Ahad, 7 Ogos 2011
Hujung Minggu Bulan Ramadan.
Hujung minggu pertama dalam bulan Ramadan ini, ada para pembaca yang mengambil kesempatan berehat di rumah setelah penat bekerja. Sesekali dalam waktu senggang, ada yang mengaji Al Quran, berzikir dan bertasbih untuk mendapat banyak ganjaran pahala dalam bulan yang penuh keberkatan. Ada yang membuat kueh raya, kerepek, menjahit pakaian raya dan mendapat berita-berita terkini dengan membaca akhbar-akhbar popular di Malaysia. Memang seronok dapat berkumpul bersama dengan keluarga pada hujung minggu dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah yang boleh menjana kewangan. Selain itu ada rakan-rakan kita yang rajin berdikari membantu ibubapa dan rakan kenalan menjual kueh-mueh dan minuman di Bazaar Ramadan untuk mendapatkan wang tambahan untuk persiapan hari raya ini. Ada rakan-rakan kita yang mengambil peluang untuk mengucapkan pesanan Ramadan dan berhubung dengan rakan-rakan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain dan berkongsi cerita dan resepi masakan melalui blog bersama pengikut-pengikut mereka yang begitu setia. Bukan itu sahaja ada rakan-rakan kita yang rajin mengecat rumah dengan cat-cat terkenal seperti Nippon Paint dan juga membersih rumah. Macam jiran saya, sempat juga dia memperbesarkan ruangan dapurnya sambil membantu pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk menyiapkan bahagian dapur dalam waktu perayaan yang terdekat ini. Memang banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pembaca sekalian pada hujung minggu dalam bulan Ramadan. Yang penting anda tidak rasa bosan dengan hanya duduk terperap di dalam rumah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan