Jumaat, 7 Disember 2012
Mencari Jodoh Dengan Kaedah D.U.I.T.
Salam kepada semua rakan-rakan Facebook, blogger, Nuffnang, Twitter, Google+ dan lain-lain. Lama saya tidak mengemaskinikan entry di blogspot memandangkan hujung tahun yang sibuk dengan cek stok dan juga saya berpindah ke tempat lain. Sebelum saya hendak ke masjid hari ini untuk menunaikan solat Jumaat, sempatlah juga mendapat tip-tip yang berguna dari penceramah agama untuk rakan-rakan yang beragama Islam yang sukar bertemu jodoh. Memang kalau segan dan sukar untuk bercakap dengan orang merupakan halangan utama untuk mencari jodoh, apa salahnya kita menggunakan orang tengah khususnya ibubapa yang mencari jodoh kita di saat-saat akhir begini. Memanglah tak serasi pada mulanya tapi bila lama kelamaan ia menjadi lebih akrab dan rapat dengan restu ibubapa. Yang penting anda di luar sana yang sukar bertemu jodoh boleh mempraktikkan kaedah D.U.I.T. D sudah pasti anda perlu rajin berdoa dan doa merupakan senjata yang amat berguna jika kita mengamalkannya untuk menyelesaikan apa-apa masalah dan mencari jalan penyelesaian. Anda boleh mengamalkan dengan membaca Ayat 89 Surah Al Anbia' untuk mencari jodoh. Selain itu anda boleh mengamalkan dengan membaca Ayat 4 dan 81 Surah Yusuf dan Ayat 24 Surah Al Qasas. Untuk mendapatkan bakal isteri yang lebih baik,anda digalakkan membaca Ayat 74 Surah Al Furqan. Selain itu doa ibu amat penting dan dimakbulkan Allah dalam mencari jodoh. Begitu juga sekiranya kita mengalami masalah rumahtangga kita boleh meminta ibu kita doakan yang terbaik untuk rumahtangga kita. U pula merupakan usaha kita. Dengan kita berusaha mencari jodoh, kita boleh meminta pertolongan rakan-rakan kita yang boleh dipercayai untuk berhubung dengan orang yang kita ingini. Tidak salah kalau kita berkenalan dengan ramai orang dengan cara yang terkawal dan memilih yang terbaik untuk mencari teman hidup kita. I pula merupakan ikhtiar yang mana anda mengetahui keturunannya dan latar belakang keluarga secara dekat. Seboleh-bolehnya kita perlu mencari keturunan dan latar belakang keluarga yang baik walaupun dari bangsa yang berlainan. Jika jauh dari segi hubungan saudara lebih kuat genetiknya dan kurangnya risiko waris kita mendapat penyakit. Yang akhirnya, T adalah tawakal, kita sentiasa berserah kepada Allah semoga jodoh yang kita temui memberikan terbaik untuk kehidupan kita dan diberkati Allah. Semoga tip-tip yang saya perolehi dari penceramah tersebut dapat dikongsikan bersama anda semua.
Sabtu, 10 November 2012
Jom Guna Autoresponder!
Selamat bercuti kepada warga-warga blogspot, Facebook, Twitter, Google+, Gengblogger dan NuffnangX yang akan membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat yang menenangkan sempena cuti sekolah. Ada yang sudah menerima gaji sebelum Hari Raya Deepavali dan merancang untuk menyimpan duit untuk perbelanjaan bulan hadapan. Bagi rakan-rakan yang terjun dalam bidang bisnes, saya ingin mencadangkan anda mencuba autoresponder untuk mempromosi produk anda kepada pelanggan-pelanggan dengan begitu cepat sekali. Anda boleh memperolehi dan mempelajari kaedah ini dengan melayari http://www.GetResponse.com/ dan http://www.aweber.com. Jika anda menggunakan program autoresponder ini, anda perlu menuliskan mesej terutama tentang promosi barang dan mesej yang anda ingin sampaikan akan sampai kepada penerima-penerima email dengan secara automatik. Mudah bukan!
Jumaat, 9 November 2012
Waspada Email Yang Mencurigakan!
Baru-baru ini saya ada menerima email yang menyatakan saya mendapat hadiah yang memang tidak masuk akal yang meminta saya membalasnya balik dengan memberi data-data yang penting kepada mereka. Memang ramai pengguna Yahoo! ada yang menerima email yang bukan-bukan sebegini yang mungkin menjadi scam atau mengintip segala data yang masuk di dalam akaun Yahoo!. Dengan nasihat rakan saya yang lebih berpengalaman dalam bidang IT, dia mencadangkan saya mengubah nama atau password serta membina alamat email yang baru untuk mengelakan data-data dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sememangnya kita sebagai pengguna mesti mengetahui selok-belok dalam mengenali scam, phishing dan sebagainya supaya maklumat-maklumat yang penting tidak mudah dicerobohi. Ada sesetengah rakan-rakan kita yang tidak membuka email yang mencurigakan dan terus mengabaikan email yang boleh bertindak sebagai spam dan phishing. Dengan mengubah password yang panjang dengan menyertakan abjad atau nombor menyukarkan pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab untuk membuka email kita.
Rabu, 24 Oktober 2012
Ganti Rugi Mengikut Syarat Dan Terma.
Tentu anda geram bila barang yang anda hantar kepada penerima mengalami kerosakan atau pecah dan anda terpaksa menghubungi bahagian khidmat pelanggan bahagian kurrier yang terlibat. Bagi sesiapa yang pernah bekerja di bahagian retail atau pasaraya mungkin berdepan risiko sebegini setelah bahagian penerima membuat aduan kepada penghantar. Jika anda sebagai penghantar barang mungkin anda akan menghubungi bahagian kurrier tentang masalah barang yang pecah atau rosak sebelum bahagian pengurusan kurrier menyelesaikan masalah dengan menghubungi penerima. Jadi bahagian pengurusan kurrier menghubungi anda untuk mengetahui harga kos barang yang pecah atau rosak yang diterima oleh penerima. Jika jumlah harga kerosakan barang melebihi daripada harga yang perlu dibayar oleh syarikat kurrier, anda sebagai penghantar perlu membuat laporan kepada syarikat tentang kerugian yang perlu ditanggung. Anda sebagai pelanggan kepada syarikat kurrier perlu mengikut syarat dan terma yang terkandung dalam salinan resit yang diberikan oleh syarikat kurrier. Jadi sebelum anda ingin menghantar barang kepada penerima, anda perlu pastikan barang berkaca perlu dibungkus dengan menggunakan beberapa lapis kertas yang tebal atau plastik yang mengandungi kedapan udara untuk mengelakkan barang tersebut pecah atau rosak. Pastikan kotak tersebut dilekatkan dengan label mudah pecah atau 'fragile' untuk memastikan pihak kurrier dapat menghantar barang mudah pecah atau rosak dengan begitu baik. Jika anda tidak berpuashati dengan bayaran gantirugi dari syarikat kurrier, anda boleh membuat insuran yang dapat kadar yang telah ditetapkan atau anda beralih membuat akaun kurrier yang lebih baik dan kompetetif.
Isnin, 15 Oktober 2012
Kudat Yang Segar Dalam Ingatan.
Bila saya dan isteri menonton TV3 mengenai Janji Ditepati yang berlangsung di Kudat semalam mengembalikan memori saya dan isteri saya tinggal di bandar yang cukup tenang dan tidaklah sesibuk mana berbanding di Tuaran dan Sandakan. Memang tempatnya berada di penghujung pulau Borneo yang sudah pasti menggamit ramai pengunjung terutama dari Semenanjung untuk mengenali Tips of Borneo dengan lebih dekat. Sememangnya jika anda berada di pinggir pantai bandar Pitas, anda mungkin terpandang sebahagian penghujung Sabah dan bandar Kudat tersebut. Jika dari segi sejarahnya Kudat pernah menjadi pusat pentadbiran sebelum berpindah ke Kota Kinabalu. Dengan kedudukannya yang hampir dengan Pulau Palawan, Filipina sudah pasti memberi satu tarikan dan menjadi potensi untuk menghubungkan dengan dunia luar terutama dari segi ekonomi, perdagangan dan perlancongan.
Selasa, 2 Oktober 2012
Mencari Kelainan iPhone 5.
Salam dan selamat menjamu hidangan tengahari bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain. Sudah lama saya tidak mengemaskinikan blogspot dan mungkin kali ini ada semangat baru untuk membuat entry terbaru dalam bulan Oktober ini. Ramai rakan kita yang menantikan peranti keluaran terbaru dari Apple ini dan ada syarikat-syarikat telco seperti DiGi dan Maxis sudah bersiap sedia menyediakan nano sim dan promosi hebat untuk pelanggan setia mereka. Jika sebelum ini kita lihat ramai pelanggan di Tokyo, Hong Kong dan New York yang sanggup beratur untuk mendapatkan peranti yang terhebat ini. iPhone 5 yang terbaru kali ini lebih nipis, ringan dan mempunyai skrin yang cukup besar berbanding iPhone 4s yang menggunakan micro sim. Memang banyak applikasi yang disediakan oleh Apple untuk peranti terbaru ini. Jadi bagi penggemar-penggemar android mungkin merasakan hanya bentuk iPhone 5 yang berubah berbanding iPhone sebelumnya. Tidak banyak yang berubah dari segi sistem, tetapan dan penyelarasannya.
