Pages

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin.


Salam & Selamat berbuka kepada rakan-rakan sekalian terutama yang beragama Islam. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut hari lebaran yang akan menjelma tidak lama lagi. Nampaknya ramai rakan-rakan kita yang menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sudah beransur-ansur meninggalkan bandar-bandar besar tersebut. Mungkin ada antara kita termasuklah saya sendiri yang tidak sempat membuat posting di blog dan menumpukan kerja-kerja untuk persediaan hari raya dalam waktu terdekat ini. Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan yang mengenali saya selama ini terutama rakan-rakan SEMESTA Raub (melalui Facebook), UM alumni, rakan-rakan sekerja Medichemie Pharmacy dan tidak lupa kepada ibubapa serta keluarga dan keluarga mertua. Semoga Syawal kali ini dapat merapatkan lagi ikatan siraturrahim antara kita dan pandulah berhati-hati dijalanraya. Sesekali ada masa terluang, mungkin ada antara kita yang sempat mengunjungi pusara orang yang disayangi pada hari raya nanti dan dapat mengisi ruang selain berkunjung beraya di rumah sanak saudara dan rakan taulan. Semoga hari lebaran kali ini memberi kenangan terindah dalam hidup anda bersama keluarga tersayang.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Balik Kampung.


Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa kepada rakan-rakan Facebook, Twitter, Myspace, Nuffnang dan Gengblogger. Ramai antara kita sudah balik kampung halaman masing-masing memandangkan hari esok ramai yang sudah bermula untuk bercuti panjang sempena Hari Raya yang akan kunjung tiba tidak lama lagi. Ada rakan-rakan yang masih bekerja seperti rakan-rakan saya yang bekerja di bank sudah pasti hanya dapat bercuti pada hari Selasa sehingga Khamis minggu hadapan dan memulakan tugas pada hari Jumaat pula. Ramai juga yang menaiki bas ekspres ke utara, pantai timur dan ke selatan. Yang tidak dapat membeli tiket bas ekspres, mungkin menggunakan alternatif lain seperti menumpang kereta rakan, membeli tiket penerbangan, menempah teksi dan menaiki keretapi. Kalau tidak dapat balik ke kampung, sudah pasti rasa hiba dan syahdu bila terdengar gema takbir di pagi raya dan terlepas peluang untuk bersalaman dengan ibubapa, sanak-saudara dan rakan-rakan lama. Memang seronok bila balik kampung bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Bila balik ke kampung halaman, berhentilah seketika di hentian-hentian seperti Petronas yang sudah pasti menyediakan minuman-minuman yang tidak menyebabkan mengantuk seperti kopi. Sememangnya kita juga hendak mengelakkan kesesakan di lebuhraya, jadi pilihlah waktu yang kurang sibuk dan selamat. Pandulah kereta ketika balik kampung secara berhemah dan sentiasa memeriksa kenderaan sebelum bertolak. Semoga perjalanan anda selamat ke destinasi yang ingin dituju.

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerja Di Musim Perayaan.


Salam untuk rakan-rakan semua dan Selamat Berbuka Puasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain yang beragama Islam. Ada antara kita yang terpaksa bekerja di pagi raya memandangkan tiada staf yang dapat menggantikan tempat mereka. Mungkin tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menjaga keselamatan negara, membantu pesakit-pesakit di hospital dan sebagainya. Bagi rakan-rakan yang berniaga sudah pasti tidak mahu mengambil risiko dengan membuka kedai atau premis jualan ketika hari raya pertama sehingga hari cuti kemerdekaan memandangkan hampir kesemua bank tutup pada hari tersebut. Bagi rakan-rakan yang bekerja di pasaraya, kedai serbaneka 24jam dan restoran makanan segera mungkin bekerja bergilir-gilir bersama rakan yang lain dalam musim perayaan ini dengan kadar bayaran gaji tiga kali ganda dari hari biasa. Ada yang membuat undian siapa yang bekerja pada musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang perselisihan berlaku. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dengan meminta mereka bekerja pada raya pertama dan kedua walaupun pelbagai alasan yang ditimbulkan untuk bekerja pada hari tersebut. Sebagai majikan perlu faham keadaan pekerja-pekerja mereka yang ingin beraya bersama rakan, keluarga dan sanak-saudara yang terdekat pada hari raya pertama dan kedua. Mungkin dengan memberi sedikit ruang untuk mereka bersama keluarga dan rakan-rakan pada hari perayaan ini dapat memberikan semangat dan kekuatan untuk mereka bekerja pada hari yang berikutnya.

