Pages

Isnin, 20 Jun 2011

Mencari Kelainan Dalam Perniagaan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Sering kali kita melihat banyak premis perniagaan berlumba-lumba untuk memikat para pelanggannya dengan mencipta kelainan yang tersendiri. Contohnya premis Mc Donald menyediakan perkhidmatan menghantar produk-produknya yang dipesan oleh pelanggan setianya yang berada dalam 5km dari premis Mc Donald yang berdekatan. Jadi ia merupakan tarikan yang tersendiri dan memberi kemudahan kepada pelanggannya dengan adanya perkhidmatan tersebut. Begitu juga dengan farmasi yang menyediakan pemeriksaan kolesterol dan kencing manis untuk pelanggan dan sentiasa berhubung dengan pelanggan tetapnya untuk membuat pemeriksaan kolesterol dan kencing manis pada tarikh berikutnya. Secara tidak langsung pelanggan berasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh premis farmasi tersebut. Ada juga premis farmasi di pasaraya yang menyediakan ruang untuk pelanggan mereka dengan perkhidmatan urutan refleksologi dengan kadar bayaran yang berpatutan dan secara tidak langsung memberi keunikan sesebuah premis farmasi tersebut. Jika anda berada di bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur, mungkin anda berasa selesa dengan kedai 24jam seperti 7-Eleven yang memberi banyak kemudahan sepanjang masa kepada pelanggannya terutama menyediakan mesin pengeluaran wang ATM Ambank yang memberi keselesaan kepada pelanggan Ambank tersebut dan para pelanggan yang lain. Dengan kemudahan ini dapat membezakan premis 24jam yang lain yang jarang menyediakan mesin pengeluaran wang ATM. Ada juga premis atau pasaraya yang membuat promosi jualan yang begitu menarik untuk menarik ramai pelanggan untuk membeli barangan dalam kuantiti yang lebih terkawal. Dengan potongan harga barangan yang begitu menarik dan menyediakan voucher yang begitu banyak kepada pelanggan menyebabkan pasaraya tersebut menjadi lebih meriah dan hidup dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti futsal, pameran, pertandingan melukis dan persembahan artis-artis jemputan. Ada juga premis yang menyediakan produk-produk yang berbeza dengan pesaing mereka dan ini memberi identiti yang tersendiri tanpa ditiru oleh pesaing yang lain. Saya tertarik juga melihat ada premis di Kluang yang menjual makanan dan sayuran organik kepada pelanggan. Yang menariknya ramai juga pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi premis tersebut untuk mendapatkan makanan yang lebih berkhasiat. Mungkin ini sesuatu yang istimewa yang tidak ada di pasaraya-pasaraya lain yang berdekatan. Dalam perniagaan, kita perlu mencipta satu kelainan untuk memikat hati pelanggan dan bagaimana kita dapat meneruskan perjalanan perniagaan kita pada masa yang datang yang lebih kompetetif.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...