Khamis, 30 Ogos 2012
Janji Ditepati.
Salam dan selamat menjamu selera makan tengahari bersama keluarga dan rakan-rakan sekalian. Esok kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 dengan penuh gemilang. Walaupun ada antara kita yang akan beraya di rumah jiran tetangga dan membuat rumah terbuka pada hari esok, kita tetap menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh kesyukuran dengan nikmat keamanan di negara tercinta ini. Tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan akan berlangsung di depan Kluang Mall, Jalan Rambutan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani B. Othman bermula jam 7 pagi esok. Kebanyakan premis-premis perniagaan dan kawasan perumahan mengibarkan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing sejak bulan lepas. Seharusnya kita lebih bersemangat untuk meraikan bersama dan menghayati kemerdekaan dengan lebih jitu. Dengan slogan Janji Ditepati yang memberikan jaminan yang lebih baik lagi untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang. Semoga kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan setia kepada negara dan bangsa Malaysia yang tercinta.
Rabu, 22 Ogos 2012
Menguruskan Kewangan Pada Musim Perayaan.
Salam aidilfitri kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Twitter, Nuffnang, Gengblogger dan Google+. Kita masih lagi dalam musim perayaan, ada yang sudah mula bekerja pada hari ini terutama pekerja-pekerja bank dan ada yang masuk bekerja pada minggu hadapan terutama guru-guru yang masih beraya di kampung halaman. Seronok bukan jumpa rakan-rakan lama dan baru selain bersolat sunat hari raya di masjid. Dalam keseronokan berhari raya, kita adakala terleka dengan banyaknya duit mengalir seperti air dengan memberi duit raya kepada kanak-kanak, membeli-belah kelengkapan raya seperti kueh raya di pasaraya dan penggunaan petrol yang tinggi untuk perjalanan jauh ke rumah sanak-saudara yang sudah pasti menyesakkan perbelanjaan anda di musim perayaan ini. Untuk mengelakkan kehabisan duit semasa musim perayaan ini anda digalakkan membuat perancangan perjalanan anda mengikut kemampuan anda sendiri ibarat anda mengukur baju anda sendiri. Sebelum anda ingin pulang dari kampung, pastikan anda memeriksa kenderaan anda dengan penuh teliti dengan melihat minyak hitamnya, air pada coolant,plug , tayar yang tidak botak dan sesekali anda melihat air brek. Kadang-kadang kenderaan anda mudah meragam di pertengahan perjalanan, jadi sebagi langkah awal anda perlu menghantar ke pusat servis untuk memeriksa kenderaan anda terlebih dahulu sebelum anda pulang dari kampung halaman. Pastikan anda memiliki buku 555 untuk mencatit perbelanjaan anda dalam musim perayaan ini untuk mengetahui pengaliran wang dan dapat mengawal perbelanjaan dengan mudah. Elakkan penggunaan kad kredit kecuali jika anda dalam keadaan yang tidak mengizinkan seperti tertinggal pesawat dan sebagainya. Sudah pasti kad debit memudahkan anda berbelanja tanpa perlu membawa duit yang banyak, jadi anda perlu bijak mengawalnya. Maklumlah wang plastik, sudah pasti anda tidak perasan duit mengalir dengan derasnya. Sebagai seorang suami sudah pasti kita perlu memantau pembelian yang dibuat oleh isteri kita, jadi kita perlu menasihati isteri kita supaya bijak berbelanja dan pandai menguruskan perbelanjaan dengan betul. Sentiasa berbincang dengan isteri untuk menabung selepas musim perayaan dan agihkan duit gaji mengikut keadaan keperluan. Ada sesetengah kita mengamalkan 1/3 duit gaji untuk simpanan, 1/3 lagi untuk membayar hutang seperti hutang perumahan, hutang kereta dan hutang kad kredit dan 1/3 lagi untuk perbelanjaan harian. Selain itu anda boleh mengajar anak anda menabung duit raya ke dalam buku simpanan banknya dan melatihnya membuat buku belanjawan untuk mengelakkan anak-anak anda membeli barang-barang yang tidak berfaedah seperti mercun dan makanan ringan. Jadi segala tip-tip yang saya berikan dalam entry kali ini dapat memberi manfaat berguna kepada rakan-rakan semua.
Rabu, 15 Ogos 2012
Persiapan Menjelang Hari Raya.
Salam dan selamat berpuasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Google+, Nuffnang, Twitter, Gengblogger dan mface yang beragama Islam. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut hari lebaran yang menyatukan kita sekeluarga dan merapatkan hubungan siraturrahim bersama rakan dan sahabat-handai. Memang banyak tempahan-tempahan seperti kueh raya, baju raya yang diperolehi pada minggu terakhir dan ada yang sempat membayar zakat kepada asnaf-asnaf di masjid dan pasaraya yang berhampiran sebelum hari perayaan. Ada rakan-rakan kita yang sudah menerima bonus raya dan duit pendahuluan gaji untuk menukar duit raya yang baru di bank dan membeli-belah barang-barangan raya di pasaraya dan bazaar Ramadan. Yang penting duit yang diterima dapat dibelanjakan dengan betul dan elakkan pembaziran dengan membeli barang-barang yang tidak berfaedah seperti mercun. Setiap hari khususnya pada penghujung bulan Ramadan, kita selalu terbaca mengenai kes yang melibatkan mercun. Jadi kita sebagai ibubapa perlulah menasihati anak-anak kita supaya tidak bermain mercun dan sentiasa memantau anak-anak kita bermain di luar sana.
Sebelum balik ke kampung halaman, kita boleh memberitahu kepada jiran untuk melihat rumah kita semasa musim perayaan dan perlulah mengisi borang maklumat di balai polis untuk keselamatan semasa bercuti. Selain itu anda pastikan kenderaan anda diselenggarakan dengan begitu baik dan gantikan mana yang rosak terutama dibahagian enjin, brek dan tayar kereta anda. Yang penting kewangan anda dalam musim perayaan dalam keadaan yang stabil dan elakkan berhutang kecuali menggunakan kad kredit pada waktu kecemasan sahaja. Sebelum mengundurkan diri, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan yang mengenali diri saya! Jumpa lagi selepas Hari Raya nanti dengan entry-entry menarik.
Jumaat, 10 Ogos 2012
Pandelela Rinong Menceriakan Kem Malaysia.
Akhirnya muncul juga pingat gangsa yang dihadiahkan oleh Pandelela Rinong untuk rakyat Malaysia setelah Datuk Lee Chong Wei memperolehi pingat perak untuk Malaysia dalam sukan Olimpik yang berprestij di London. Setelah penerjun-penerjun pasukan Malaysia berjuang untuk mendapatkan pingat, Pandelela telah menceriakan kem Malaysia pada penghujung edisi kali ini dan menjadikan Malaysia dikedudukan ke 50 bersama kontijen Thailand dan Indonesia dalam pungutan pingat. Dalam acara terjun 10m ini, nampaknya penerjun dari China, Chen Roulin memenangi pingat emas dan diikuti dengan pingat perak yang diraih oleh penerjun Australia. Jadi kita rakyat Malaysia harus berasa berbangga dengan kejayaan diraih oleh penerjun dari Sarawak dan Datuk Lee Chong Wei. Pencapaian di Sukan Musim Panas Olimpik Di London lebih baik berbanding di Beijing sebelumnya dengan Malaysia mengutip 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada Pandelela Rinong dan Datuk Lee Chong Wei! Jumpa lagi di Sukan Olimpik Musim Panas di Rio de Janeiro, Brazil 4 tahun dari sekarang.
Sabtu, 4 Ogos 2012
Lee Chong Wei vs Lin Dan.
Salam dan selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan Facebook, Myspace, Nuffnang, Twitter, Google+, Gengblogger dan Blogspot. Esok, pertembungan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan dari negara China yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. Adakah Datuk Lee Chong Wei mampu untuk menjinakkan Lin Dan dan memperolehi pingat emas pertama untuk Malaysia pada hari esok? Sama-sama kita saksikan perlawanan akhir badminton bahagian lelaki yang sudah pasti memberi debaran yang kuat kepada rakyat Malaysia yang menantikan pingat emas yang begitu berprestij dalam sukan Olimpik kali ini di London. Setelah Datuk Lee Chong Wei menewaskan Chen Long di semi final semalam memberikan sinar baru untuk seluruh rakyat Malaysia yang mengharapkan sesuatu keputusan yang lebih baik dari edisi Olimpik sebelumnya. Kita mengharapkan pingat perak akan menjadi pingat emas jika Datuk Lee Chong Wei mengatasi lawannya yang begitu handal dan mengetahui kelemahan lawan dengan sebaik yang mungkin.
Jumaat, 27 Julai 2012
Olimpik London 2012 Bermula.
