Pages

Memaparkan catatan dengan label pemasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemasaran. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2012

Manfaat Besar Android Untuk Generasi Y.

Pada masa sekarang, kebanyakan kita yang tergolong dalam generasi Y memiliki android yang telah dicetuskan oleh Google. Hargapun tidaklah terlalu mahal berbanding IPhone dan Blackberry. Malah banyak applikasi seperti Facebook, Twitter, Google+ dan You Tube boleh diperolehi dengan mudah serta membeli apa-apa permainan dan produk-produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan menggunakan ikon Market di dalam android. Dengan perkembangan android yang begitu pantas, generasi Y boleh memasarkan produk-produk kepada pelangan-pelanggan mereka dengan begitu mudah. Anda juga boleh menggunakan Google Play yang memberikan kepuasan maksima untuk memudahkan kerja anda dengan begitu lancar. Dengan menggunakan Samsung Galaxy Note, anda boleh melukis gambar, menconteng dan mewarna dengan sesuka hati. Jika anda terlalu kreatif, anda boleh menjual karya-karya anda kepada sesiapa yang berminat dengan bakat anda. Saya juga tertarik dengan ciri-ciri android yang begitu mengujakan, sebagai contohnya penghasilan video dengan menggunakan applikasi You Tube. Dengan adanya premis-premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi, anda boleh menghasilkan video dan disiarkan melalui You Tube. Sungguh mudah bukan! Dengan produk-produk yang anda rakam dan siarkan kepada penonton melalui You Tube, sudah pasti keterangan-keterangan tentang produk-produk yang ingin anda jual kepada pelanggan dapat disampaikan dengan begitu pantas dan video anda boleh disiarkan melalui Facebook, Google+ dan Twitter. Jadi begitu besarlah peranan android pada masa kini khususnya bagi sesiapa yang berminat dalam bidang perniagaan dan pemasaran.

Rabu, 18 Januari 2012

Terus Melobi.

Salam untuk para pembaca dari blogspot, Facebook, Twitter dan lain-lain. Semoga anda dapat menjamu selera makan tengahari bersama dengan keluarga dan juga rakan-rakan yang lain. Memang penat juga melayan pelbagai jenis pelanggan yang singgah di kedai dan ada juga kerja backup yang perlu dibereskan. Saya teruja melihat kesungguhan runner-runner di luar sana yang begitu handal melobi barang-barang yang hendak dijual kepada klien-klien mereka dan dapat menerangkan lebih jelas lagi. Begitulah besarnya peranan runner-runner yang begitu penting dalam bahagian pemasaran. Secara tidak langsung meningkatkan jualan syarikat dan terus berkembang maju dari masa ke semasa. Sesekali mereka akan mengeluarkan duit poket mereka untuk membelanjakan klien-klien mereka dan secara tidak langsung memikat klien-klien menempah barang-barang yang mereka ingini. Segala pengalaman dan ilmu yang mereka ada dapat digunakan sepenuh yang mungkin dan mereka cuba mengelakkan sebarang kesilapan semasa menerangkan kepada klien-klien mereka. Banyak teknik-teknik yang mereka cuba untuk meyakinkan klien-klien mereka dengan penampilan yang menarik serta cara pembawaan yang begitu kreatif dan berkesan. Usaha melobi barang-barang dari syarikat perlu dibuat tanpa rasa jemu dan perasaan malu perlu dibuang ketepi. Yang penting runner-runner tersebut sentiasa dalam keadaan yang berkeyakinan dan tidak takut berjumpa klien-klien yang lebih berpengaruh. (Runner-runner yang mempunyai kontak yang ramai boleh memberi kesan yang begitu besar kepada syarikat terutama dari segi keuntungan yang dicapai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...