Pages

Memaparkan catatan dengan label Selamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2012

Terkena Litar Pintas

Pagi-pagi sudah berlaku litar pintas di kedai menyebabkan bahagian belakang tidak boleh berfungsi dengan baik. Terpaksalah rakan sekerja memanggil kenalan yang mahir bab-bab elektrik. Jadi terpaksa menunggu rakan tersebut membaiki bahagian yang terkena litar pintas. Mungkin disebabkan pemasangan pendawaian yang tidak sekata dan tidak boleh bertahan lama menyebabkan litar pintas berlaku menyebabkan staf senior dan junior tidak dapat menjalankan solat fardhu maghrib dengan sebaik yang mungkin pada hari semalam. Tiba-tiba saya teringat semasa saya menguruskan kedai dengan staf senior, tiba-tiba sahaja berlaku litar pintas di waktu pagi dan saya terus menelefon TNB untuk pemeriksaan di kedai. Apabila datang kakitangan TNB, dia memberi nombor telefon juruelektrik yang boleh mengesan litar pintas di kedai. Apabila juruelektrik datang ke kedai, dia terus memeriksa kotak utama elektrik di bahagian depan kedai. Rupa-rupanya memang ada bahagian yang hangus terbakar dan juruelektrik memberitahu kepada saya untuk menukar dengan yang baru. Selepas dibaiki bahagian yang rosak, dia meminta bayaran kepada saya. Pernah juga berlaku di taman, terdapat berlakunya kebakaran yang disebabkan litar pintas, memang mengejutkan juga orang-orang di taman pada sebelah tengah malam yang hening dan saya ternampak ada orang yang mengusung mangsa kebakaran dan mengalihkan barang-barang berharga ke tempat yang selamat. Sememangnya litar pintas memberi kesan yang buruk kepada orang ramai dan sentiasa mengetahui keadaan litar pintas. Adakala pendawaiannya tidak dalam keadaan yang begitu baik menyebabkan berlakunya litar pintas.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Berangkat Ke Tanah Suci.

Salam untuk pengikut blog yang sporting dan semoga hidup anda lebih ceria bersama dengan rakan-rakan dan keluarga pada hujung minggu ini. Sudah lama saya tidak mengemaskinikan blogspot saya kali ini setelah menghantar kedua ibubapa saya yang telah berangkat ke tanah suci. Alhamdulillah, akhirnya mereka selamat sampat di Jeddah dengan menghubungi saya pada sebelah malam. Memang terharu apabila mereka ingin melepasi garis biru tersebut sambil melambai-lambai kepada mereka di Lapangan Terbang Senai, Johor. Bermacam-macam gelagat keluarga yang ingin menghantar jemaah haji. Ada yang makan beramai-ramai dengan duduk bersila dengan membawa makanan sendiri dan ada yang mengambil gambar kenang-kenangan dengan jemaah haji yang akan bertolak ke Jeddah pada sebelah tengahari. Memang perasaan itu tidak sama sewaktu saya menghantar isteri saya di situ. Hanya doa ke atas ibubapa saya yang dapat mendekatkan lagi hubungan saya dengan mereka walaupun jauh beribu-ribu batu.

Rabu, 10 Ogos 2011

Mendoakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di UK.


Salam untuk para pembaca yang budiman. Semalam kita telah melihat rakaman video mengenai pelajar Malaysia yang mengalami kecederaan di rahang setelah dipukul oleh beberapa perusuh di London dan kemudian barang didalam bagnya dicuri oleh perusuh tersebut. Amat membimbangkan keadaan yang menimpa para pelajar kita di Britain dan kita mengharap mereka dalam keadaan yang lebih selamat. Ditambah pula para pemain badminton negara kita mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia ini mungkin boleh menjejaskan prestasi persembahan mereka untuk merangkul piala kali dengan keadaan yang tidak menentu disana. Kita juga menharapkan kerajaan Malaysia dapat membuat sesuatu untuk mengelakkan sebarang perkara yang lebih buruk terutama di London, Manchester, Liverpool dan kawasan yang berisiko. Kita rakyat Malaysia hanya mampu berdoa supaya rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar disana dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam rusuhan di negara tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...