Memaparkan catatan dengan label berjimat-cermat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berjimat-cermat. Papar semua catatan
Ahad, 4 Ogos 2013
Salam Lebaran.
Salam kepada rakan-rakan Facebook, Gengblogger, Nuffnanggers, Twitter, Google+ dan lain-lain. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi segala persiapan sudah dilakukan seperti menyelenggarakan kendereaan masing, membeli kueh raya, menyediakan duit raya dan sebagainya. Sememangnya banyak duit akan mengalir dengan begitu deras dalam musim perayaan ini, saya mengharapkan rakan-rakan berbelanja dengan penuh berhemah. Bimbang dihujung bulan ini, anda mungkin mengalami kekeringan duit sebelum menerima gaji baru pada penghujung bulan ini. Ada yang sudah bercuti dan ada yang masih lagi bekerja hari ini hingga pada malam sebelum raya. Sebelum balik ke kampung halaman, anda boleh mengisi borang di balai polis demi keselamatan rumah anda. Diharap anda yang ingin balik ke kampung, memandu dengan cermat dan berhemah dan ikut saranan masa yang telah dicadangkan oleh pihak PLUS bagi sesiapa yang menggunakan lebuhraya Utara Selatan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan yang mengenali saya sekeluarga.
Selasa, 16 Ogos 2011
Mendapat Bonus Raya.
Wah! Semalam ramai kakitangan awam kerajaan termasuk isteri saya yang mendapat bonus raya. Diharap mereka memanfaatkan duit bonus raya untuk kegunaan sempena hari raya yang akan muncul dalam masa setengah bulan lagi. Memang seronok dapat duit bonus raya, sekurang-kurangnya rancak jugalah ekonomi di Malaysia ini dengan ramainya berbelanja secara berhemah dan tidak terlalu boros. Bukan kakitangan kerajaan sahaja yang mendapat bonus, ada pekerja-pekerja swasta, pasaraya,kilang dan restoran makanan segera sudah mendapat bonus raya yang lebih awal dari kakitangan kerajaan. Mungkin ada antara kita yang mendapat bonus raya selepas hari perayaan tetapi amat jarang yang kita dengari. Dengan ada bonus raya ini dapatlah mengurangkan beban rakyat dan juga dapat beraya dalam keadaan yang selesa dan meriah bersama keluarga dan juga keluarga mertua. Bagi yang suka berjimat-cermat, mungkin mereka menabung sebahagian bonus raya tersebut melalui ASB, Unit Trust dan ASN. Bagi yang suka bersedekah, bolehlah bersedekah sebahagian bonus raya kepada golongan fakir miskin dan anak yatim. Mudah-mudahan lebih berkat duit bonus raya yang kita dapat dalam tahun ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