Isnin, 22 Ogos 2011

Berhati-Hati Di Musim Perayaan.


Salam dan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan Facebook, Twitter, Tagged, Gengblogger dan lain-lain. Sempena musim perayaan ini, kita perlu buat persediaan untuk balik ke kampung halaman dan memantau anak-anak kita supaya tidak bermain mercun dan bunga api. Sejak kebelakangan ini kita selalu terdengar berita mengenai kebakaran yang disebabkan oleh kanak-kanak yang bermain mercun dan bunga api yang boleh menyebabkan banyak kerugian harta benda. Jadi kita sebagai ibu bapa yang mithali sudah pasti sentiasa memerhati gerak-geri anak-anak kita dan tidak bermain dengan kanak-kanak yang nakal di luar sana. Memang tidak seronok sekiranya anak-anak kecil yang putus jari dan terbakar pada muka dan badan. Ini menyebabkan hari raya tidak beerti untuk mereka.
Begitu juga dengan penyelenggaraan kenderaan seperti kereta, mpv serba-guna, van yang sudah pasti memerlukan duit lebih untuk diservis dan dibaiki mana yang rosak sebelum balik ke kampung dengan selamat. Seringkali kita lihat banyak kereta yang tersadai di bengkel-bengkel kereta sebelum meneruskan perjalanan balik kampung pada musim perayaan kali ini. Sudah pasti ramai yang mendapat bonus dan gaji pada pertengahan bulan ini untuk membeli tayar kereta baru dan servis minyak hitam, bearing, radiator dan sebagainya untuk memastikan kereta mereka selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Memang tidak seronok jika kereta rosak di tengah jalan disamping kesesakan di lebuh raya. Jadi perlu buat banyak persiapan dengan melihat apa yang kurang terutama bahagian-bahagian kereta yang perlu dibaiki seperti brek, clutch, gear box dan sebagainya.
Dengan menabung duit dari tahun lepas sehingga musim perayaan ini, mungkin ada rakan-rakan yang berasa lapang dada dan tidak terlalu tertekan dengan membuat tabungan duit semata-mata meraikan hari raya bersama rakan-rakan, keluarga dan sanak-saudara yang terdekat. Jadi dengan duit tabungan ini dapat membantu meringankan beban dengan membaiki kenderaan yang memerlukan duit yang begitu banyak.
Sesetengah daripada kita terlalu risau membawa duit yang begitu banyak ketika musim perayaan. Jadi lebih baik membawa kad debit atau kad kredit untuk meringankan lagi dompet atau tas tangan anda. Selain itu dengan adanya kad debit dan kad kredit boleh menyenangkan hati anda ketika berbelanja di saat-saat akhir. Ditambah pula kedua-dua kad tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri.
Jadi untuk musim perayaan kali ini anda perlu berhati-hati terutama ketika di jalan-raya dengan memandu lebih berhemah. Yang penting beritahu kepada polis untuk memantau rumah kita sewaktu balik kampung. Anda juga boleh meminta pertolongan dari jiran yang terdekat dengan kita untuk menjaga rumah kita di musim perayaan kali ini. (Menunggu bila agaknya telefon bimbit menjadi kad debit atau kad credit seperti di negara Jepun)

Ahad, 21 Ogos 2011

Duit Dan Sampul Raya.


