Pages

Selasa, 29 Mei 2012

Sudah Mencuba WhatsApp?

Bagi yang mengikuti perkembangan laman sosial yang terbaru, mereka sudah mencuba applikasi WhatsApp yang boleh menghubungkan mereka dengan rakan-rakan yang lain tanpa perlu meminta kebenaran dari rakan-rakan yang baru dikenali seperti Facebook. Yang penting anda boleh mengetahui rakan-rakan yang memiliki applikasi WhatsApp dan berhubung dengan begitu mudah dan selesa. Dengan menggunakan android, iPhone dan Blackberry sudah pasti rakan-rakan mudah mendapatkan applikasi WhatsApp dan terus mendapatkan perkembangan yang terbaru yang berlaku dengan begitu mudah dan cepat.

Jumaat, 18 Mei 2012

Hari Belia Negara.

Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Belia di Putrajaya dan bandar-bandar yang mengambil bahagian untuk menyatukan semua belia yang berlainan agama. Mereka merupakan pemuda-pemudi yang berpotensi untuk menjadi pemimpin dan juga insan yang akan berbakti kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang. Dengan adanya pelapis yang dinamik dan terlatih, mereka dapat membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara dan memajukan negara Malaysia yang tercinta dengan bantuan mentor-mentor yang terpilih. Jadi pada 23 Mei ini, anda semua mengambil masa yang terluang untuk bertemu belia-belia yang datang dari segenap pelosok negara dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti futsal di Putrajaya nanti.

Rabu, 16 Mei 2012

Istimewa Hari Guru.

Hari ini hari yang begitu istimewa untuk semua guru yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk melahirkan insan-insan yang berjaya dan memberikan kesan yang begitu positif untuk negara. Kita mesti ingat jasa-jasa yang begitu besar yang dicurahkan oleh guru-guru yang begitu komited dan lebih prihatin tentang perkembangan sesebuah sekolah. Memang terlalu bermakna jika ada program-program yang menyatukan guru-guru dengan pelajarnya seperti permainan bola sepak, badminton dan acara yang menghiburkan disamping guru-guru mendapat hadiah dari pelajar-pelajarnya. Pasti terpahat kenangan-kenangan yang begitu manis pada Hari Guru yang disambut oleh guru-guru di Malaysia. Bagi para pelajar, mereka seronok dapat melihat bakat-bakat yang terpendam dari guru-guru yang mengambil bahagian dalam acara-acara yang istimewa pada Hari Guru ini. Peranan guru yang begitu besar untuk mencetuskan pendapat-pendapat yang begitu bernas dan menggalakan para pelajarnya berfikir di luar kotak. Dalam era globalisasi yang begitu pesat, peranan seorang guru menjadi lebih besar dan cara pemikiran guru sudah pasti lebih kehadapan dengan mengetahui banyak serba-serbi ilmu yang lebih luas lagi. Bukan senang untuk menjadi guru yang berjaya kerana peranannya untuk membentuk para pelajar pada masa ini lebih mencabar berbanding para pelajar di era 70an dan 80an. Pengalaman seorang guru itu amat berguna dalam proses-proses membentuk insan-insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Isnin, 14 Mei 2012

Doa Seorang Ibu Untuk Anaknya.

Salam kepada rakan-rakan semua dan semalam kita telah menyambut hari ibu. Jadi sempat juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya serta ibu mertua saya. Sebelum ini ada rakan-rakan sekerja yang membeli hadiah khususnya untuk ibu mereka. Sememangnya pengorbanan ibu begitu besar untuk membesarkan anak-anaknya untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Saya masih mengingati bagaimana ibu saya bersusah payah menjual barangan dari rumah ke rumah sambil mendukung adik saya yang masih kecil dan pengorbanannya begitu besar lagi untuk membantu menyara keluarga kami di Kuantan, Pahang. Kita mengetahui bahawa syurga terletak ditelapak kaki ibu, jadi segala doa yang dipinta oleh ibu kepada Allah akan mudah dimakbulkan. Jadi kita sebagai anak sudah pasti tidak menjadi anak yang derhaka kepada ibu kita. Sememangnya dalam agama Islam, peranan perempuan sebagai ibu diletakkan pada aras yang tertinggi dimana seorang ibu bersusah payah mengandungkan kita dan melahirkan kita di dunia yang penuh pancaroba. Setiap hari ibu kita berdoa untuk kesejahteraan kita dan mencari jodoh yang sesuai untuk kita. Dengan restu ibubapa, rumahtangga anaknya menjadi lebih selamat dan jodoh menjadi panjang. Sesungguhnya doa dari seorang ibu memberi kesan yang lebih positif untuk anaknya. Sebelum ini saya ada berjumpa seorang ibu yang mengalami kemurungan disebabkan tindakan anaknya yang menjauhkan diri dari keluarga. Jadi saya mengesyorkannya banyakkan membaca surah Alam Nasrah untuk melapangkan hatinya yang sentiasa gelisah dan berdoa supaya anaknya menghubunginya beserta membaca ayat 102 surah Al Bakarah yang saya perolehi dari rancangan Tanyalah Ustaz di channel 9. Pada minggu berikutnya ada tanda-tanda yang begitu positif dari ibu tersebut dan dia memberitahu kepada saya yang anaknya sudah menghubunginya. Sememangnya doa seorang ibu itu sudah termakbul akhirnya!