Ada beberapa jam lagi kita akan menunggu acara pembukaan gilang-gemilang Sukan Olimpik Musim Panas 2012 yang akan berlangsung di London. Sememangnya tumpuan kita rakyat Malaysia menantikan pingat emas yang boleh disumbangkan dari acara badminton dan sebarang pingat dari acara lumba basikal dan acara terjun. Seramai 30 orang atlet Malaysia yang disenaraikan dan memberikan fokus yang begitu baik terhadap acara yang mereka sertai. Nama-nama besar seperti Dato Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Mohd. Azizulhasni, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong dan Bryan Nickson Lomas dapat memberi inspirasi baru kepada atlet-atlet Malaysia yang bertanding dalam temasya sukan yang terbesar di dunia. Sebelum ini kita meraih pingat perak di Beijing dalam acara badminton. Bagi rakyat Malaysia, mereka mengharapkan tuah kali ini untuk mendapat seberapa banyak pingat dan yang pastinya pingat emas yang ditunggu-tunggu selama ini.
Rabu, 25 Julai 2012
Ramadan Yang Dinantikan.
Salam Ramadan untuk rakan-rakan Facebook, Twitter, Nuffnang, Myspace, Gengblogger dan Blogspot yang beragama Islam. Hari ini hari yang kelima kita berpuasa di bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang memberikan limpahan rezeki bagi peniaga-peniaga di Bazaar Ramadan. Ada yang telah membuat tempahan awal untuk kueh raya, baju raya dan sebagainya sebelum hari raya tidak lama lagi. Ada yang menumpukan amal ibadah di bulan yang memberikan banyak pahala dengan mengerjakan solat terawih di surau atau masjid disamping bertadarus Al Quran bersama rakan dan ada yang membuat persiapan lebih awal dengan mencari kerja sampingan dengan berniaga untuk menampung perbelanjaan yang begitu besar semasa musim perayaan nanti.
Alhamdulillah nampaknya saya berasa kerja semakin lancar dan dapatlah juga bersembahyang terawih di surau yang sudah dinaikkan taraf. Terasa tenang bila mengerjakan solat terawih di surau yang begitu selesa dengan penuhnya jemaah yang turut serta kali ini. Ada rasa kelainan dalam bulan yang merupakan penghulu segala bulan yang memberikan banyak ganjaran pahala terutama pada malam Lailatul Qadr. Sememangnya bulan Ramadan memberikan banyak keistimewaan dan sentiasa dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Khamis, 5 Julai 2012
Pinjaman Peribadi Ambank Untuk Pekerja Swasta.
Salam untuk rakan-rakan Facebook, Twitter, Nuffnang, Gengblogger dan lain-lain. Semoga anda dapat menjamu selera dengan rakan-rakan dan keluarga. Baru-baru ini, ada rakan saya yang bekerja di Ambank memaklumkan pinjaman peribadi boleh dibuat oleh pekerja swasta. Sebelum ini saya pernah bertanya kepadanya tentang pinjaman peribadi pekerja swasta, tetapi dia memberitahu hanya pekerja bahagian perkhidmatan awam yang dibenarkan untuk membuat pinjaman peribadi dengan mengikut terma dan syarat-syaratnya. Jadi bagi pekerja-pekerja swasta yang bergaji RM2,000 keatas boleh memohon pinjaman peribadi melalui Ambank. Mudah bukan! Yang penting anda buat penilaian dan semakan dari segi jadual pembayaran yang diberikan dengan kadar interest yang begitu menarik sekali, bawah 10%. Jadi bagi rakan-rakan (bekerja di swasta yang suka berniaga dalam bulan Ramadhan) yang memerlukan perbelanjaan lebih sempena hari lebaran tidak lama lagi bolehlah memohon pinjaman peribadi melalui Ambank. Pinjaman peribadi perlulah mengikut kemampuan membayarnya balik mengikut ansuran bulanan ditetapkan oleh pihak bank.
Ahad, 1 Julai 2012
Italy Menjadi Pilihan.
Rata-rata ramai peminat bola yang mengatakan Italy dapat menjuarai Euro 2012 yang akan berlansung di Stadium Olimpik, Ukraine esok. Pasukan Azzurri kendalian jurulatih Casare Prandelli akan membuat kejutan sebagaimana mereka telah mengalahkan pasukan pilihan, Jerman untuk menewaskan Sepanyol selaku juara Piala Dunia di Afrika Selatan. Pastinya menarik pertembungan dua pasukan yang terhebat dengan pasukan Azzurri yang memiliki kekebalan di bahagian pertahanan dan mempunyai perancang yang bagus, Andrea Pirlo selain penyeang Mario Balotelli yang akan merobek gawang pasukan La Roja yang memiliki pemain yang begitu aggresif seperti Cesc Fabregas dan Andres Iniesta. Memandangkan formasi yang berbeza dari kedua-dua pasukan memberikan kelebihan Itali untuk mengunci permainan pasukan La Roja dan mereka akan bertindak dengan begitu aggresif pada separuh masa yang pertama dan memberi tekanan pada pihak lawan pada separuh masa yang berikutnya. Peluang Italy untuk menang dalam Euro kali ini begitu cerah. Hanya penalti yang dapat menentukan nasib mereka nanti jika berlaku saingan yang sengit dari pihak lawan.
Rabu, 27 Jun 2012
Pertembungan 4 Pasukan Bertuah Ke Final Euro 2012.
Salam untuk rakan-rakan Facebook, Twitter, Gengblogger, Nuffnang, Myspace dan lain-lain dan selamat menjamu makan tengahari bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Ramai antara kita yang sudah menerima gaji pada penghujung bulan Jun dan meraikan keluarga dengan bercuti dan makan di restoran mewah pada minggu ini. Jadi ada yang tidak mahu ketingalan dengan mengajak rakan-rakan untuk menonton perlawanan separuh akhir antara pasukan Sepanyol (La Roja) yang akan menentang pasukan Portugal yang akan memburu tempat ke final Euro 2012 di restoran 24 jam yang menyediakan skrin TV LCD atau LED yang besar pada pagi esok. Mampukah C. Ronaldo dari pasukan Portugal mengulangi kejayaannya menjaringkan gol seperti perlawanan dengan pasukan Rep. Chech atau pemain veteran, Xabi Alonso dari La Roja yang boleh menggerakkan jentera pasukannya untuk menggempur pasukan lawannya? Begitu juga perlawanan yang dijangka menarik antara pasukan Jerman yang akan memberikan saingan yang begitu kompetetif ke atas pasukan Azzuri (Itali) pada hari yang berikutnya. Kita nantikan pasukan manakah yang layak ke final nanti!
Selasa, 19 Jun 2012
Pengajaran Dari Pasukan Orange.
Ramai yang tidak menyangka pasukan yang pernah menjadi naib juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan menunjukan prestasi yang begitu buruk sekali dengan menhasilkan 0 mata dalam kumpulan B dalam Euro 2012. Sememangnya banyak pemain yang ternama seperti Robin van Persie yang tidak serasi dengan pemain-pemain lain yang menyebabkan pasukan Orange kalah dalam semua perlawanan dalam kumpulan B. Ada yang mengatakan corak permainan mereka tidak begitu berkembang berbanding pasukan Jerman yang jauh lebih cemerlang. Kita boleh melihat bagaimana jurulatihnya, Bert van Marwijk yang membuat formasi di padang yang mudah dibaca oleh pihak lawan untuk menyerang mereka dengan begitu pantas dan membuat penyudah yang begitu baik di pintu gol. Jadi ramai peminat Orange yang kecewa dengan mutu permainan mereka dan mereka mengharapkan pemain-pemain Orange bersatu dan boleh memberikan impak yang lebih baik pada Piala Dunia 2014 di Brazil.
Jumaat, 15 Jun 2012
Menjadi Bapa Contoh.
Salam untuk semua rakan-rakan Facebook, Twitter, Nuffnang, Myspace, Gengblogger dan lain-lain. Selamat menjamu selera makan tengahari bersama keluarga dan juga rakan-rakan sekalian. Bagi rakan-rakan lelaki yang beragama Islam sudah bersedia mengerjakan solat Jumaat di masjid. Sebelum saya ke masjid, sempat juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa dan bapa mertua saya serta rakan-rakan sebaya saya yang sudah bergelar bapa. Memang seronok bila anak-anak kita memanggil kita seperti abah, ayah, baba, daddy, walid atau sebagainya. Memang rasa seronok bila ada anak-anak yang memberi hadiah seperti jam tangan ,buku ,pen , sapu tangan atau spek mata hitam sempena Hari Bapa yang sudah pasti hanya sekali setahun kita merai bersama dengan keluarga tercinta. Sesekali kita membelanjakan mereka di restoran-restoran yang eksklusif seperti Secret Recipe atau Nandos sempena hari yang begitu dinantikan oleh bapa-bapa seluruh dunia.
Kita yang bergelar bapa perlu memberi contoh yang baik untuk anak-anak kita yang sudah pasti mengikut apa yang kita lakukan setiap hari. Ibarat bapak borek anak rintik, jadi anak akan menjadi lebih positif dengan adanya bapa yang memiliki pemikiran yang begitu maju sekali dan sentiasa memberi tunjuk ajar yang begitu baik kepada anak-anaknya yang semakin membesar selain memiliki ketegasan yang begitu baik. Bukan mudah kita menjadi bapa pada era ini dengan adanya teknologi yang begitu pesat membangun yang mempengaruhi pemikiran anak kita selain pengaruh rakan-rakannya. Yang penting, anda sebagai bapa perlu memantau perilaku anak anda supaya tidak terjebak perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti terjerumus dalam kancah dadah dan mat rempit. Kita sentiasa berdoa supaya anak kita menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Jumaat, 8 Jun 2012
Bermulanya Euro 2012.
