Pages

Jumaat, 15 Jun 2012

Menjadi Bapa Contoh.

Salam untuk semua rakan-rakan Facebook, Twitter, Nuffnang, Myspace, Gengblogger dan lain-lain. Selamat menjamu selera makan tengahari bersama keluarga dan juga rakan-rakan sekalian. Bagi rakan-rakan lelaki yang beragama Islam sudah bersedia mengerjakan solat Jumaat di masjid. Sebelum saya ke masjid, sempat juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa dan bapa mertua saya serta rakan-rakan sebaya saya yang sudah bergelar bapa. Memang seronok bila anak-anak kita memanggil kita seperti abah, ayah, baba, daddy, walid atau sebagainya. Memang rasa seronok bila ada anak-anak yang memberi hadiah seperti jam tangan ,buku ,pen , sapu tangan atau spek mata hitam sempena Hari Bapa yang sudah pasti hanya sekali setahun kita merai bersama dengan keluarga tercinta. Sesekali kita membelanjakan mereka di restoran-restoran yang eksklusif seperti Secret Recipe atau Nandos sempena hari yang begitu dinantikan oleh bapa-bapa seluruh dunia. Kita yang bergelar bapa perlu memberi contoh yang baik untuk anak-anak kita yang sudah pasti mengikut apa yang kita lakukan setiap hari. Ibarat bapak borek anak rintik, jadi anak akan menjadi lebih positif dengan adanya bapa yang memiliki pemikiran yang begitu maju sekali dan sentiasa memberi tunjuk ajar yang begitu baik kepada anak-anaknya yang semakin membesar selain memiliki ketegasan yang begitu baik. Bukan mudah kita menjadi bapa pada era ini dengan adanya teknologi yang begitu pesat membangun yang mempengaruhi pemikiran anak kita selain pengaruh rakan-rakannya. Yang penting, anda sebagai bapa perlu memantau perilaku anak anda supaya tidak terjebak perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti terjerumus dalam kancah dadah dan mat rempit. Kita sentiasa berdoa supaya anak kita menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...