Pages

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bersederhana Dalam Berbelanja.


Salam untuk para pembaca yang budiman. Rasa-rasanya kita sudah memasuki hari yang keenam kita berpuasa. Dalam kita berpuasa dalam bulan Ramadan, ada antara kita yang berjimat-cermat supaya di hari perayaan tidaklah terasa sesaknya duit kita nanti. Ditambah kita perlu menyediakan duit raya untuk kanak-kanak yang bertandang ke rumah kita nanti. Tentu beruntung kanak-kanak sekarang yang sudah pasti tidak sabar untuk mendapat duit raya dan terus menabung ke dalam tabung mereka. Kita yang sudah berkeluarga, sudah tentu perlu bijak berbelanja semasa membeli-belah di Bazaar Ramadan. Jadi perlu pandai mencari makanan dan minuman dalam keadaan yang tidak basi dan hargapun berpatutan. Memang ramai antara kita merungut disebabkan harga makanan dan minuman naik dengan begitu ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas. Sayapun terperasan juga harga keow teow gorengpun naik di Bazaar Ramadan di tempat saya. Mungkin tidak terlalu ketara sangat kenaikannya. Jadi kalau kita ingin mencari juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan, kita perlu meninjau dahulu dari gerai ke gerainya. Perhatikan gerai mana yang ramai pelanggan, boleh jadi makanan dan minumannya sedap dan harganya berpatutan. Sebelum anda membeli di Bazaar Ramadan, anda perlulah menetapkan bajetnya dahulu untuk mengelakkan belanja berlebihan dan yang pasti dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...