Salam dan selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan di luar sana. Minggu lepas ramai yang mengambil kesempatan untuk menukar wang untuk mendapat duit raya yang baru dari bank. Kemungkinan duit raya yang dibekalkan oleh pihak bank akan kehabisan pada penhujung bulan ini. Hanya tinggal duit untuk urusniaga di kedai dan pasaraya sahaja. Memang saya tidak sempat menukar duit raya RM10 yang baru. Hanya mampu mendapatkan duit raya RM1 yang baru dan menyimpan untuk rakan-rakan yang lain yang belum menerima gaji lagi. Pihak bank juga menyediakan sampul duit raya yang begitu terhad kepada pelanggan-pelanggan mereka. Memang kena menempah dahulu sampul dan duit raya dari teller-teller bank yang mungkin mengenali kita dengan begitu dekat sekali. Mujurlah ada rakan-rakan yang mana yang bekerja di bank memberi lebihan sampul raya kepada saya. Jika tidak sudah pasti membeli di pasaraya, kedai buku dan juga di kedai serbaneka 24 jam. Pihak pasaraya juga ada yang memberi sampul raya seperti Giant jika anda membeli barangan disitu. Memang mudah untuk mendapat sampul raya secara percuma tanpa perlu mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk perayaan kali ini.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Malam Tujuh Likur.



Salam untuk rakan-rakan semua terutama dari Facebook, Twitter, Myspace dan Gengblogger. 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan ini mungkin ada antara kita yang sudah bersedia melipatgandakan amal ibadat dan berdoa supaya hidup lebih diberkati Allah. Kita tidak dapat mengetahui malam lailatulqadar yang dapat memberikan banyak pahala dan InsyaAllah doa kita lebih mustajab pada malam tersebut. Kebiasaannya malam lailatulqadar jatuh pada malam yang ganjil pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan dan kita perlu merebut peluang untuk menambahkan amal ibadat dan sentiasa bermohon pada Allah supaya doa kita dimakbulkan Allah. Pada malam tujuh likur, ada penduduk-penduduk kampung memasang lampu pelita dan ada yang memasang panjut untuk memeriahkan lagi sambutan pada penghujung bulan Ramadan. Ditambahpula pada malam-malam terakhir bulan Ramadan ini memberi ketenangan kepada muslimin dan muslimat untuk mengerjakan amal ibadat dan mengambil peluang untuk bersembahyang terawih secara berjemaah di surau atau masjid. Memang banyak ganjaran yang diperolehi orang-orang Muslim yang rajin beribadah kerana Allah pada 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadan. (Bulan Ramadan bukannya bulan pesta makanan dan minuman, bulan Ramadan bulan untuk melipatgandakan pahala dengan beramal ibadah bagi umat Islam)

Khamis, 18 Ogos 2011

Rakan Niaga Yang Serasi Dan Boleh Dipercayai.



Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Tagged, Twitter dan lain-lain. Kali ini saya berbicara mengenai rakan niaga yang mungkin berkongsi dengan anda yang terlibat dalam perniagaan terutama di Bazaar Ramadan. Memandangkan ada antara kita yang mendapat lot tapak perniagaan di Bazaar Ramadan dan berkongsi dengan rakan yang berpotensi untuk mendapatkan keuntungan dalam bulan yang mulia ini. Dengan keserasian tanpa ada perasaan hasad dengki kepada rakan anda, InsyaAllah bisnes anda dalam Bazaar Ramadan ini mendatangkan limpahan rezeki yang lebih berkat lagi. Ditambah pula anda tidak meninggalkan solat fardhu, perniagaan anda lebih berkembang maju dan diredhai Allah. Dengan kepercayaan anda terhadap rakan kongsi anda, InsyaAllah hasil pendapatan yang diperolehi dalam Bazaar Ramadan dapat dibahagikan secara adil dan lebih bersih lagi. Dalam bisnes sekalipun kita perlu ada sikap amanah dan tidak bolehlah menipu rakan kongsi dengan mengambil lebih bahagian pendapatan dalam bulan Ramadan yang lebih berkat lagi. Sebelum masuknya bulan Ramadan, kita sudah berbincang dengan rakan kongsi apakah juadah-juadah atau minuman yang boleh kita jual kepada pelanggan-pelanggan kita di Bazaar Ramadan. Bukan setakat di Bazaar Ramadan, kita boleh mengambil peluang bersama rakan-rakan yang memang satu kepala dengan kita yang boleh merancang untuk membuka bisnes seperti menjual pakaian-pakaian raya, kueh raya dan sebagainya di tapak-tapak yang disediakan oleh pasaraya-pasaraya atau kompleks membeli-belah. Jadi binalah strategi-strategi yang lebih kreatif yang dapat menarik ramai pelanggan yang berkunjung ke tapak perniagaan anda. Yang penting kerjasama dan keserasian rakan niaga anda dan anda sendiri menciptakan hasil pendapatan yang melebihi sasaran jualan yang telah dibuat dan diberkati Allah. (Jika zaman kanak-kanak merancang mendapat duit raya bersama rakan, zaman remaja atau dewasa sudah pasti merancang bisnes bersama rakan niaga dalam bulan Ramadan)