Salam buat rakan-rakan Facebook, Myspace, Twitter, Nuffnang, Gengblogger dan Blogspot dan selamat menjamu selera makan tengahari bersama keluarga dan rakan-rakan. Nampaknya ramai kaki-kaki bola yang menantikan detik bermulanya Euro 2012 yang berlangsung di Poland pada hari ini yang mana pasukan tuan rumah bersama Ukraine berentap dengan hebat dengan juara Euro sebelumnya, Greece. Memang kehangatan bola sepak Euro 2012 bukan sahaja melanda bumi Eropah, tetapi di Malaysia merasa tempiasnya. Ramai yang menantikan perlawanan yang menarik dari pasukan Belanda menentang Jerman yang sudah menarik sekali pada 13 Jun ini. Kita boleh melihat skil-skil pemain seperti Franck Ribery dan Vaclav Pilar yang begitu tinggi dan bagaimana mereka membuat jaringan yang begitu hebat selain melihat corak permainan yang begitu pantas. Bagi kaki-kaki bola sudah pasti dapat meneka dengan mudah pasukan mana yang layak untuk menang dan mara ke peringkat seterusnya. Seronok juga pasukan pilihan kita yang berjaya mara lebih jauh lagi. Kepada peminat-peminat bola, jangan lepaskan peluang menonton perlawanan bola Euro 2012 yang hanya berlangsung hanya sekali dalam 4 tahun di Astro! (Saya menyokong pasukan Perancis untuk menang Euro kali ini dan rakan saya sebaliknya menyokong Sepanyol menjuarai Euro 2012)
Selasa, 29 Mei 2012
Sudah Mencuba WhatsApp?
Bagi yang mengikuti perkembangan laman sosial yang terbaru, mereka sudah mencuba applikasi WhatsApp yang boleh menghubungkan mereka dengan rakan-rakan yang lain tanpa perlu meminta kebenaran dari rakan-rakan yang baru dikenali seperti Facebook. Yang penting anda boleh mengetahui rakan-rakan yang memiliki applikasi WhatsApp dan berhubung dengan begitu mudah dan selesa. Dengan menggunakan android, iPhone dan Blackberry sudah pasti rakan-rakan mudah mendapatkan applikasi WhatsApp dan terus mendapatkan perkembangan yang terbaru yang berlaku dengan begitu mudah dan cepat.
Jumaat, 18 Mei 2012
Hari Belia Negara.
Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Belia di Putrajaya dan bandar-bandar yang mengambil bahagian untuk menyatukan semua belia yang berlainan agama. Mereka merupakan pemuda-pemudi yang berpotensi untuk menjadi pemimpin dan juga insan yang akan berbakti kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang. Dengan adanya pelapis yang dinamik dan terlatih, mereka dapat membuktikan kemampuan mereka mentadbir negara dan memajukan negara Malaysia yang tercinta dengan bantuan mentor-mentor yang terpilih. Jadi pada 23 Mei ini, anda semua mengambil masa yang terluang untuk bertemu belia-belia yang datang dari segenap pelosok negara dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti futsal di Putrajaya nanti.
Rabu, 16 Mei 2012
Istimewa Hari Guru.
Hari ini hari yang begitu istimewa untuk semua guru yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk melahirkan insan-insan yang berjaya dan memberikan kesan yang begitu positif untuk negara. Kita mesti ingat jasa-jasa yang begitu besar yang dicurahkan oleh guru-guru yang begitu komited dan lebih prihatin tentang perkembangan sesebuah sekolah.
Memang terlalu bermakna jika ada program-program yang menyatukan guru-guru dengan pelajarnya seperti permainan bola sepak, badminton dan acara yang menghiburkan disamping guru-guru mendapat hadiah dari pelajar-pelajarnya. Pasti terpahat kenangan-kenangan yang begitu manis pada Hari Guru yang disambut oleh guru-guru di Malaysia. Bagi para pelajar, mereka seronok dapat melihat bakat-bakat yang terpendam dari guru-guru yang mengambil bahagian dalam acara-acara yang istimewa pada Hari Guru ini.
Peranan guru yang begitu besar untuk mencetuskan pendapat-pendapat yang begitu bernas dan menggalakan para pelajarnya berfikir di luar kotak. Dalam era globalisasi yang begitu pesat, peranan seorang guru menjadi lebih besar dan cara pemikiran guru sudah pasti lebih kehadapan dengan mengetahui banyak serba-serbi ilmu yang lebih luas lagi. Bukan senang untuk menjadi guru yang berjaya kerana peranannya untuk membentuk para pelajar pada masa ini lebih mencabar berbanding para pelajar di era 70an dan 80an. Pengalaman seorang guru itu amat berguna dalam proses-proses membentuk insan-insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Isnin, 14 Mei 2012
Doa Seorang Ibu Untuk Anaknya.
Salam kepada rakan-rakan semua dan semalam kita telah menyambut hari ibu. Jadi sempat juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya serta ibu mertua saya. Sebelum ini ada rakan-rakan sekerja yang membeli hadiah khususnya untuk ibu mereka. Sememangnya pengorbanan ibu begitu besar untuk membesarkan anak-anaknya untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Saya masih mengingati bagaimana ibu saya bersusah payah menjual barangan dari rumah ke rumah sambil mendukung adik saya yang masih kecil dan pengorbanannya begitu besar lagi untuk membantu menyara keluarga kami di Kuantan, Pahang.
Kita mengetahui bahawa syurga terletak ditelapak kaki ibu, jadi segala doa yang dipinta oleh ibu kepada Allah akan mudah dimakbulkan. Jadi kita sebagai anak sudah pasti tidak menjadi anak yang derhaka kepada ibu kita. Sememangnya dalam agama Islam, peranan perempuan sebagai ibu diletakkan pada aras yang tertinggi dimana seorang ibu bersusah payah mengandungkan kita dan melahirkan kita di dunia yang penuh pancaroba. Setiap hari ibu kita berdoa untuk kesejahteraan kita dan mencari jodoh yang sesuai untuk kita. Dengan restu ibubapa, rumahtangga anaknya menjadi lebih selamat dan jodoh menjadi panjang. Sesungguhnya doa dari seorang ibu memberi kesan yang lebih positif untuk anaknya.
Sebelum ini saya ada berjumpa seorang ibu yang mengalami kemurungan disebabkan tindakan anaknya yang menjauhkan diri dari keluarga. Jadi saya mengesyorkannya banyakkan membaca surah Alam Nasrah untuk melapangkan hatinya yang sentiasa gelisah dan berdoa supaya anaknya menghubunginya beserta membaca ayat 102 surah Al Bakarah yang saya perolehi dari rancangan Tanyalah Ustaz di channel 9. Pada minggu berikutnya ada tanda-tanda yang begitu positif dari ibu tersebut dan dia memberitahu kepada saya yang anaknya sudah menghubunginya. Sememangnya doa seorang ibu itu sudah termakbul akhirnya!
Ahad, 13 Mei 2012
Manfaat Besar Android Untuk Generasi Y.
Pada masa sekarang, kebanyakan kita yang tergolong dalam generasi Y memiliki android yang telah dicetuskan oleh Google. Hargapun tidaklah terlalu mahal berbanding IPhone dan Blackberry. Malah banyak applikasi seperti Facebook, Twitter, Google+ dan You Tube boleh diperolehi dengan mudah serta membeli apa-apa permainan dan produk-produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan menggunakan ikon Market di dalam android. Dengan perkembangan android yang begitu pantas, generasi Y boleh memasarkan produk-produk kepada pelangan-pelanggan mereka dengan begitu mudah. Anda juga boleh menggunakan Google Play yang memberikan kepuasan maksima untuk memudahkan kerja anda dengan begitu lancar. Dengan menggunakan Samsung Galaxy Note, anda boleh melukis gambar, menconteng dan mewarna dengan sesuka hati. Jika anda terlalu kreatif, anda boleh menjual karya-karya anda kepada sesiapa yang berminat dengan bakat anda.
Saya juga tertarik dengan ciri-ciri android yang begitu mengujakan, sebagai contohnya penghasilan video dengan menggunakan applikasi You Tube. Dengan adanya premis-premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi, anda boleh menghasilkan video dan disiarkan melalui You Tube. Sungguh mudah bukan! Dengan produk-produk yang anda rakam dan siarkan kepada penonton melalui You Tube, sudah pasti keterangan-keterangan tentang produk-produk yang ingin anda jual kepada pelanggan dapat disampaikan dengan begitu pantas dan video anda boleh disiarkan melalui Facebook, Google+ dan Twitter. Jadi begitu besarlah peranan android pada masa kini khususnya bagi sesiapa yang berminat dalam bidang perniagaan dan pemasaran.
Rabu, 9 Mei 2012
Memiliki Sepasang Mata Yang Tajam Dan Sihat.
Nampak mujarab juga produk yang baru saya makan sebelum ini sehinggakan saya mengesyorkan produk tersebut kepada rakan yang bekerja disebelah. Memang setiap hari kita menghadap komputer sehingga boleh menjejaskan penglihatan kita dan boleh menjadikan kerja tidak begitu lancar untuk mencari produk-produk yang sesuai untuk pelanggan yang berkunjung di premis perniagaan.