Ahad, 13 Mei 2012

Manfaat Besar Android Untuk Generasi Y.

Pada masa sekarang, kebanyakan kita yang tergolong dalam generasi Y memiliki android yang telah dicetuskan oleh Google. Hargapun tidaklah terlalu mahal berbanding IPhone dan Blackberry. Malah banyak applikasi seperti Facebook, Twitter, Google+ dan You Tube boleh diperolehi dengan mudah serta membeli apa-apa permainan dan produk-produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan menggunakan ikon Market di dalam android. Dengan perkembangan android yang begitu pantas, generasi Y boleh memasarkan produk-produk kepada pelangan-pelanggan mereka dengan begitu mudah. Anda juga boleh menggunakan Google Play yang memberikan kepuasan maksima untuk memudahkan kerja anda dengan begitu lancar. Dengan menggunakan Samsung Galaxy Note, anda boleh melukis gambar, menconteng dan mewarna dengan sesuka hati. Jika anda terlalu kreatif, anda boleh menjual karya-karya anda kepada sesiapa yang berminat dengan bakat anda. Saya juga tertarik dengan ciri-ciri android yang begitu mengujakan, sebagai contohnya penghasilan video dengan menggunakan applikasi You Tube. Dengan adanya premis-premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi, anda boleh menghasilkan video dan disiarkan melalui You Tube. Sungguh mudah bukan! Dengan produk-produk yang anda rakam dan siarkan kepada penonton melalui You Tube, sudah pasti keterangan-keterangan tentang produk-produk yang ingin anda jual kepada pelanggan dapat disampaikan dengan begitu pantas dan video anda boleh disiarkan melalui Facebook, Google+ dan Twitter. Jadi begitu besarlah peranan android pada masa kini khususnya bagi sesiapa yang berminat dalam bidang perniagaan dan pemasaran.

Rabu, 9 Mei 2012

Memiliki Sepasang Mata Yang Tajam Dan Sihat.

Nampak mujarab juga produk yang baru saya makan sebelum ini sehinggakan saya mengesyorkan produk tersebut kepada rakan yang bekerja disebelah. Memang setiap hari kita menghadap komputer sehingga boleh menjejaskan penglihatan kita dan boleh menjadikan kerja tidak begitu lancar untuk mencari produk-produk yang sesuai untuk pelanggan yang berkunjung di premis perniagaan. Memang beruntung seseorang majikan memiliki staf-staf yang mempunyai mata yang begitu tajam seperti helang dan dapat memerhati gelagat pelanggan yang mencurigakan. Tambahan pula staf-staf begini dapat mengesan kerosakan barang dengan begitu cepat sekali dan menghantar semula kepada pembekal selain mengetahui tarikh luput sesuatu produk. Memang mata merupakan pancaindera yang sangat hebat dan begitu berguna untuk menjalankan tugas yang begitu penting seperti polis, perisik, pilot, pemandu bas ekspress dan sebagainya. Sebab itu ada beberapa negara terutama Amerika Syarikat menggalakan penduduknya membuat insuran mata. Mengikut petua orang dulu-dulu, ada yang mencadangkan orang yang mengalami rabun jauh eloklah menyiram kaki dengan air sejuk pada 3 hingga 4 pagi. Namun sekarang ada yang meminum air lobak merah panas setiap hari dan makan vitamin yang mempunyai lutein dan zeaxanthin pada kadar yang optimum dapat membantu penglihatan menjadi lebih tajam dan sihat. Ada rakan-rakan kita yang makan buah kiwi dan minum Prune Inner Shine untuk menyihatkan mata dan menjadikan mata menjadi lebih menarik sekali. Selain itu ada rakan kita yang memanfaat pengambilan Scott Emulsion Original yang mengandungi kandungan DHA yang begitu tinggi khas untuk pembentukan blog-blog sel dalam mata dan otak. Mereka selalu memberikan Scott Emulsion Original kepada anak mereka untuk ketajaman mata dan juga kecerdasan otak. Bagi sesetengah ahli optimetrik memberitahu kepada pelanggannya bahawa mata hanya boleh bertahan selama 4 jam untuk melihat komputer dan juga TV. Mereka menggalak para pengguna menggunakan monitor berbentuk LCD atau TV berbentuk LCD dan LED untuk mengurangkan kesan yang buruk keatas mata. Selain itu mereka tidak menggalakkan pelanggan mereka melihat skrin android atau komputer tablet ditempat yang gelap yang boleh menyebabkan kadar kerabunan berlaku dengan begitu pantas.
Sesekali kita membina landskap yang benar-benar menghijau dan menenangkan dengan menanam pokok-pokok renek di laman rumah kita. Memang sejuk mata memandang kehijauan pokok-pokok di luar sana setelah menonton TV dan dapat merehatkan mata seketika. Banyak tenaga yang diperlukan oleh mata kita semasa menonton rancangan-rancangan menarik di TV dan menyebabkan mata kita mudah penat. Sememangnya kita perlu menjaga mata yang begitu berguna dalam apa jenis kerjaya. Jika kita tidak menjaganya dengan begitu baik, sudah pasti menjejaskan kelancaran dari segi kerja dan kehidupan bersama keluarga. Ditambah pula kita terpaksa mengeluarkan lebihan kos untuk membuat sepasang cermin mata yang mempunyai power yang tinggi.

