Pages

Khamis, 30 Jun 2011

Tarikan Pelanggan.


Puas juga saya mencari jawapan mengapa warung tersebut tiada pelanggan. Rupa-rupanya tiada televisyen dan layar skrin tv yang besar yang sudah pasti menarik ramai pelanggan terutama peminat-peminat bola sepak. Semalam kita dapat melihat perlawanan bola sepak antara pasukan negara kita, Malaysia menentang Taiwan semalam dengan kemenangan yang tipis. Apabila sampai di sebuah restoran pula terdapat ramai pelanggan yang sudah lama berkumpul disitu sambil menonton perlawanan bola sepak melalui skrin televisyen. Begitu juga sebelum ini ramai yang makan bersama keluarga dan sahabat handai di restoran tersebut dengan menonton rancangan Maharaja Lawak peringkat akhir di restoran yang mempunyai skrin tv yang besar dan selesa. Selain itu mungkin makanan dan minuman yang sudah pasti sedap dan menyelerakan boleh menambat hati pelanggan dengan harga yang berpatutan. Yang penting mereka tahu apa pelanggan mahukan bukan sekadar syok sendiri untuk membuka perniagaan. Begitu juga premis-premis perniagaan yang lain memberi kemudahan dengan menyediakan barang yang pelbagai dan mencukupi. Janganlah membuatkan pelanggan berasa bosan sekiranya barang tiada di dalam kedai dan menyebabkan pelanggan beralih ke kedai yang lain. Perkhidmatan yang begitu baik sekali dengan senyuman yang mempersonakan dapat menarik ramai pelanggan masuk ke dalam premis perniagaan. Dengan ini dapat membantu meningkatkan lagi prestasi jualan di premis tersebut.(Senyum-senyumlah selalu kepada pelanggan, mudah-mudahan rezeki mudah masuk)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...