Pages

Khamis, 18 Ogos 2011

Rakan Niaga Yang Serasi Dan Boleh Dipercayai.



Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Tagged, Twitter dan lain-lain. Kali ini saya berbicara mengenai rakan niaga yang mungkin berkongsi dengan anda yang terlibat dalam perniagaan terutama di Bazaar Ramadan. Memandangkan ada antara kita yang mendapat lot tapak perniagaan di Bazaar Ramadan dan berkongsi dengan rakan yang berpotensi untuk mendapatkan keuntungan dalam bulan yang mulia ini. Dengan keserasian tanpa ada perasaan hasad dengki kepada rakan anda, InsyaAllah bisnes anda dalam Bazaar Ramadan ini mendatangkan limpahan rezeki yang lebih berkat lagi. Ditambah pula anda tidak meninggalkan solat fardhu, perniagaan anda lebih berkembang maju dan diredhai Allah. Dengan kepercayaan anda terhadap rakan kongsi anda, InsyaAllah hasil pendapatan yang diperolehi dalam Bazaar Ramadan dapat dibahagikan secara adil dan lebih bersih lagi. Dalam bisnes sekalipun kita perlu ada sikap amanah dan tidak bolehlah menipu rakan kongsi dengan mengambil lebih bahagian pendapatan dalam bulan Ramadan yang lebih berkat lagi. Sebelum masuknya bulan Ramadan, kita sudah berbincang dengan rakan kongsi apakah juadah-juadah atau minuman yang boleh kita jual kepada pelanggan-pelanggan kita di Bazaar Ramadan. Bukan setakat di Bazaar Ramadan, kita boleh mengambil peluang bersama rakan-rakan yang memang satu kepala dengan kita yang boleh merancang untuk membuka bisnes seperti menjual pakaian-pakaian raya, kueh raya dan sebagainya di tapak-tapak yang disediakan oleh pasaraya-pasaraya atau kompleks membeli-belah. Jadi binalah strategi-strategi yang lebih kreatif yang dapat menarik ramai pelanggan yang berkunjung ke tapak perniagaan anda. Yang penting kerjasama dan keserasian rakan niaga anda dan anda sendiri menciptakan hasil pendapatan yang melebihi sasaran jualan yang telah dibuat dan diberkati Allah. (Jika zaman kanak-kanak merancang mendapat duit raya bersama rakan, zaman remaja atau dewasa sudah pasti merancang bisnes bersama rakan niaga dalam bulan Ramadan)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...