Memang beruntung seseorang majikan memiliki staf-staf yang mempunyai mata yang begitu tajam seperti helang dan dapat memerhati gelagat pelanggan yang mencurigakan. Tambahan pula staf-staf begini dapat mengesan kerosakan barang dengan begitu cepat sekali dan menghantar semula kepada pembekal selain mengetahui tarikh luput sesuatu produk.
Memang mata merupakan pancaindera yang sangat hebat dan begitu berguna untuk menjalankan tugas yang begitu penting seperti polis, perisik, pilot, pemandu bas ekspress dan sebagainya. Sebab itu ada beberapa negara terutama Amerika Syarikat menggalakan penduduknya membuat insuran mata.
Mengikut petua orang dulu-dulu, ada yang mencadangkan orang yang mengalami rabun jauh eloklah menyiram kaki dengan air sejuk pada 3 hingga 4 pagi. Namun sekarang ada yang meminum air lobak merah panas setiap hari dan makan vitamin yang mempunyai lutein dan zeaxanthin pada kadar yang optimum dapat membantu penglihatan menjadi lebih tajam dan sihat. Ada rakan-rakan kita yang makan buah kiwi dan minum Prune Inner Shine untuk menyihatkan mata dan menjadikan mata menjadi lebih menarik sekali. Selain itu ada rakan kita yang memanfaat pengambilan Scott Emulsion Original yang mengandungi kandungan DHA yang begitu tinggi khas untuk pembentukan blog-blog sel dalam mata dan otak. Mereka selalu memberikan Scott Emulsion Original kepada anak mereka untuk ketajaman mata dan juga kecerdasan otak.
Bagi sesetengah ahli optimetrik memberitahu kepada pelanggannya bahawa mata hanya boleh bertahan selama 4 jam untuk melihat komputer dan juga TV. Mereka menggalak para pengguna menggunakan monitor berbentuk LCD atau TV berbentuk LCD dan LED untuk mengurangkan kesan yang buruk keatas mata. Selain itu mereka tidak menggalakkan pelanggan mereka melihat skrin android atau komputer tablet ditempat yang gelap yang boleh menyebabkan kadar kerabunan berlaku dengan begitu pantas.
Sesekali kita membina landskap yang benar-benar menghijau dan menenangkan dengan menanam pokok-pokok renek di laman rumah kita. Memang sejuk mata memandang kehijauan pokok-pokok di luar sana setelah menonton TV dan dapat merehatkan mata seketika. Banyak tenaga yang diperlukan oleh mata kita semasa menonton rancangan-rancangan menarik di TV dan menyebabkan mata kita mudah penat.
Sememangnya kita perlu menjaga mata yang begitu berguna dalam apa jenis kerjaya. Jika kita tidak menjaganya dengan begitu baik, sudah pasti menjejaskan kelancaran dari segi kerja dan kehidupan bersama keluarga. Ditambah pula kita terpaksa mengeluarkan lebihan kos untuk membuat sepasang cermin mata yang mempunyai power yang tinggi.
Selasa, 8 Mei 2012
Menangani Stress Di Tempat Kerja.
Salam untuk semua pembaca yang budiman dan selamat makan tengahari. Rasanya tak lengkap kalau saya tidak mengeposkan entry terbaru kali ini pada minggu ini. Kali ini saya hendak sentuh tentang stress di tempat kerja. Jika dulu sewaktu saya bekerja di Lembah Klang, saya berasa stress, tambah-tambah berjumpa dengan bos-bos yang tidak sekepala dan suka sangat pilih kasih terhadap staf-stafnya. Jika duit kaunter pembayaran short sudah pasti mata bos merenung tajam kepada staf-staf yang tidak berhati-hati menjaga pengaliran wang di mesin kaunter, sampaikan ada staf yang tertekan pergi ke tempat lain untuk mengelakkan bertemu mesin kaunter pembayaran.
Jadi mungkin mereka yang tertekan dengan keadaan sebegini boleh mencari kerja lain yang tidak melibatkan aliran wang tunai. Bagi sesetengah rakan kita yang beragama Islam diluar sana ada yang mengamalkan bacaan 6 kali Surah Alam Nasrah selepas solat fardhu dan surah ini dapat mententeramkan jiwa jika mengalami masalah dan kemurungan. Makanan seperti yogurt terutama perisa strawberi dapat membantu mengurangkan stress dan InsyaAllah dapat memanjangkan umur selain kita berjalan kaki setiap hari. Buah-buahan seperti pisang yang mempunyai vitamin B6 dapat memberi keceriaan kepada orang yang mengalami kemurungan.
Selain itu ketawa merupakan ubat mujarab untuk melegakan stress dan secara tidak langsung endorphin akan terhasil. Baru-baru ini kita lihat ramai orang terutama di bandar-bandar besar seperti di Hong Kong dan India berkumpul bersama-sama dan menjalani terapi dengan ketawa untuk meredakan stress yang dihidapi oleh mereka. Tambahan pula ada rakan-rakan kita yang rajin bersenam di waktu pagi sambil menyedut udara yang nyaman di kawasan rekreasi yang begitu menhijau dan menenangkan.
InsyaAllah jika anda mengamalkan tip-tip yang saya berikan dalam blogspot kali ini dapat mengurangkan stress dan menghindari dari penyakit kemurungan.
Sabtu, 5 Mei 2012
Pembelian Melalui Internet.
Salam dan selamat menjamu selera makan tengahari pada hujung minggu pada bulan Mei ini kepada rakan-rakan blogger, nuffnang, twitter, facebook, myspace dan gengblogger! Sudah lama saya tidak membuat posting entry-entry terbaru untuk rakan-rakan sekalian. Maklumlah sibuk dengan kerja awal bulan dan juga tumpuan kepada anak dan isteri. Alhamdulillah ada juga masa terluang untuk berbicara mengenai pembelian melalui internet yang semakin popular pada masa ini. Ramai rakan-rakan kita diluar sana memiliki kad kredit dan juga kad debit yang sudah pasti memudahkan urusan jualbeli melalui online. Jadi masa menjadi semakin singkat tanpa beratur panjang di kaunter pembayaran untuk membeli barang atau tiket yang diperlukan. Sudah pasti ramai yang dapat merasakan penjimatan kos terutama dari kos perjalanan untuk mendapatkan barangan dengan begitu pantas. Dengan kemudahan yang diberikan oleh syarikat-syarikat kurier seperti Gdex, Fdex, Nationwide dan sebagainya dapat melancarkan lagi penghantaran barang kepada pembeli. Pasti menarik jika anda ingin membeli barang dengan harga yang berpatutan anda boleh mencuba lelong.com.my dan jika anda ingin mendapatkan harga hotel yang begitu menarik anda boleh mencuba kayak.com melalui android anda. Selain itu anda boleh mencuba whatclinic.com yang boleh membantu anda untuk mengetahui klinik gigi yang berhampiran dengan anda. Jadi anda perlu mengetahui bagaimana untuk membeli dengan begitu selamat tanpa mendedahkan no. pin anda melalui internet dan anda perlu memasti anda tidak mudah tertipu dengan tawaran-tawaran yang tidak munasabah. Yang penting anda bijak berbelanja melalui internet dengan mengawal had pengaliran transaksi kad debit dan kad kredit anda.
Jumaat, 20 April 2012
Merebut Peluang 9 Pintu Rezeki Yang Terbentang Luas.
Selamat berhujung minggu untuk rakan-rakan blogspot, Facebook, Myspace, Twitter, Nuffnang dan Gengblogger. Ramai rakan-rakan kita diluar sana menyedari bahawa 9 pintu rezeki datangnya dari perniagaan dan pemasaran. Ada yang berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan berniaga selain mencari banyak pengalaman yang berguna dan mendapat ramai kenalan yang baru. Memang ada yang merasa sukar untuk membuka perniagaan yang sudah pasti memerlukan modal yang besar selain ilmu perniagaan yang tinggi. Memandangkan negara kita, Malaysia berkembang dengan pesat dan mempunyai hasil bumi yang mencukupi, sudah pasti ramai graduan akan mengambil peluang untuk menceburi perniagaan dengan bantuan yang diberikan samaada melalui kerajaan ataupun persendirian. Yang penting mereka tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan begitu baik dan tahu bagaimana untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Sememangnya kita memerlukan mentor untuk berguru dengannya untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus lagi dalam bidang perniagaan. Jadi sekiranya ada rakan-rakan kita yang sudah menemui mentor yang begitu tepat dalam bidang perniagaan, gunakan mereka sebaik yang mungkin untuk menjadikan anda usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan pemasaran. Janganlah pula anda memilih jalan yang salah dengan mencampurkan yang mana halal dan haram dalam perniagaan anda pula! Yang penting hasilnya diberkati Allah dan perniagaan anda menjadi lebih bersih dengan berzakat.
Selasa, 17 April 2012
Mendalami Konsep Laut Biru.
