Pages

Rabu, 17 Ogos 2011

Bau Badan Dan Mulut Mempengaruhi Hubungan Kita Dengan Pelanggan.


Salam kepada pembaca yang budiman dan Selamat Berbuka Puasa kepada muslimin dan muslimat. Tidak dapat dinafikan bau-bauan yang sesuai untuk tubuh badan kita dapat mempengaruhi pelanggan untuk berhubung dengan kita dengan lebih akrab lagi. Jika badan dan mulut kita berbau busuk sudah pasti ramai pelanggan yang lari dan tidak mahu berunding dengan kita dengan sekerap yang mungkin. Kebiasaannya makanan dan minuman yang mempengaruhi bau badan kita selain kita mengalami stress berlebihan yang boleh menyebabkan kemurungan. Kebiasaanya makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, soya dan makanan berdaging seperti daging lembu boleh memberikan bau badan yang cukup memualkan disamping kurangnya membersihkan diri dengan mandi yang tidak terlalu kerap. Jadi kita kenalah rajin minum air masak atau air mineral sekerap yang mungkin untuk mengurangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria pada badan kita. Malah makanan yang berempah, makanan ringan dan makanan segera boleh menyebabkan bau badan yang berlebihan. Ditambah pula jika kita makan bawang, petai, jeruk dan jering boleh menyebabkan badan dan mulut kita berbau. Minuman yang beralkohol juga perlu dielakkan kerana alkohol yang berada didalam badan akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi kita perlulah mengelakkan makanan dan minuman tersebut yang boleh menyebabkan badan kita berbau busuk. Sentiasalah menggunakan pewangi-pewangi yang sesuai untuk tubuh dan mulut ketika berdepan dengan ramai pelanggan di dalam premis perniagaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...