpa ditiru oleh pesaing yang lain. Saya tertarik juga melihat ada premis di Kluang yang menjual makanan dan sayuran organik kepada pelanggan. Yang menariknya ramai juga pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi premis tersebut untuk mendapatkan makanan yang lebih berkhasiat. Mungkin ini sesuatu yang istimewa yang tidak ada di pasaraya-pasaraya lain yang berdekatan. Dalam perniagaan, kita perlu mencipta satu kelainan untuk memikat hati pelanggan dan bagaimana kita dapat meneruskan perjalanan perniagaan kita pada masa yang datang yang lebih kompetetif.

Isnin, 13 Jun 2011

Memiliki Rumah Dan Bangunan Perniagaan Untuk Aset Masa Hadapan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Semakin hari semakin meningkatnya harga rumah dan bangunan perniagaan di bandar-bandar yang sudah pasti memberi lonjakan ekonomi yang begitu pantas dan semakin berkembang maju. Siapa yang tidak mahu memiliki rumah dan bangunan perniagaan yang memberi jaminan untuk anak mereka pada masa hadapan. Sudah pasti ada rakan-rakan facebook dan blogger yang sudah memiliki rumah dan bangunan perniagaan untuk dijadikan aset yang terpenting untuk anak-anak mereka pada masa hadapan. Memang banyak kriteria dan juga aspek yang perlu diambil kira dengan harga sebuah rumah dan bangunannya yang ada mencapai jutaan ringgit seunit dengan mempunyai CF yang disahkan. Begitu juga kita perlu berunding dengan pihak bank yang boleh memberi pinjaman dengan melihat BLRnya yang dalam kadar 2% hingga 6.6% dan berapa bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh pembeli kepada bank selama 30 hingga 40tahun. Pembeli juga perlu membayar duit muka yang tinggi untuk mengelakkan bayaran bulanan yang begitu tinggi disamping membayar kos guaman untuk proses pembelian rumah dan bangunan perniagaan. Banyak prosedur-prosedur yang perlu diambilkira oleh pembeli .Kedudukan dan keluasan rumah dan bangunan perniagaan itu memberikan harga yang berbeza kepada pembeli. Ada para pembeli yang membayar terus tanpa bayaran bulanan kepada bank untuk membeli bangunan perniagaan yang begitu strategik dan sudah pasti menghalang pihak lain merebut bangunan perniagaan yang memberi keuntungan yang berlipatganda. Kepada rakan-rakan facebook dan blogger yang lain perlulah buat banyak persediaan dari segi kewangan dan juga kedudukan anda yang begitu stabil jika anda ingin memiliki rumah atau bangunan perniagaan untuk aset yang begitu besar dalam jangka masa panjang.

Jumaat, 3 Jun 2011

Membuka Kedai Secara Online.

Salam untuk para pembaca yang budiman. Ramai pengusaha tempatan Malaysia yang membuka kedai secara online untuk memasarkan produk-produk dan perkhidmatan mereka untuk para pelanggan yang lebih dihargai. Dengan keberanian mereka memberi telefon hotline mereka kepada pelanggan melalui laman sosial dan blog, mereka dapat membantu pelanggan menghubungi mereka dengan begitu dekat sekali. Sudah pasti merapatkan lagi hubungan antara pengusaha produk dan perkhidmatan dengan pelanggan mereka. Dengan mencipta slogan, nama syarikat dan blog yang lebih kreatif dapat menarik ramai pelanggan diluar sana. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kos terutama dari segi publisiti sekiranya menggunakan blog yang percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan. Sememangnya modal terpaksa dikeluarkan untuk menyediakan produk tersebut dan membayar kurrier untuk menghantar produk kepada pelanggan. Banyak perkara yang perlu dipelajari terutama memberi penerangan produk melalui blog dan yang pasti pautan-pautan yang menarik pelanggan itu sendiri untuk singgah ke laman blog pengusaha tersebut. Jika kita berminat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kapada pelanggan kita, tidak salah kita mencuba kerjaya baru ini sebagai pendapatan sampingan untuk menyara keluarga kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...