Pages

Rabu, 26 Mei 2021

Menerima Suntikan Vaksin Cominarty Dari Pfizer.

Assalamua'laikum kepada semua pembaca sekalian. Alhamdulillah bertemu kembali & sudah lama tidak bersiaran di blogspot saya ini. Terima kasih masih sudi singgah ke sini. 
Baru-baru ini, saya telah melengkapkan penerimaan suntikan vaksin virus Covid19 di Dewan Jubli Intan, Mersing. Alhamdulillah rasanya berjalan dengan begitu lancar sekali. Terima kasih kepada pihak KKM terutama barisan hadapan atau frontliner dari hospital dan klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengekang penularan virus Covid19 dan menyediakan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia.
Bagi anda yang belum menerima sebarang panggilan dari pihak KKM, anda boleh memuatturunkan applikasi My Sejahtera melalui Google Play. Setelah anda telah memuatturunkan applikasi My Sejahtera, anda boleh mendaftar di bahagian suntikan vaksin virus Covid19. Setelah anda telah mendaftar suntikan vaksin di applikasi My Sejahtera, anda perlu menunggu sms dari pihak KKM untuk tarikh penerimaan suntikan vaksin Covid19.Jadi anda akan menerima dos pertama dan akan menerima kad untuk dos yang kedua pada tarikh yang diberikan oleh kakitangan hospital atau klinik yang ditugaskan. Sekiranya ada perubahan tarikh, kakitangan hospital atau klinik akan memberitahu melalui SMS.
Akhir sekali kita akan menerima sijil digital melalui applikasi My Sejahtera. Jadi disini ramai rakan kita yang akan menerima suntikan vaksin virus Covid19. Setakat ini hanya keluaran Pfizer (Cominarty), Sinovac dari negara China Dan vaksin dari AstraZeneca yang dapat dibekalkan untuk rakyat Malaysia. Jadi kita sama-sama membendung penularan virus Covid19 dengan menerima suntikan vaksin dan kadar penyebaran untuk virus Covid19 dapat di sekat dengan sebaik yang mungkin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...