Pages

Rabu, 25 Julai 2012

Ramadan Yang Dinantikan.

Salam Ramadan untuk rakan-rakan Facebook, Twitter, Nuffnang, Myspace, Gengblogger dan Blogspot yang beragama Islam. Hari ini hari yang kelima kita berpuasa di bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang memberikan limpahan rezeki bagi peniaga-peniaga di Bazaar Ramadan. Ada yang telah membuat tempahan awal untuk kueh raya, baju raya dan sebagainya sebelum hari raya tidak lama lagi. Ada yang menumpukan amal ibadah di bulan yang memberikan banyak pahala dengan mengerjakan solat terawih di surau atau masjid disamping bertadarus Al Quran bersama rakan dan ada yang membuat persiapan lebih awal dengan mencari kerja sampingan dengan berniaga untuk menampung perbelanjaan yang begitu besar semasa musim perayaan nanti. Alhamdulillah nampaknya saya berasa kerja semakin lancar dan dapatlah juga bersembahyang terawih di surau yang sudah dinaikkan taraf. Terasa tenang bila mengerjakan solat terawih di surau yang begitu selesa dengan penuhnya jemaah yang turut serta kali ini. Ada rasa kelainan dalam bulan yang merupakan penghulu segala bulan yang memberikan banyak ganjaran pahala terutama pada malam Lailatul Qadr. Sememangnya bulan Ramadan memberikan banyak keistimewaan dan sentiasa dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...