Pages

Selasa, 9 Ogos 2011

Berutus Kad Hari Raya Melalui Facebook.


Salam kepada para pembaca yang budiman. Jika dulu kita rancak menghantar kad raya kepada rakan-rakan kita yang jauh di perantauan, sekarang memang mudah dengan hanya klik sahaja di Facebook, anda boleh menyampaikan kad raya secara maya melalui laman paling popular di dunia, Facebook. Baru-baru ini pejabat pos menyediakan kad yang sudah mempunyai setem serta berharga 50 sen dan anda perlu menghantar kepada rakan-rakan anda tanpa perlu membeli setem. Namun kepopularan Facebook tidak dapat digugat, jadi semakin ramai yang selesa mengutus segala khabar gembira melalui Facebook dan yang pasti dengan menggunakan Facebook, anda akan dapat berita semasa mengenai rakan anda dengan begitu pantas sekali walaupun jarang berjumpa. Memang saya akui teknologi seperti ini menyebabkan ramai orang menjadi malas dan sukar bergaul tetapi kita perlu mengambil yang lebih positif melalui Facebook. Mungkin anda sendiri rasa seronok menerima kad raya secara maya melalui Facebook dari rakan yang jauh di perantauan tanpa dapat melihat secara zahirnya sebuah kad raya yang begitu eksklusif untuk anda. Ada antara kita yang rasa terharu menerima kad raya dari rakan-rakan dan sanak-saudara melalui Facebook ini, sekurang-kurangnya rakan anda mengingati anda selalu dan peka perkembangan semasa tentang anda. Dengan adanya kad raya melalui Facebook tentu memberi kelainan dalam menyambut hari perayaan pada masa akan datang. (Tak sabar hendak menunggu Google+ menyediakan kad raya eksklusif untuk peminat-peminatnya)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...