Rabu, 17 Ogos 2011

Bau Badan Dan Mulut Mempengaruhi Hubungan Kita Dengan Pelanggan.


Salam kepada pembaca yang budiman dan Selamat Berbuka Puasa kepada muslimin dan muslimat. Tidak dapat dinafikan bau-bauan yang sesuai untuk tubuh badan kita dapat mempengaruhi pelanggan untuk berhubung dengan kita dengan lebih akrab lagi. Jika badan dan mulut kita berbau busuk sudah pasti ramai pelanggan yang lari dan tidak mahu berunding dengan kita dengan sekerap yang mungkin. Kebiasaannya makanan dan minuman yang mempengaruhi bau badan kita selain kita mengalami stress berlebihan yang boleh menyebabkan kemurungan. Kebiasaanya makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, soya dan makanan berdaging seperti daging lembu boleh memberikan bau badan yang cukup memualkan disamping kurangnya membersihkan diri dengan mandi yang tidak terlalu kerap. Jadi kita kenalah rajin minum air masak atau air mineral sekerap yang mungkin untuk mengurangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria pada badan kita. Malah makanan yang berempah, makanan ringan dan makanan segera boleh menyebabkan bau badan yang berlebihan. Ditambah pula jika kita makan bawang, petai, jeruk dan jering boleh menyebabkan badan dan mulut kita berbau. Minuman yang beralkohol juga perlu dielakkan kerana alkohol yang berada didalam badan akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi kita perlulah mengelakkan makanan dan minuman tersebut yang boleh menyebabkan badan kita berbau busuk. Sentiasalah menggunakan pewangi-pewangi yang sesuai untuk tubuh dan mulut ketika berdepan dengan ramai pelanggan di dalam premis perniagaan.

Selasa, 16 Ogos 2011

Mendapat Bonus Raya.


Wah! Semalam ramai kakitangan awam kerajaan termasuk isteri saya yang mendapat bonus raya. Diharap mereka memanfaatkan duit bonus raya untuk kegunaan sempena hari raya yang akan muncul dalam masa setengah bulan lagi. Memang seronok dapat duit bonus raya, sekurang-kurangnya rancak jugalah ekonomi di Malaysia ini dengan ramainya berbelanja secara berhemah dan tidak terlalu boros. Bukan kakitangan kerajaan sahaja yang mendapat bonus, ada pekerja-pekerja swasta, pasaraya,kilang dan restoran makanan segera sudah mendapat bonus raya yang lebih awal dari kakitangan kerajaan. Mungkin ada antara kita yang mendapat bonus raya selepas hari perayaan tetapi amat jarang yang kita dengari. Dengan ada bonus raya ini dapatlah mengurangkan beban rakyat dan juga dapat beraya dalam keadaan yang selesa dan meriah bersama keluarga dan juga keluarga mertua. Bagi yang suka berjimat-cermat, mungkin mereka menabung sebahagian bonus raya tersebut melalui ASB, Unit Trust dan ASN. Bagi yang suka bersedekah, bolehlah bersedekah sebahagian bonus raya kepada golongan fakir miskin dan anak yatim. Mudah-mudahan lebih berkat duit bonus raya yang kita dapat dalam tahun ini.

Khamis, 11 Ogos 2011

Juadah Berbuka Puasa Yang Laku Di Bazaar Ramadhan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Semalam sempat juga saya menjengah Bazaar Ramadan di Taman Lautan Biru, Mersing. Tempatnya tidaklah sesesak di Bazaar Utama di Tunas Manja tetapi kadar sewanya tinggi berbanding di Tunas Manja. Tak sangka bila saya hendak mencari murtabak daging yang berharga RM5 sekeping sudah habis dijual dan ternampak peniaga tersebut sudah mengemaskan tempatnya. Mungkin bukan rezeki saya untuk berbuka puasa dengan murtabak yang begitu istimewa sekali. Nampaknya murtabak daging menjadi permintaan yang begitu tinggi disitu. Kalau di Bazaar Ramadan di Tunas Manja, sudah pasti nasi kerabu, kebab, murtabak dan air tebu yang banyak dijual. Selain itu ada ayam berempah, ayam percik, sotong bakar, laksa dan pelbagai kueh mueh seperti lompat tikam, tepung pelita, roti jala yang mendapat sambutan dari pelanggan yang mengunjungi Bazaar Ramadan disitu. Melihat kepelbagaian makanan dan minuman di Bazaar Ramadhan sudah pasti menjadikan para pengunjung menjadi rambang mata untuk memilih juadah yang enak untuk berbuka puasa. Mungkin orang sudah terbiasa dengan nasi ayam dan karipap, jadi sudah tentu mencari kelainan pula dengan mencuba rojak asma Singapura dan juga makanan steamboat yang boleh menjadi kudapan istimewa dalam bulan puasa ini. Di tempat anda tentu ada yang lebih istimewa seperti kek lapis Sarawak, ikan terubuk masin, popiah basah dan sebagainya yang memberi satu identiti yang popular di tempat anda. Jika kita tahu bahawa makanan itu terlalu popular disitu dan rasanya sangat enak, sudah pasti kita merancang untuk membelinya dengan datang awal ke Bazaar Ramadan tersebut.

Rabu, 10 Ogos 2011

Mendoakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di UK.


Salam untuk para pembaca yang budiman. Semalam kita telah melihat rakaman video mengenai pelajar Malaysia yang mengalami kecederaan di rahang setelah dipukul oleh beberapa perusuh di London dan kemudian barang didalam bagnya dicuri oleh perusuh tersebut. Amat membimbangkan keadaan yang menimpa para pelajar kita di Britain dan kita mengharap mereka dalam keadaan yang lebih selamat. Ditambah pula para pemain badminton negara kita mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia ini mungkin boleh menjejaskan prestasi persembahan mereka untuk merangkul piala kali dengan keadaan yang tidak menentu disana. Kita juga menharapkan kerajaan Malaysia dapat membuat sesuatu untuk mengelakkan sebarang perkara yang lebih buruk terutama di London, Manchester, Liverpool dan kawasan yang berisiko. Kita rakyat Malaysia hanya mampu berdoa supaya rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar disana dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam rusuhan di negara tersebut.

Selasa, 9 Ogos 2011

Berutus Kad Hari Raya Melalui Facebook.