Salam dan selamat menjamu selera makan tengahari untuk para blogger, nuffnanggers, rakan-rakan dari Facebook, Twitter, Myspace, mface dan lain-lain. Semoga segala kerja dapat dibereskan dengan mudah dan lancar. Nampaknya sudah selesai juga Festiva Mersing yang baru berlangsung dengan kehadiran artis-artis terkemuka seperti Mawi, Lefthanded, Shiha dan ramai lagi. Jadi kali ini saya ingin berbicara mengenai Konsep Laut Biru. Ramai rakan-rakan kita di luar sana sudah membaca buku mengenai Konsep Laut Biru yang berkisarkan tentang kelainan yang perlu dicari untuk bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain dan menceburi bidang-bidang baru yang belum diterokai oleh orang lain khususnya dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh ada rakan-rakan kita yang membuat perkhidmatan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan mesin kepada pelanggannya dan akhirnya pelanggan itu tertarik untuk membeli mesin yang sudah pasti harga dalam ratusan ringgit ataupun ribuan ringgit. Jadi rakan-rakan kita yang bertindak sedemikian mendahului pesaing-pesaing mereka untuk merebut pelanggan yang sudah pasti inginkan perkhidmatan di rumah dan secara langsung melakukan lagi penjualan mesin-mesin dan meningkatkan lagi jualan bulanan. Sememangnya pelanggan akan berasa dihargai dengan kunjungan istimewa dari staf-staf yang sudi menziarahi mereka dan secara tidak langsung dapat memberi tip-tip berguna kepada pelanggan tersebut. Semasa saya tinggal di Lembah Klang, saya sudah mengalami keadaan sebegini dengan mengunjungi rumah-rumah untuk mengetahui masalah-masalah yang mereka hadapi dengan berpandukan pelan yang diberi. Secara tidak langsung ia memberi pengalaman yang amat berguna dalam menceburi perniagaan dan pemasaran. Ibarat kita turun padang untuk bertemu pelanggan-pelanggan di luar sana dan secara tidak langsung mereka mengetahui produk-produk baru yang kita perkenalkan kepada mereka. Melalui Konsep Laut Biru kita boleh memberikan satu kelainan yang tidak pernah dibuat oleh pesaing-pesaing yang lain dan secara tidak langsung ia memberikan kesan survival yang berpanjangan dalam bidang perniagaan.
Jumaat, 13 April 2012
Raja SMS Di Festiva Mersing!
Salam kepada warga-warga blogspot, Facebook, Twitter, Myspace, Nuffnang dan Gengblogger! Esok bermulalah Festiva Mersing yang berlangsung di Dataran Pulau Mersing dan akan berakhir pada hari Ahad ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada hari esok dengan kehadiran media-media yang terunggul di Malaysia seperti TV3, TV9, Harian Metro, Berita Harian dan banyak lagi yang menyerikan lagi Festiva Mersing. Bukan itu sahaja, ramai artis-artis yang terkenal seperti Mawi, Senario, Lefthanded, Marsha, Shiha dan ramai lagi yang bertandang untuk menghiburkan para pengunjung di Dataran Pulau pada hujung minggu ini. Sempena pelancaran projek Laguna Mersing yang akan bermula pada bulan April ini, banyak persediaan yang dilakukan untuk menarik ramai lagi pengunjung terutama dari luar Johor. Jadi bagi rakan-rakan yang diluar sana, jom singgah ke Dataran Pulau Mersing untuk memeriahkan lagi Festiva Mersing pada hujung minggu ini. Jangan lepaskan peluang!
Khamis, 12 April 2012
Mencari Jodoh Yang Sesuai.
Salam kepada para pembaca dari blogspot, facebook, myspace, twitter, nuffnang dan gengblogger. Semoga petang ini memberi keceriaan kepada anda semua dan berharap rakan-rakan yang berada di utara semenanjung tidak berasa panik dengan gegaran gempa bumi yang berlaku semalam.
Petang ini, tiba-tiba saya ingin mengupas tentang jodoh dalam blog personal saya ini setelah mendengar temubual istimewa dari siaran radio yang terkenal di Johor. Sememangnya jodoh sudah ditentukan oleh Allah dan tertulis di Luh Mahfuz. Adakalanya ada rakan-rakan kita diluar sana yang sukar menemui jodoh yang tepat. Seringkali kita mendengar ada rakan-rakan kita yang tersalah memilih pasangan hidup yang sesuai dan serasi. Akhirnya perpisahan yang tidak diduga berlaku.
Jadi disini saya mengambil tip-tip yang saya perolehi dari temubual yang begitu menarik perhatian saya dalam mencari jodoh yang sesuai. Untuk mendapatkan jodoh yang begitu baik tanpa sebarang masalah, anda perlulah membaca ayat 89 surah Al Anbia' dan selepas mengerjakan solat fardhu, anda digalakkan membaca ayat 131 dan 132 surah Thoha. Selain itu anda boleh mengamalkan dengan membaca ayat 74 surah Al Furqan. Untuk mengelakkan sihir yang boleh melambatkan mendapat jodoh atau gangguan dalam rumahtangga, anda digalakkan membaca ayat 102 surah Al Bakarah. Semoga tip-tip yang saya perolehi dari temubual yang begitu menarik ini dapat memberi manfaat kepada anda yang masih ingin mencari jodoh yang begitu sesuai dan serasi.
Rabu, 4 April 2012
Membayar Cukai Pendapatan Dalam Bulan April.
Salam dan selamat menjamu selera makan tengahari untuk para pengikut blogspot yang sporting, rakan-rakan Facebook, Twitter dan lain-lain. Masuk bulan April sahaja tiba-tiba ada rakan yang ingin mengenakan, maklumlah April Fool walaupun masyarakat yang beragama Islam tidak digalakkan melakukan April Fool kepada orang lain. Tetapi kebiasaannya bagi rakan-rakan yang bekerja, sudah pasti sibuk membuat kiraan untuk membayar cukai pendapatan LHDN melalui e-filing atau mengisi borang BE sebelum berakhirnya bulan April. Jika anda mengisi e-filing memang cepat berbanding anda mengisi borang BE yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dan anda perlu membayar cukai pendapatan anda melalui bank-bank yang terpilih seperti CIMB atau mengeposkan cek ke pusat kaunter pembayaran LHDN yang tersenarai di belakang borang BE. Dalam anda mengisi ruang di dalam borang BE, terdapat rebat yang layak diterima oleh individu yang melepasi syaratnya. Begitu juga bagi rakan-rakan yang telah membayar zakat boleh mendapat pengurangan pembayaran cukai. Jadi kepada rakan-rakan yang ingin membayar cukai pendapatan dalam bulan April ini perlulah mengira dengan tepat dan buat sebelum 30 April ini. Sebelum menghantar borang BE ke pejabat LHDN, pastikan resit-resit terutama pembelian buku, salinan insuran dan KWSP dikepilkan sekali. Jadi jangan berlengah lagi untuk menyiapkan borang BE atau mengisi e-filing dengan begitu cermat dan elakkan membuat pada saat-saat akhir!
Jumaat, 30 Mac 2012
Earth Hour 2012 Seluruh Dunia.
Salam dan selamat makan tengahari kepada pengikut-pengikut blogspot, rakan-rakan Facebook, Twitter dan lain-lain. Pada malam esok bermulalah Earth Hour 2012 bagi premis-premis yang mengambil bahagian dengan menutup lampu selama sejam iaitu dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Sudah pasti kebanyakan negara dari Australia hingga Amerika Syarikat akan bergelap selama sejam sempena Earth Hour 2012 pada hari Sabtu ini. Walaupun ada premis-premis yang akan mengalami kerugian dengan menutupkan operasi selama sejam, namun mereka mengambil inisiatif untuk menyedarkan masyarakat sekeliling bahawa Earth Hour 2012 memberi isyarat yang lebih positif lagi untuk kesejahteraan dunia. Kita mengetahui pemanasan global yang begitu keterlaluan menyebabkan cuaca yang tidak menentu dan menyebabkan banyak bencana seperti banjir kilat, gempa bumi, taufan, tsunami dan sebagainya selain menghancurkan alam semulajadi dan harta benda. Jadi peranan Earth Hour 2012 dapat memberikan kesan yang begitu positif kepada masyarakat dunia yang berdepan dengan segala bencana alam yang disebabkan pemanasan global yang begitu kritikal.
Khamis, 29 Mac 2012
Berubah 360 Darjah.
Salam untuk rakan-rakan blogspot, Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain. Nampaknya dalam kehidupan kita sudah pasti kita akan mengalami perubahan yang begitu ketara. Paling ketara sudah pasti jika kita ada persaingan yang begitu sengit dalam apa jua perniagaan dan kita perlu mencari jalan keluar untuk menikmati bahagian kek yang lebih besar lagi (hasil jualan). Sudah pasti kita membuat perubahan dalam hidup supaya kita tidak ketinggalan dengan pesaing-pesaing baru yang sudah pasti memperkemaskinikan strategi-strategi untuk bersaing secara lebih sengit lagi. Sememangnya kita mengharapkan persaingan yang lebih sihat dan bukannya persaingan yang boleh menutup periuk nasi orang lain. Bukan senang kita ingin mencari kelainan yang sudah pasti memberikan kesan survival yang berpanjangan dalam menempuh cabaran yang semakin sengit dan tanpa diduga. Memang terasa lain benar jika kita berada di zon yang mencabar setelah begitu lama berada di zon yang lebih selesa. Mungkin kita perlu membuat sesuatu pengorbanan dengan mengeluarkan duit sedikit untuk mendapatkan hasil yang lebih positif dalam jangka masa yang panjang selain membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. (Seronok bila tempat kerja dinaikkan taraf untuk kepuasan pelanggan dan staf. Sekurang-kurangnya ada kemajuan dari tahun ke tahun.)