Selasa, 8 Mei 2012

Menangani Stress Di Tempat Kerja.

Salam untuk semua pembaca yang budiman dan selamat makan tengahari. Rasanya tak lengkap kalau saya tidak mengeposkan entry terbaru kali ini pada minggu ini. Kali ini saya hendak sentuh tentang stress di tempat kerja. Jika dulu sewaktu saya bekerja di Lembah Klang, saya berasa stress, tambah-tambah berjumpa dengan bos-bos yang tidak sekepala dan suka sangat pilih kasih terhadap staf-stafnya. Jika duit kaunter pembayaran short sudah pasti mata bos merenung tajam kepada staf-staf yang tidak berhati-hati menjaga pengaliran wang di mesin kaunter, sampaikan ada staf yang tertekan pergi ke tempat lain untuk mengelakkan bertemu mesin kaunter pembayaran. Jadi mungkin mereka yang tertekan dengan keadaan sebegini boleh mencari kerja lain yang tidak melibatkan aliran wang tunai. Bagi sesetengah rakan kita yang beragama Islam diluar sana ada yang mengamalkan bacaan 6 kali Surah Alam Nasrah selepas solat fardhu dan surah ini dapat mententeramkan jiwa jika mengalami masalah dan kemurungan. Makanan seperti yogurt terutama perisa strawberi dapat membantu mengurangkan stress dan InsyaAllah dapat memanjangkan umur selain kita berjalan kaki setiap hari. Buah-buahan seperti pisang yang mempunyai vitamin B6 dapat memberi keceriaan kepada orang yang mengalami kemurungan. Selain itu ketawa merupakan ubat mujarab untuk melegakan stress dan secara tidak langsung endorphin akan terhasil. Baru-baru ini kita lihat ramai orang terutama di bandar-bandar besar seperti di Hong Kong dan India berkumpul bersama-sama dan menjalani terapi dengan ketawa untuk meredakan stress yang dihidapi oleh mereka. Tambahan pula ada rakan-rakan kita yang rajin bersenam di waktu pagi sambil menyedut udara yang nyaman di kawasan rekreasi yang begitu menhijau dan menenangkan. InsyaAllah jika anda mengamalkan tip-tip yang saya berikan dalam blogspot kali ini dapat mengurangkan stress dan menghindari dari penyakit kemurungan.

Sabtu, 5 Mei 2012

Pembelian Melalui Internet.

Salam dan selamat menjamu selera makan tengahari pada hujung minggu pada bulan Mei ini kepada rakan-rakan blogger, nuffnang, twitter, facebook, myspace dan gengblogger! Sudah lama saya tidak membuat posting entry-entry terbaru untuk rakan-rakan sekalian. Maklumlah sibuk dengan kerja awal bulan dan juga tumpuan kepada anak dan isteri. Alhamdulillah ada juga masa terluang untuk berbicara mengenai pembelian melalui internet yang semakin popular pada masa ini. Ramai rakan-rakan kita diluar sana memiliki kad kredit dan juga kad debit yang sudah pasti memudahkan urusan jualbeli melalui online. Jadi masa menjadi semakin singkat tanpa beratur panjang di kaunter pembayaran untuk membeli barang atau tiket yang diperlukan. Sudah pasti ramai yang dapat merasakan penjimatan kos terutama dari kos perjalanan untuk mendapatkan barangan dengan begitu pantas. Dengan kemudahan yang diberikan oleh syarikat-syarikat kurier seperti Gdex, Fdex, Nationwide dan sebagainya dapat melancarkan lagi penghantaran barang kepada pembeli. Pasti menarik jika anda ingin membeli barang dengan harga yang berpatutan anda boleh mencuba lelong.com.my dan jika anda ingin mendapatkan harga hotel yang begitu menarik anda boleh mencuba kayak.com melalui android anda. Selain itu anda boleh mencuba whatclinic.com yang boleh membantu anda untuk mengetahui klinik gigi yang berhampiran dengan anda. Jadi anda perlu mengetahui bagaimana untuk membeli dengan begitu selamat tanpa mendedahkan no. pin anda melalui internet dan anda perlu memasti anda tidak mudah tertipu dengan tawaran-tawaran yang tidak munasabah. Yang penting anda bijak berbelanja melalui internet dengan mengawal had pengaliran transaksi kad debit dan kad kredit anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...