Pages

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerja Di Musim Perayaan.


Salam untuk rakan-rakan semua dan Selamat Berbuka Puasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain yang beragama Islam. Ada antara kita yang terpaksa bekerja di pagi raya memandangkan tiada staf yang dapat menggantikan tempat mereka. Mungkin tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk menjaga keselamatan negara, membantu pesakit-pesakit di hospital dan sebagainya. Bagi rakan-rakan yang berniaga sudah pasti tidak mahu mengambil risiko dengan membuka kedai atau premis jualan ketika hari raya pertama sehingga hari cuti kemerdekaan memandangkan hampir kesemua bank tutup pada hari tersebut. Bagi rakan-rakan yang bekerja di pasaraya, kedai serbaneka 24jam dan restoran makanan segera mungkin bekerja bergilir-gilir bersama rakan yang lain dalam musim perayaan ini dengan kadar bayaran gaji tiga kali ganda dari hari biasa. Ada yang membuat undian siapa yang bekerja pada musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang perselisihan berlaku. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dengan meminta mereka bekerja pada raya pertama dan kedua walaupun pelbagai alasan yang ditimbulkan untuk bekerja pada hari tersebut. Sebagai majikan perlu faham keadaan pekerja-pekerja mereka yang ingin beraya bersama rakan, keluarga dan sanak-saudara yang terdekat pada hari raya pertama dan kedua. Mungkin dengan memberi sedikit ruang untuk mereka bersama keluarga dan rakan-rakan pada hari perayaan ini dapat memberikan semangat dan kekuatan untuk mereka bekerja pada hari yang berikutnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...