Pages

Isnin, 14 Mei 2012

Doa Seorang Ibu Untuk Anaknya.

Salam kepada rakan-rakan semua dan semalam kita telah menyambut hari ibu. Jadi sempat juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya serta ibu mertua saya. Sebelum ini ada rakan-rakan sekerja yang membeli hadiah khususnya untuk ibu mereka. Sememangnya pengorbanan ibu begitu besar untuk membesarkan anak-anaknya untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Saya masih mengingati bagaimana ibu saya bersusah payah menjual barangan dari rumah ke rumah sambil mendukung adik saya yang masih kecil dan pengorbanannya begitu besar lagi untuk membantu menyara keluarga kami di Kuantan, Pahang. Kita mengetahui bahawa syurga terletak ditelapak kaki ibu, jadi segala doa yang dipinta oleh ibu kepada Allah akan mudah dimakbulkan. Jadi kita sebagai anak sudah pasti tidak menjadi anak yang derhaka kepada ibu kita. Sememangnya dalam agama Islam, peranan perempuan sebagai ibu diletakkan pada aras yang tertinggi dimana seorang ibu bersusah payah mengandungkan kita dan melahirkan kita di dunia yang penuh pancaroba. Setiap hari ibu kita berdoa untuk kesejahteraan kita dan mencari jodoh yang sesuai untuk kita. Dengan restu ibubapa, rumahtangga anaknya menjadi lebih selamat dan jodoh menjadi panjang. Sesungguhnya doa dari seorang ibu memberi kesan yang lebih positif untuk anaknya. Sebelum ini saya ada berjumpa seorang ibu yang mengalami kemurungan disebabkan tindakan anaknya yang menjauhkan diri dari keluarga. Jadi saya mengesyorkannya banyakkan membaca surah Alam Nasrah untuk melapangkan hatinya yang sentiasa gelisah dan berdoa supaya anaknya menghubunginya beserta membaca ayat 102 surah Al Bakarah yang saya perolehi dari rancangan Tanyalah Ustaz di channel 9. Pada minggu berikutnya ada tanda-tanda yang begitu positif dari ibu tersebut dan dia memberitahu kepada saya yang anaknya sudah menghubunginya. Sememangnya doa seorang ibu itu sudah termakbul akhirnya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...