Rabu, 28 Mac 2012
Fenomena Angry Bird Melanda Di Dataran Pulau.
Semalam bila saya berjalan-jalan di karnival yang baru berlangsung di Dataran Pulau bersama isteri dan anak, kebanyakan peniaga disitu rata-ratanya menjual produk Angry Bird kepada pengunjung-pengunjung sebagai tarikan. Memang benarlah rakan saya di Facebook yang mengatakan zaman sekarang ini, fenomena Angry Bird pasti berlaku di mana-mana tempat di Malaysia. Seolah-olah karektor kepala burung yang sedang marah sudah pasti menjadi popular pada masa ini. Baru-baru ini kita mengetahui tentang Angry Gran yang meletup di beberapa buah negara yang lain dan masih baru di Malaysia. Ramai yang meminati permainan Angry Bird yang sudah pasti melegakan tekanan perasaan atau stress di tempat kerja. Puaslah juga saya mengelilingi karnival yang akan berakhir pada 2 April ini dan sempatlah isteri saya membeli mainan Angry Bird untuk anak saya yang semakin membesar. Pada tahun ini, karnival Mersing dibuat di atas padang rumput dan tempat letak kereta dan ini menyenangkan pengunjung meletak kenderaan di tepi jalan-raya. Bagi rakan-rakan di luar sana, jom datang ke sini selain outing bersama rakan-rakan ke tempat menarik di Mersing!
Selasa, 27 Mac 2012
Negeri Johor Melahirkan Bakat Baru Yang Menghiburkan Dan Kreatif.
Masih tidak terlambat untuk saya mengucap tahniah kepada kumpulan Shiro yang memenangi Raja Lawak baru-baru ini. Mula-mula saya ingatkan kumpulan tersebut berasal dari Kedah, rupa-rupanya dari Kluang, Johor. Memang dekatlah tempat saya bekerja di Mersing. Sebelum ini kita mengetahui kumpulan Sepah juga dari negeri Johor yang memenangi Maharaja Lawak dan juga Raja Lawak sebelum ini. Memang banyak idea yang mereka tonjolkan semata-mata untuk menghiburkan penonton-penonton yang inginkan hiburan yang lebih kreatif dan lain dari yang lain. Dari mula lagi saya merasakan kumpulan Shiro akan bersaing dengan kumpulan lain terutama kumpulan Zero dari Sabah untuk merebut juara Raja Lawak pada peringkat akhir. Memang banyak kita boleh mengetahui komen-komen yang bernas terutama dari Sheila Rusly dan adakalanya celoteh Johan dan Zizan memang menghiburkan selain dapat mengawal keadaan di atas pentas. Kesemua yang bertanding adalah lelaki. Kita mengharapkan ada peserta-peserta perempuan yang akan bertanding dalam Raja Lawak pada masa akan datang dan menjadi juara pula! (Tak sangka pula Nana Mahazan dapat meneruskan perjuangan dalam Super Spontan setelah Hani disingkirkan)
Menjamu Selera Di Kafe Baru Di Mersing.
Salam buat rakan-rakan blogspot yang begitu setia, rakan-rakan Facebook, Myspace, Twitter, Nuffnang dan Gengblogger. Selamat menjamu selera makan tengahari bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Lama saya tidak menaip dan mengeposkan entry terbaru di blogspot ini. Maklumlah sibuk sedikit dengan keluarga dan juga kerjaya yang semakin berkembang dengan begitu baik sekali.
Baru-baru ini ada kafe terbaru di Mersing, jadi saya tidak sempat untuk mencuba hidangan terbaru pada hari pembukaannya disebabkan saya bergegas pulang ke Muar pula. Dengar macam meriah juga sambutannya pada hari pertama dan sayapun ada bercadang ingin datang singgah ke kafe Haras* yang baru dibuka dan bertentangan dengan restoran makanan segera Marrybrown.
Nampaknya saya tak semena-mena ternampak seorang krew yang lengkap memakai apron dan krew tersebut memberi layanan yang begitu mesra sekali. Sesekali mencuba lauk-pauk yang betul-betul menaikkan selera makan tengahari hari ini. Bukan sekadar menjual sarapan pagi dan nasi campur, ada juga roti bakar yang boleh dijadikan makanan petang bersama rakan-rakan. Hargapun memang berpatutan dan sudah tentu saya ingin singgah lagi di kafe yang baru dibuka ini. Rasanya tak rugi menjamu selera disini bersama keluarga dan rakan-rakan sekerja yang lain.
Jumaat, 16 Mac 2012
Promosi Jualan GP F1 di Malaysia.
Salam buat pengikut blogspot yang sporting, rakan-rakan Facebook, Twitter dan lain-lain di luar sana. Sudah lama saya tidak mengemaskinikan entry-entry terbaru di blogspot memandangkan musim cuti sekolah dan ada rakan-rakan kita yang mengambil kesempatan membeli-belah di pasaraya-pasaraya yang menawarkan potongan jualan yang begitu menarik sempena GP F1 yang akan berlangsung tidak lama lagi di Malaysia. Sempena promosi yang berlangsung dalam bulan Mac yang begitu menarik ini, ada rakan-rakan kita yang selesa menggunakan kad kredit atau kad debit semasa membeli-belah di pasaraya-pasaraya terkemuka. Jadi sebelum menggunakan kad debit atau kad kredit, ada rakan-rakan kita di luar sana yang mencari barangan yang mendapat potongan yang begitu tinggi supaya penggunaan kad debit atau kad kredit lebih terkawal dan mereka sudah pasti membuat bajet terlebih dahulu sebelum membeli-belah di pasaraya-pasaraya yang mengambil bahagian dalam promosi ini. Malah mereka berhati-hati dengan sentiasa memantau harga barangan dari masa ke semasa dan mengelakkan tertipu jika ada pasaraya-pasaraya yang sengaja menaikkan harga barangan dengan potongan yang begitu menarik sekali untuk mendapat keuntungan yang begitu banyak. Memang ada rakan-rakan yang begitu seronok menggunakan kad plastik ini sehingga tidak tersedar berbelanja di luar kawalan. Memang tidak dapat dinafikan kad kredit amat berguna semasa kecemasan dan penggunaannya perlu lebih berhemah lagi. Jadi sempena promosi jualan GP F1 yang berlangsung di Malaysia, sebagai pelanggan anda perlu bijak berbelanja dengan mendapat barangan yang mempunyai potongan yang begitu menarik dan lebih berbaloi.
Isnin, 5 Mac 2012
Mengekalkan Jumlah Cuti Bekerja.
Salam untuk semua para pengikut blogspot yang sporting, rakan-rakan dari Facebook, Myspace, Twitter dan Nuffnang. Selamat menjamu selera dengan rakan-rakan sekerja dan semoga kerja yang dibuat perlu dibereskan dengan sebaik mungkin. Tiba-tiba saya terdengar berita dari Radio Nasional yang memberitahu tentang jumlah cuti yang perlu dikekalkan bagi penjawat awam dan juga kakitangan swasta. Sebelum ini kita mendengar dari mantan Perdana Menteri kita, yang menyuarakan tentang pengurangan jumlah cuti bagi penjawat awam dan juga pekerja swasta yang boleh meningkatkan lagi produktiviti dan memberikan kesan yang begitu positif dari segi ekonomi negara. Memang ada antara kita yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang jumlah cuti bekerja yang diambil oleh penjawat awam dan juga pekerja swasta. Ada pihak yang bersetuju dengan saranan beliau dan ada pihak yang belum bersedia kearah tersebut. Dengan keputusan mengekalkan jumlah cuti bekerja yang diambil mungkin melegakan bagi sesetengah penjawat awam dan pekerja swasta yang boleh memberi tumpuan kepada keluarga dan boleh memberi kesan yang lebih positif kepada pekerja tersebut khususnya dari segi psikologi.
Selasa, 21 Februari 2012
Dividen 6% KWSP.
Salam untuk para blogger yang setia mengikuti blogspot saya dan juga rakan-rakan dari Facebook, Myspace, Twitter dan Nuffnang. Semoga anda menjamu selera makan tengahari bersama rakan sekerja anda. Semalam kita mengetahui tentang peningkatan dividen KWSP yang tertinggi dalam masa 10 tahun dan sudah tentu rakan-rakan yang diluar sana yang mencarumkan wang dengan KWSP begitu gembira mendengarnya walaupun keadaan pelaburan dilakukan dalam sukar pada ketika ini. Jadi sudah tentu rakan-rakan yang sudah lama mencarumkan pendapatannya dalam tempoh yang begitu lama mendapat perolehan yang begitu besar dan amatlah bermanfaat untuk peruntukan membeli rumah pertamaku yang mendapat potongan 50% proses guaman yang telah dibentangkan dalam belanjawan tahun lepas. Sudah pasti ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk menggunakan akaun kedua KWSP untuk membeli rumah secara ansur-ansuran dengan pemaju yang berkelayakan. Sebelum ini dividen KWSP yang diperolehi oleh para pencarum sekitar 5%, namun dengan dividen KWSP sebanyak 6% dapat memberikan sesuatu perkembangan yang positif dengan pencapaian KWSP yang begitu memberangsangkan.
Khamis, 16 Februari 2012
Bila Pihak Bank Menaik Kadar Interest Kad Kreditnya.
