Pages

Ahad, 7 Ogos 2011

Membayar Zakat Harta Dapat Menyucikan Jiwa Dan Hasil Pendapatan.


Salam untuk para pembaca yang dihargai. Dalam bulan puasa ini, ada antara kita yang sudah mengeluarkan duit untuk membayar zakat harta kepada amil, anak-anak-yatim dan orang yang berhak menerima zakat. Sememangnya zakat yang dibayar itu dapat menyucikan jiwa yang kurang bersih menjadi lebih jernih lagi. Begitu juga dengan hasil pendapatan yang diterima selama ini dapat dibersihkan dengan berzakat dan menjadi hasil pendapatan lebih berkat lagi. InsyaAllah rezeki akan bertambah murah dengan berzakat dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Ada antara kita yang menyumbangkan zakat di sekolah-sekolah agama Islam dan dengan duit zakat yang diberi itu dapat digunakan pada jalan yang diredhai Allah. Hati lebih menjadi lebih tenang setelah membayar zakat dengan lebih ikhlas dan InsyaAllah kehidupan lebih bermakna pada masa hadapan. Bagi sesiapa yang berniaga, anda digalakkan menunaikan zakat perniagaan anda dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Begitu juga bagi rakan-rakan yang bergaji lebih dari tanggungan, mungkin boleh berunding dengan amil-amil di bahagian pembayaran zakat pejabat agama. Selamat beramal ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga kehidupan anda diberkati Allah. (Rezeki akan bertambah dengan menunaikan kewajipan berzakat)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...