Pages

Isnin, 22 Ogos 2011

Berhati-Hati Di Musim Perayaan.


Salam dan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan Facebook, Twitter, Tagged, Gengblogger dan lain-lain. Sempena musim perayaan ini, kita perlu buat persediaan untuk balik ke kampung halaman dan memantau anak-anak kita supaya tidak bermain mercun dan bunga api. Sejak kebelakangan ini kita selalu terdengar berita mengenai kebakaran yang disebabkan oleh kanak-kanak yang bermain mercun dan bunga api yang boleh menyebabkan banyak kerugian harta benda. Jadi kita sebagai ibu bapa yang mithali sudah pasti sentiasa memerhati gerak-geri anak-anak kita dan tidak bermain dengan kanak-kanak yang nakal di luar sana. Memang tidak seronok sekiranya anak-anak kecil yang putus jari dan terbakar pada muka dan badan. Ini menyebabkan hari raya tidak beerti untuk mereka.
Begitu juga dengan penyelenggaraan kenderaan seperti kereta, mpv serba-guna, van yang sudah pasti memerlukan duit lebih untuk diservis dan dibaiki mana yang rosak sebelum balik ke kampung dengan selamat. Seringkali kita lihat banyak kereta yang tersadai di bengkel-bengkel kereta sebelum meneruskan perjalanan balik kampung pada musim perayaan kali ini. Sudah pasti ramai yang mendapat bonus dan gaji pada pertengahan bulan ini untuk membeli tayar kereta baru dan servis minyak hitam, bearing, radiator dan sebagainya untuk memastikan kereta mereka selamat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Memang tidak seronok jika kereta rosak di tengah jalan disamping kesesakan di lebuh raya. Jadi perlu buat banyak persiapan dengan melihat apa yang kurang terutama bahagian-bahagian kereta yang perlu dibaiki seperti brek, clutch, gear box dan sebagainya.
Dengan menabung duit dari tahun lepas sehingga musim perayaan ini, mungkin ada rakan-rakan yang berasa lapang dada dan tidak terlalu tertekan dengan membuat tabungan duit semata-mata meraikan hari raya bersama rakan-rakan, keluarga dan sanak-saudara yang terdekat. Jadi dengan duit tabungan ini dapat membantu meringankan beban dengan membaiki kenderaan yang memerlukan duit yang begitu banyak.
Sesetengah daripada kita terlalu risau membawa duit yang begitu banyak ketika musim perayaan. Jadi lebih baik membawa kad debit atau kad kredit untuk meringankan lagi dompet atau tas tangan anda. Selain itu dengan adanya kad debit dan kad kredit boleh menyenangkan hati anda ketika berbelanja di saat-saat akhir. Ditambah pula kedua-dua kad tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri.
Jadi untuk musim perayaan kali ini anda perlu berhati-hati terutama ketika di jalan-raya dengan memandu lebih berhemah. Yang penting beritahu kepada polis untuk memantau rumah kita sewaktu balik kampung. Anda juga boleh meminta pertolongan dari jiran yang terdekat dengan kita untuk menjaga rumah kita di musim perayaan kali ini. (Menunggu bila agaknya telefon bimbit menjadi kad debit atau kad credit seperti di negara Jepun)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...