Pages

Jumaat, 26 Ogos 2011

Balik Kampung.


Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa kepada rakan-rakan Facebook, Twitter, Myspace, Nuffnang dan Gengblogger. Ramai antara kita sudah balik kampung halaman masing-masing memandangkan hari esok ramai yang sudah bermula untuk bercuti panjang sempena Hari Raya yang akan kunjung tiba tidak lama lagi. Ada rakan-rakan yang masih bekerja seperti rakan-rakan saya yang bekerja di bank sudah pasti hanya dapat bercuti pada hari Selasa sehingga Khamis minggu hadapan dan memulakan tugas pada hari Jumaat pula. Ramai juga yang menaiki bas ekspres ke utara, pantai timur dan ke selatan. Yang tidak dapat membeli tiket bas ekspres, mungkin menggunakan alternatif lain seperti menumpang kereta rakan, membeli tiket penerbangan, menempah teksi dan menaiki keretapi. Kalau tidak dapat balik ke kampung, sudah pasti rasa hiba dan syahdu bila terdengar gema takbir di pagi raya dan terlepas peluang untuk bersalaman dengan ibubapa, sanak-saudara dan rakan-rakan lama. Memang seronok bila balik kampung bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Bila balik ke kampung halaman, berhentilah seketika di hentian-hentian seperti Petronas yang sudah pasti menyediakan minuman-minuman yang tidak menyebabkan mengantuk seperti kopi. Sememangnya kita juga hendak mengelakkan kesesakan di lebuhraya, jadi pilihlah waktu yang kurang sibuk dan selamat. Pandulah kereta ketika balik kampung secara berhemah dan sentiasa memeriksa kenderaan sebelum bertolak. Semoga perjalanan anda selamat ke destinasi yang ingin dituju.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...