Salam kepada para pembaca yang budiman. Jika dulu kita rancak menghantar kad raya kepada rakan-rakan kita yang jauh di perantauan, sekarang memang mudah dengan hanya klik sahaja di Facebook, anda boleh menyampaikan kad raya secara maya melalui laman paling popular di dunia, Facebook. Baru-baru ini pejabat pos menyediakan kad yang sudah mempunyai setem serta berharga 50 sen dan anda perlu menghantar kepada rakan-rakan anda tanpa perlu membeli setem. Namun kepopularan Facebook tidak dapat digugat, jadi semakin ramai yang selesa mengutus segala khabar gembira melalui Facebook dan yang pasti dengan menggunakan Facebook, anda akan dapat berita semasa mengenai rakan anda dengan begitu pantas sekali walaupun jarang berjumpa. Memang saya akui teknologi seperti ini menyebabkan ramai orang menjadi malas dan sukar bergaul tetapi kita perlu mengambil yang lebih positif melalui Facebook. Mungkin anda sendiri rasa seronok menerima kad raya secara maya melalui Facebook dari rakan yang jauh di perantauan tanpa dapat melihat secara zahirnya sebuah kad raya yang begitu eksklusif untuk anda. Ada antara kita yang rasa terharu menerima kad raya dari rakan-rakan dan sanak-saudara melalui Facebook ini, sekurang-kurangnya rakan anda mengingati anda selalu dan peka perkembangan semasa tentang anda. Dengan adanya kad raya melalui Facebook tentu memberi kelainan dalam menyambut hari perayaan pada masa akan datang. (Tak sabar hendak menunggu Google+ menyediakan kad raya eksklusif untuk peminat-peminatnya)

Isnin, 8 Ogos 2011

Membuat Pelaburan Dengan Bijak.


Selamat berpuasa dan berbuka puasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Gengblogger, Nuffnang, Twitter dan lain-lain yang beragama Islam. Memandangkan sekarang banyak bank yang mempromosikan pelaburan dengan menggunakan duit KWSP atau EPF, mungkin sebahagian dari anda yang membuat perancangan bagus dengan membuatkan sebahagiannya masuk sebahagian wang KWSP ke dalam bank tertentu dan sebahagiannya ke bank lain. Tengok juga profit margin yang boleh dicapai oleh unit trust tersebut atau anda boleh berbincang dengan pakar klinik kewangan yang anda rasa selesa untuk berhubung dan mengadu pelbagai masalah dari segi kewangan. Ada antara kita yang bimbang dan ragu-ragu untuk mengeluarkan sebahagian wang KWSP yang sudah tentu menjadi jaminan waktu tua nanti. Bagi saya, mungkin perlu buat sesuatu kajian yang terperinci disamping berbincang dengan pihak yang mahir dalam bidang pelaburan dan bank. Sememangnya kita sebagai pengguna sudah pasti berasa sayang jika duit yang kita labur tidak mendapat hasil yang diharapkan. Mungkin anda sendiri perlu bijak membuat pelaburan demi kepentingan keluarga dan anak-anak pada masa hadapan. Yang penting anda mencari bank yang memberi lebih manfaat, jaminan yang boleh dipercayai dan kedudukannya yang amat stabil untuk membuat pelaburan dalam jangka masa yang panjang. (Terkejut juga ada pihak bank yang membuat transfer balance dengan menawarkan hadiah yang menarik untuk tarik ramai pelanggan)

Ahad, 7 Ogos 2011

Berbuka Puasa Bersama Rakan Sekerja.


Pada hujung minggu yang pertama ini, ada antara rakan-rakan kita terutama dari Facebook yang telah merancang dengan rakan sekerja untuk berbuka puasa bersama-sama di restoran atau kafe atau hotel yang menyediakan juadah berbuka puasa. Memang seronok dapat berbuka puasa bersama dengan rakan sekerja setelah penat lelah bekerja dalam bulan puasa ini. Dengan membuat bajet yang menjimatkan dapat mengurangkan belanja yang berlebihan ketika berbuka bersama-sama rakan-rakan sekerja. Buatlah tinjauan yang boleh menentukan keselesaan berbuka dengan rakan disamping harga yang munasabah dan yang pasti makanan dan minuman itu dalam keadaan bersih dan tidak keadaan mentah serta basi. Setiap tahun memang selalu kita membuat majlis berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan sekerja untuk mengeratkan lagi tali ikatan siratturrahim. Malah tempat kita berbuka puasa yang menarik dan menu yang sedap itu sendiri dapat memberi kepuasan bersama-sama dengan rakan sekerja. Dengan berbuka bersama rakan-rakan sekerja dapat meninggalkan memori yang indah dalam bulan Ramadan disamping dapat mengenali ahli-ahli keluarga yang terdekat dengan rakan-rakan sekerja. (Sekali-sekala berbuka bersama rakan-rakan sekerja di Marrybrown Mersing)

Hujung Minggu Bulan Ramadan.


