Pages

Sabtu, 6 September 2014

Hari Famili 2014 Di Safari Dan Taman Air Bukit Gambang.

Salam dan selamat berhujung minggu kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian. Lama juga saya tidak mengemaskini sebarang entri disini disebabkan kesibukan kerja dan selalu berhubung dengan rakan-rakan yang rapat menggunakan Whatapps. Baru-baru ini sempatlah juga saya dan sahabat saya, Nik mengadakan Hari Famili bersama keluarga dan rakan-rakan sekerja di Safari dan Taman Air Bukit Gambang. Hampir 3 tahun kami tidak mengadakan Hari Famili bersama staf-staf. Pada perancangan, kami ingin mengadakan Hari Famili di Pulau Tioman tetapi bila memikirkan kami membawa anak kecil, jadi kami merancang ke tempat yang begitu sesuai untuk hari keluarga kami. Kumpulan-kumpulan lain dari cawangan Kota Bharu, ada yang bercuti di Pulau-Pinang dan ada yang bercuti di Trengganu.
Pada pagi 30hb Ogos 2014, kami berkumpul di Petronas Mersing yang baru diubahsuai tahun ini dan terus bertolak ke Pekan, Pahang.
Sampai di Pekan, Pahang kami singgah di kedai makan untuk makan tengahari dan kami meneruskan perjalanan ke Taman Tas, Kuantan. Kami meneruskan perjalanan ke Batu 10 dan melepasi Jaya Gading, Kuantan. Memang seronok berkonvoi beramai-ramai ke destinasi yang dituju.
Sampai di Bukit Gambang kami mendaftar masuk ke Safari yang baru siap dan terbesar di Malaysia. Jadi kami menaiki tram ke savannah yang menempatkan pelbagai haiwan liar yang kebanyakannya dari Afrika. Pada sebelah petang ada sessi bergambar secara selfie dengan burung-burung seperti burung merak, kakaktua dan sebagainya. Pada sebelah malam kami naik ke tingkat 2 untuk melihat persembahan teater dan pertunjukan main api oleh petugas-petugas terlatih. Pada sebelah malam kami melihat haiwan-haiwan nokturnal seperti tupai, ayer-ayer dan sebagainya. Selain itu anda bolehlah makan malam bersama dengan keluarga anda dengan melihat singa putih yang pertama di Malaysia. Pasti seronokkan! Jika anda ada sedikit ruang masa disebelah siang anda bolehlah menunggang unta sambil bergambar selfie dan memberi makan kepada illama atau alpaca.
Pada keesokan harinya, kami mendaftar masuk ke taman tema air. Jadi anda perlu datang awal jam 9 pagi supaya anda tidak perlu beratur panjang dan perlu bayar lebih duit di kaunter masuk. Anda akan mendapat gelang yang mengandungi baki duit didalamnya. Jika anda ingin dapatkan balik duit selepas puas bermain di taman tema air, anda perlu beratur dan pergi ke kaunter 5 untuk mendapat baki duit. Mudahkan!
Jadi ramai pengunjung taman tema air yang balik jam 6 petang. Pada petang 31 Ogos 2014 kamipun balik. Saya balik ke Maran, Pahang dan rakan-rakan sekerja yang lain balik ke Mersing, Johor. Memang puas juga kami bercuti disini sambil membeli cenderahati di Bukit Gambang Resort City dengan layanan staf-staf yang begitu mesra dan istimewa sekali. In Sya Allah kami akan mengadakan Hari Famili di tempat lain pula. Dengan adanya Hari Famili, semangat bekerja kami semakin meningkat secara berpasukan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...