Baru-baru ini ada beberapa bank ysng memaklumkan kepada para pelanggannya berkenaan kenaikan kadar interest outstanding balances kad kredit yang berkuatkuasa pada 1 Mac pada tahun ini. Kadar interestnya berubah dari 13.5% kepada 15%, 16%, 17% dan 18% setahun yang ditentukan oleh bank itu sendiri dengan mengikut piawaian Bank Negara. Lebih 3 juta rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit disamping memiliki kad debit. Dengan kenaikan kadar interest outstanding balances tersebut boleh memberi kesan kepada pemegang kad kredit. Bagi sesetengah rakan kita yang memiliki kad kredit akan mengambil langkah yang lebih bijak dengan membayar penuh outstanding balances sebelum bermulanya kenaikan kadar interest pada bulan hadapan. Dengan kenaikan kadar interest yang dikenakan oleh bank-bank terbabit dapat menyedarkan pemegang kad kredit berbelanja dengan penuh berhemah lagi dan tidak menjadi boros.(Teringat kata-kata pegawai bank, menggunakan kad kredit umpama kita menggunakan pisau dengan cara yang betul)
Rabu, 15 Februari 2012
Bekerja Sehingga 64 Tahun.
Jika pekerja bahagian perkhidmatan awam boleh melanjutkan tempoh bekerja sehingga 60 tahun, pekerja swasta seperti saya boleh melanjutkan bekerja sehingga 64 tahun. Memang menarik juga isi kandungan muka pertama suratkhabar Kosmo pada hari ini, sudah tentu menceriakan lagi pekerja-pekerja swasta di negara Malaysia dan sudah pasti mereka mendapat lebih jaminan sewaktu umur melebihi 60 tahun. Ramai yang berasa seronok untuk bekerja disamping menambah duit poket mereka sendiri dengan bekerja lebih keras lagi untuk meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat swasta. Dengan perkembangan yang terbaru ini sudah tentu ramai rakan-rakan di luar sana terutama graduan-graduan Universiti merebut peluang untuk bekerja dengan begitu lama di syarikat-syarikat swasta dan secara tidak langsung dapat memajukan negara dengan menjadikan negara Malaysia lebih berdaya saing dengan negara-negara lain seperti Korea Selatan dan Taiwan.
Sabtu, 11 Februari 2012
Hari Bertemu Pelanggan.
Salam untuk semua pengikut blogspot yang begitu setia dan rakan-rakan dari Facebook, Twitter, Myspace, Nuffnang dan lain-lain dan selamat berhujung minggu dengan keluarga dan rakan-rakan yang lain. Nampaknya hari ini memang begitu istimewa bagi saya menemui pelanggan-pelanggan yang telah saya jemput secara khas sebelum ini dan berpeluang menerima hadiah dari saya. Yang penting mereka dapat dirai dengan begitu baik sekali dengan membuat pemeriksaan klinikal khas untuk mereka. Sekali-sekala memang bagus kita merancang dahulu sebelum membuat apa-apa program yang boleh memberi manfaat yang berguna kepada pelanggan sambil menerangkan produk-produk yang sesuai untuk mereka. Sebagai contoh jika mereka mengalami obesiti berpenyakit, sudah tentu staf akan menerangkan punca-punca obesiti berlaku dan seterusnya mereka akan mengesyorkan produk-produk yang sesuai untuk dimakan atau diminum oleh pelanggan mereka dengan sukatan yang betul disamping kaedah-kaedah yang perlu diterapkan. Kebanyakkan pelanggan memang berani bertanyakan banyak soalan kepada staf dan staf akan memberikan jawapan yang lebih bernas serta memberikan kerjasama yang begitu baik sekali. Memang seronok bila berjumpa ramai pelanggan yang berminat untuk mengunjungi premis perniagaan kami. Saya dan rakan-rakan yang lain sudah bersedia dengan membaca artikel-artikel kesihatan yang berkaitan dan akan menerangkan sebaik kepada pelanggan yang sudah dijemput secara khas. Semoga program hari bertemu pelanggan dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk merapatkan lagi hubungan staf dengan pelanggan yang setia memberi sokongan penuh.
Jumaat, 3 Februari 2012
Menyambut Maulidur Rasul.
Salam untuk pengikut-pengikut blogspot yang setia, rakan-rakan Facebook, Twitter, Nuffnang dan lain-lain. Rasanya lama saya tidak mengemaskinikan blog disebabkan anak jatuh sakit dan banyak kerja yang perlu dapat dibereskan. Mujurlah ada isteri yang dapat mengambil cuti dengan kebenaran guru besarnya yang lebih bertimbang rasa untuk menjaga anak kami yang mengalami demam berpanjangan. Lagi sehari dua lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Ahad ini dan ada rakan-rakan kita yang menyambung cuti sehingga hari Thaipusam. Memang bagus jika ada rakan-rakan kita diluar sana yang membuat majlis kenduri kahwin pada hari Maulidur Rasul yang penuh keberkatan. Memang saya ada menerima kad undangan dari rakan yang bekerja di sebelah kedai ini dan dia bijak memilih hari Maulidur Rasul untuk kenduri kahwin dan akad nikahnya. Semoga perkahwinannya lebih baik lagi dan perjalanan hidupnya dengan pasangannya lebih berkat lagi. Kita mengetahui hari Maulidur Rasul, hari yang begitu baik untuk disambut oleh orang Islam dan kita sentiasa berdoa untuk mendapatkan keberkatan hidup. Kita mengetahui hari Maulidur Rasul perlu disambut memandangkan hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi umat Islam dimana Nabi Muhammad dilahirkan. Alangkah baiknya kita mengambil cuti sempena hari Maulidur Rasul dan sama-sama kita berkumpul bersama-sama dengan penduduk-penduduk taman dengan mengadakan program-program yang lebih bermanfaat seperti ceramah dan makan bersama-sama dengan penduduk-penduduk disitu. Memang seronok bila berkumpul bersama dan berkenalan dengan lebih rapat dengan penduduk-penduduk taman.
Jumaat, 27 Januari 2012
Kalau Berpacaran Menjadi Pilihan.
Kalau isteri saya meminati lagu Kekanda Adinda lantunan suara Atilia dan kumpulan Monoloque, saya sebaliknya mengemari lagu Kalau Berpacaran yang dinyanyikan oleh Suhaimi Mior Hassan, Altimet dan Ana Raffali. Mula-mula memang saya berasa kurang suka lagu dendangan trio tersebut, bila lagu ini mula berulangkali dimainkan di corong radio terutama Radio Muzik yang kini tinggal sejarah agak menangkaplah juga perasaan tersebut. Lagu lain yang akan bertanding pada AJL 26 di TV3 yang boleh memberi kelainan sudah tentu lagu Awan Nano, nyanyian Hafiz AF7 yang memiliki suara yang benar-benar menakjubkan. Memang permulaan lagu dimainkan, memang saya tak sedar suara tersebut suara Hafiz. Memang berlainan sekali dengan lagu sebelumnya, Noktah Cinta yang pernah bertanding pada AJL 25. Lagu-lagu yang dipertandingkan pada AJL 26 kali ini nampak begitu seimbang dan sukar menentukan lagu mana yang lebih dominan untuk menjuarai lagu terbaik dalam acara yang begitu gilang-gemilang sekali. Mungkin anda sendiri ada lagu yang rasa layak dinobatkan sebagai juara pada AJL 26 yang berlangsung pada hujung minggu ini. Hanya juri yang arif yang dapat menentukan lagu yang mana yang lebih berjaya. (Tak sabar melihat kelainan dan kreativiti yang diciptakan oleh artis-artis lain seperti Yuna, Faizal Tahir, Aizat di pentas akhir AJL 26 nanti ditambah dengan konsep air yang hebat!)
Selasa, 24 Januari 2012
Meninjau Kedai Baru Di Bukit Gambir.
Salam untuk para pembaca dari blogspot, facebook, twitter dan lain-lain. Semoga anda bergembira bersama dengan keluarga dan rakan-rakan sempena musim perayaan kali ini. Sekali-sekala saya mengambil cuti untuk bersiar-siar bersama ipar duai dan mertua di Bukit Gambir setelah selesai pergi ke kenduri kahwin di Panchor. Memang banyak kedai-kedai akan dibuka disini. Ternampak juga deretan kedai-kedai yang berwarna-warni yang akan dibuka tidak lama lagi. Nampaknya semakin banyak perubahan disini. Sesekali sempat juga kami singgah ke kedai-kedai yang baru dibuka pada musim perayaan ini. Memang persaingan cukup tinggi untuk menarik ramai pelanggan yang sudah pasti ingin kelainan dan mendapatkan harga yang berpatutan.
Saya meninjau juga kedai hingga tertarik juga dengan barang-barang yang mungkin jarang dibuat di negara sendiri. Memang kreatif juga melihat hasil yang dibeli oleh peniaga tersebut dan sanggup mencari barangan yang mempunyai nilai yang tinggi dari luar negara. Mungkin ini sebagai daya tarikan untuk pengunjung singgah di kedai tersebut dan semestinya mereka ingin barang yang mempunyai nilai keaslian yang tersendiri. Yang penting peniaga itu pandai mencari barang yang begitu bervariasi dan tidak menjemukan pelanggan untuk singgah berulang kali disitu.
Langgan:
Catatan (Atom)