Hujung minggu pertama dalam bulan Ramadan ini, ada para pembaca yang mengambil kesempatan berehat di rumah setelah penat bekerja. Sesekali dalam waktu senggang, ada yang mengaji Al Quran, berzikir dan bertasbih untuk mendapat banyak ganjaran pahala dalam bulan yang penuh keberkatan. Ada yang membuat kueh raya, kerepek, menjahit pakaian raya dan mendapat berita-berita terkini dengan membaca akhbar-akhbar popular di Malaysia. Memang seronok dapat berkumpul bersama dengan keluarga pada hujung minggu dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah yang boleh menjana kewangan. Selain itu ada rakan-rakan kita yang rajin berdikari membantu ibubapa dan rakan kenalan menjual kueh-mueh dan minuman di Bazaar Ramadan untuk mendapatkan wang tambahan untuk persiapan hari raya ini. Ada rakan-rakan kita yang mengambil peluang untuk mengucapkan pesanan Ramadan dan berhubung dengan rakan-rakan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain dan berkongsi cerita dan resepi masakan melalui blog bersama pengikut-pengikut mereka yang begitu setia. Bukan itu sahaja ada rakan-rakan kita yang rajin mengecat rumah dengan cat-cat terkenal seperti Nippon Paint dan juga membersih rumah. Macam jiran saya, sempat juga dia memperbesarkan ruangan dapurnya sambil membantu pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk menyiapkan bahagian dapur dalam waktu perayaan yang terdekat ini. Memang banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pembaca sekalian pada hujung minggu dalam bulan Ramadan. Yang penting anda tidak rasa bosan dengan hanya duduk terperap di dalam rumah.

Membayar Zakat Harta Dapat Menyucikan Jiwa Dan Hasil Pendapatan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Dalam bulan puasa ini, ada antara kita yang sudah mengeluarkan duit untuk membayar zakat harta kepada amil, anak-anak-yatim dan orang yang berhak menerima zakat. Sememangnya zakat yang dibayar itu dapat menyucikan jiwa yang kurang bersih menjadi lebih jernih lagi. Begitu juga dengan hasil pendapatan yang diterima selama ini dapat dibersihkan dengan berzakat dan menjadi hasil pendapatan lebih berkat lagi. InsyaAllah rezeki akan bertambah murah dengan berzakat dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Ada antara kita yang menyumbangkan zakat di sekolah-sekolah agama Islam dan dengan duit zakat yang diberi itu dapat digunakan pada jalan yang diredhai Allah. Hati lebih menjadi lebih tenang setelah membayar zakat dengan lebih ikhlas dan InsyaAllah kehidupan lebih bermakna pada masa hadapan. Bagi sesiapa yang berniaga, anda digalakkan menunaikan zakat perniagaan anda dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Begitu juga bagi rakan-rakan yang bergaji lebih dari tanggungan, mungkin boleh berunding dengan amil-amil di bahagian pembayaran zakat pejabat agama. Selamat beramal ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga kehidupan anda diberkati Allah. (Rezeki akan bertambah dengan menunaikan kewajipan berzakat)

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bersederhana Dalam Berbelanja.


Salam untuk para pembaca yang budiman. Rasa-rasanya kita sudah memasuki hari yang keenam kita berpuasa. Dalam kita berpuasa dalam bulan Ramadan, ada antara kita yang berjimat-cermat supaya di hari perayaan tidaklah terasa sesaknya duit kita nanti. Ditambah kita perlu menyediakan duit raya untuk kanak-kanak yang bertandang ke rumah kita nanti. Tentu beruntung kanak-kanak sekarang yang sudah pasti tidak sabar untuk mendapat duit raya dan terus menabung ke dalam tabung mereka. Kita yang sudah berkeluarga, sudah tentu perlu bijak berbelanja semasa membeli-belah di Bazaar Ramadan. Jadi perlu pandai mencari makanan dan minuman dalam keadaan yang tidak basi dan hargapun berpatutan. Memang ramai antara kita merungut disebabkan harga makanan dan minuman naik dengan begitu ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas. Sayapun terperasan juga harga keow teow gorengpun naik di Bazaar Ramadan di tempat saya. Mungkin tidak terlalu ketara sangat kenaikannya. Jadi kalau kita ingin mencari juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan, kita perlu meninjau dahulu dari gerai ke gerainya. Perhatikan gerai mana yang ramai pelanggan, boleh jadi makanan dan minumannya sedap dan harganya berpatutan. Sebelum anda membeli di Bazaar Ramadan, anda perlulah menetapkan bajetnya dahulu untuk mengelakkan belanja berlebihan dan yang pasti dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Khamis, 4 Ogos 2011

Beli Tiket Sebelum Raya.


Ramai antara kita yang sudah menempah tiket untuk balik kampung pada penghujung bulan Ogos ini. Tambahan pula cuti Hari Raya Tahun ini bertembung dengan cuti Hari Kemerdekaan dan mungkin menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk menaiki keretapi, bas ekspres, kapal feri dan juga kapal terbang. Nampaknya tiket ke pantai timur begitu cepat habis di jual, sementara tiket ke utara, tengah dan selatan Semenanjung masih lagi di jual di kaunter-kaunter tiket. Mungkin ada antara kita yang cuba mengelak untuk membeli tiket-tiket bas ekspres tambahan yang mungkin harganya lebih mahal dari biasa. Jadi kepada rakan-rakan terutama dari Facebook, Nuffnang, Myspace, Twitter dan Gengblogger dapat membeli tiket dengan selamat tanpa mengalami sebarang penipuan dalam kita ingin menyambut hari perayaan bersama dengan keluarga di kampung. Yang penting perlu pandai merancang untuk balik ke kampung dengan membeli tiket bas atau keretapi dan kapal terbang pada hari yang kurang sesak dengan penumpang dan yang pasti ada yang ingin mengelak traffik jam yang begitu panjang dan merimaskan. Jadi perlulah merancang dari sekarang supaya kita tidak terlepas membeli tiket raya nanti.

Selasa, 2 Ogos 2011

Bubur Lambuk Menjadi Santapan Berbuka Puasa.


Salam untuk para pembaca yang budiman. Tak lupa saya mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Berbuka Puasa kepada semua terutama rakan-rakan di Facebook. Sebelum ini mungkin saya tidak berkesempatan untuk membuat posting di blogspot, mungkin terlalu sibuk untuk persiapan bulan Ramadan yang datang ini. Malah saya rasa tidak sihat pada hari pertama berpuasa. Memang ramai yang mengalami demam, selsema, sakit tekak dan batuk ketika masuk bulan berpuasa, jadi tidak mengapa kita mengambil makanan yang mudah di makan dan memberikan banyak tenaga semasa berbuka puasa. Semalam terlalu ramai orang yang mengunjungi Bazaar Ramadan di Tunas Manja, Mersing. Memang banyak makanan dan minuman yang akan habis jika lambat pergi membeli di Bazaar Ramadan tersebut. Rasanya tidak lengkap kalau dalam berbuka puasa kita mencuba bubur lambuk yang mengandungi banyak rempah ratus di dalamnya dan ada sedikit cebisan daging dan udang sebagai penambah perisa bubur lambuk. Hargapun tidaklah terlalu mahal, hanya RM1 sebungkus. Sesekali anda ingin berbuka puasa dengan bubur lambuk yang sudah pasti dapat mengenyangkan perut anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...